Cirit birit, muntah-muntah dan demam suhu tinggi mungkin pernah dialami si manja. Tahukah anda ia adalah serangan sejenis virus yang dinamakan rotavirus.

Bagi kanak-kanak, keadaan ini tentunya menyebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Sama sekali tidak boleh dipandang ringan.

Menurut pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri virus ini kerap  terjadi kepada kanak-kanak kecil dan tiada ubatnya. Dia juga turut berkongsi pengalaman menjaga anaknya yang turut mengalami serangan rotavoris ini.

ROTAVIRUS MUDAH MENJANGKITI 

Rotavirus mudah menjangkiti jika tidak menjaga kebersihan, terutamanya golongan anak anak kecil dan bayi.Punca boleh hadir dari persekitaraan yang tidak bersih seperti di pengasuh, taska, tempat makan, rumah dan lain lain.

Disebabkan berpunca dari virus tiada guna ambil antibiotik sebab itu hanya berfungsi untuk melawan penyakit yang berpunca dari bakteria.

Virus ini akan menyebabkan usus sensitif dan tidak menyerap zat dengan baik dan akibatnya
1. Cirit birit yang banyak
2. Muntah yang kerap
3. Demam yang tinggi

Akibat dari ini anak anak boleh mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut.

TIPS PENJAGAAN ANAK TERKENA ROTAVIRUS

Macam mana nak melawan virus yang tiada ubatnya?
Jawapan kita tak boleh lawan virus

Ads

Kita tidak melawan virus tersebut tetapi mengawal kerosakan akibat virus tersebut. Antara langkah yang boleh diambil ialah;

Cirit-Birit & Muntah Kerap, Demam Suhu Tinggi, Jangan Pandang Ringan. Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

#1. MEMASTIKAN ANAK MAKAN

  • Ibu bapa perlu memastikan anak anak makan..dapatkan tenaga untuk mereka lawan virus.
  • Bagi makanan yang mudah dihadam tapi padat tenaga
  • Contoh sup berkrim, roti berkrim, minuman malt,minuman manis, puding, coklat
  • Bagilah sekerap boleh dalam kuantiti sikit pun memadai. Asalkan ada yang masuk dalam badan mereka.

Cirit-Birit & Muntah Kerap, Demam Suhu Tinggi, Jangan Pandang Ringan. Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

Ads

#2. ANAK MESTI AMBIL BANYAK CECAIR

  • Pastikan anak minum sebanyak boleh seperti hari biasa
  • Ambil la air kosong, air manis, air kotak,sup kosong, air kosong yang ditambah Oral Rehydration Solution
  • Biarkan anak sedut la sikit sikit dan ingatkan anak untuk cuba habiskan air yang diberi..
  • PERINGATAN KEPADA IBU BAPA YANG ANAK MEMINUM SUSU FORMULA; Jika anak ambil susu formula, boleh tukar sementara ke lactose free/ selang seli dengan fm lactose free untuk kurangkan ketidakselesaan perut. Akibat virus ini anak boleh dapat temporary lactose intolerance..walaupun dah lama minum susu tapi tetap boleh cirit (jangan salahkan susu waktu ini).

Cirit-Birit & Muntah Kerap, Demam Suhu Tinggi, Jangan Pandang Ringan. Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

#3. DAPATKAN RAWATAN DOKTOR SEGERA

  • Perlu sangat bantuan ubat untuk mengawal cirit birit dan muntah yang dialami anak.
  • Pada 3 hari pertama anak anak akan banyak sangat muntah dan cirit..dalam kes anak saya dalam tempoh 24jam hampir 20kali muntah dan 15 kali cirit..jika tiada bantuan ubat akan melepek anak.
  • Jangan tunggu sehingga anak penat, tak bermaya sebab ini sudah tanda yang tidak bagus.

Cirit-Birit & Muntah Kerap, Demam Suhu Tinggi, Jangan Pandang Ringan. Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

Ads

Ketika menulis post ini kedua anak saya sedang warded di hospital akibat virus yang sama tapi simptom mereka berlainan.

Seorang anak usia tidak sampai 2 tahun cirit birit sehari boleh cecah lebih 10kali, demam tetapi kurang muntah.

Seorang lagi usia 5 tahun tiada cirit, demam hingga 40C, dan muntah sampai hampir 20kali. Walaupun berlainan tetapi seriousnya tetap teruk. Kedua dua mereka perlu bantuan iv drip untuk masukkan air dalam badan nak elak dehidrasi.

JANGAN AMBIL RINGAN ROTAVIRUS

Pokoknya virus ini senang dijangkiti, tiada ubat dan penting untuk mommies dan daddies kawal outcome. Jangan ambil ringan.

Jaga makanan dan minuman waktu mereka tengah sakit sebab dengan penjagaan yang baik In sha Allah kita boleh kawal kesan dari virus ini dan bantu proses penyembuhan mereka.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI