Cium Anak, Biasakan Di Dahi & Kepala. Situlah Terhasilnya Hormon Kasih Sayang Terbaik!

Share

Semua kena tahu ni, pantang larang cium anak. Bonding Kiss hanya ada 2 sahaja iaitu di dahi dan kepala. Selain dari dua bahagian ini,  itu semua sexual kiss bukan untuk bonding.

Baik ibu ayah, baik orang lain, tak digalakkan mencium anak di bahagian-bahagian lain selain dari dahi dan kepala.

Beza bonding kiss & sexual kiss

Bonding kiss bila kita buat anak rasa dihargai, rasa disayangi, rasa diperhatikan. Sexual kiss sama macam bonding kiss, sama anak turut rasa dihargai, rasa disayangi dan rasa diperhatikan cuma ada extra feeling di bahagian tersebut. Itulah yang dinamakan Sex Grooming.

Sedikit demi sedikit anak akan timbul rasa syok di cium di bahagian-bahagian seksual ini. Paling bahaya lagi, bila yang mencium itu adalah ibu ayah sendiri. Bagi anak kita yang naif ni, bila ibu ayah boleh cium maknanya orang lain pun boleh.

ARTIKEL MENARIK [Bagus Anak Suka Telur! Lauk Simple, Khasiatnya Banyak Terutama Untuk Otak]

Nasihat la macam mana pun, “ibu ayah je boleh cium, orang lain tak boleh”. Dia susah nak ikut punya. Sebabnya memang fitrah anak-anak mereka belajar dengan mengikut bukan mendengar.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak]

Apa kita buat dia akan buat, apa kita suruh belum tentu dia akan buat. Ramai yang tak cakna lagi beza bonding kiss dan sexual kiss ni, tolong ingatkan semua orang kalau boleh.

Cium di dahi dan kepala pun sudah beri banyak manfaat sebab itu lah tempat letaknya otak lokasi terhasilnya hormon kasih sayang. Wallahu A’lam.

Tambahan :
Sunnah mencium tangan anak. Tanda kasih sayang adalah orang tua mencium tangan anak dan mengucapkan, “barakallah..” seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW yang selalu mencium tangan putri tercintanya, Fatimah radhiallahu’anha.

Kredit: Mohd Fhais (Influencer Parenting)

**Masih tercari keperluan anak pada harga jimat, shopping saja di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy