Ciri Ini Patut Ada Untuk Jadi Ayah Hebat Di Mata Anak Dan Isteri. Ada Semua Ni Kira Terbaik!

Share

Membesarkan anak-anak kebanyakan difokuskan kepada cara didikan ibu sahaja. Sama ada anak itu jadi orang atau tuan. Namun dalam hal ini, peranan ayah juga sama pentingnya.

Sebab itu, didikan ibu bapa penting. Bapa tak boleh serahkan bulat-bulat pada ibu untuk urusan mendidik kerana beranggapan ayah dah keluar cari nafkah.

Mahu anak hebat, kerjasama dua pihak penting. Berikut disenaraikan ciri ayah yang hebat di mata anak dan isteri kita seperti yang dibincangkan oleh Taufiq Razif.

Siapakah Ayah Yang Hebat?

  1. Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya
  2. Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan
  3. Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya
  4. Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya
  5. Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan
  6. Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya
  7. Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya
  8. Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya
  9. Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak anaknya
  10. Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya.

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak-anak kita!

Oleh: Taufiq Razif

Published by
Wan Amy