Cirit birit, muntah-muntah dan demam suhu tinggi mungkin pernah dialami si manja. Tahukah anda ia adalah serangan sejenis virus yang dinamakan rotavirus.
Bagi kanak-kanak, keadaan ini tentunya menyebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Sama sekali tidak boleh dipandang ringan.
Menurut pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri virus ini kerap terjadi kepada kanak-kanak kecil dan tiada ubatnya. Dia juga turut berkongsi pengalaman menjaga anaknya yang turut mengalami serangan rotavoris ini.
Rotavirus mudah menjangkiti jika tidak menjaga kebersihan, terutamanya golongan anak anak kecil dan bayi.Punca boleh hadir dari persekitaraan yang tidak bersih seperti di pengasuh, taska, tempat makan, rumah dan lain lain.
Disebabkan berpunca dari virus tiada guna ambil antibiotik sebab itu hanya berfungsi untuk melawan penyakit yang berpunca dari bakteria.
Virus ini akan menyebabkan usus sensitif dan tidak menyerap zat dengan baik dan akibatnya
1. Cirit birit yang banyak
2. Muntah yang kerap
3. Demam yang tinggi
Akibat dari ini anak anak boleh mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut.
TIPS PENJAGAAN ANAK TERKENA ROTAVIRUS
Macam mana nak melawan virus yang tiada ubatnya?
Jawapan kita tak boleh lawan virus
Kita tidak melawan virus tersebut tetapi mengawal kerosakan akibat virus tersebut. Antara langkah yang boleh diambil ialah;
#1. MEMASTIKAN ANAK MAKAN
#2. ANAK MESTI AMBIL BANYAK CECAIR
#3. DAPATKAN RAWATAN DOKTOR SEGERA
Ketika menulis post ini kedua anak saya sedang warded di hospital akibat virus yang sama tapi simptom mereka berlainan.
Seorang anak usia tidak sampai 2 tahun cirit birit sehari boleh cecah lebih 10kali, demam tetapi kurang muntah.
Seorang lagi usia 5 tahun tiada cirit, demam hingga 40C, dan muntah sampai hampir 20kali. Walaupun berlainan tetapi seriousnya tetap teruk. Kedua dua mereka perlu bantuan iv drip untuk masukkan air dalam badan nak elak dehidrasi.
JANGAN AMBIL RINGAN ROTAVIRUS
Pokoknya virus ini senang dijangkiti, tiada ubat dan penting untuk mommies dan daddies kawal outcome. Jangan ambil ringan.
Jaga makanan dan minuman waktu mereka tengah sakit sebab dengan penjagaan yang baik In sha Allah kita boleh kawal kesan dari virus ini dan bantu proses penyembuhan mereka.
Sumber: Dietitian Fizah Sobri