Rata-rata kita akan dapati anak-anak ketika masih kecil biasanya akan kerap dibelai dan dicium. Namun keadaan ini kadangkala tidak berterusan apabila semakin besar.
Pernah tak kita terfikir bagaimana sentuhan tersebut mampu memberikan kesan mendalam yang tidak terhingga sehingga boleh membuatkan diri mereka rasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa?
Jika ibu bapa rasa amalan ini sudah lama terhenti, bolehlah amalkan semula. Manakala bagi ibu bapa yang sudah biasa mengamalkan sentuhan atau ciuman mesra pada diri anak, teruskanlah tabiat baik ini sehingga mereka dewasa, pasti ia bakal mengeratkan hubungan mesra yang sudah terjalin.
Fadhilat cium anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barangdankembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
IKLAN
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa
Fadhilat cium suami
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
IKLAN
Fadhilat mencium isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, boleh menjadi bahagia. Gelap kesedihan, boleh menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
IKLAN
Kesimpulannya seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM
Kredit : Ustaz Sayuthi / Sumber: Cahaya Mata
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak memanjat, melompat cepat je hulur gajet sebab nak bagi anak diam dan tak ganggu kerja. Ingat di usia setahun hingga empat tahun itulah bagus untuk anak aktif dan bergerak. Tapi bila ibu bapa tengok anak aktif, mereka akan suruh anak duduk diam dan bagi gajet sampai 2 3 jam tak bergerak.
Oleh itu, pilihan paling baik nak bagi anak duduk diam, buka TV, bagi iPad, bagi telefon.
“Nah! Ambil, duduk diam-diam, jangan bergerak.”
Di sebabkan ibu ayah sendiri yang menggalakkan, anak pun suka. Fokus bukan main lagi tengok cerita apa pun dalam gajet. Lepas tu leganya mak ayah rasa… aman dunia.
Menurut Liyana Raya (Terapis Cara Kerja), jika diikutkan mak ayah dah buat banyak salah bila ‘divert’ kan perhatian anak kepada gajet dan TV sebab runsing tengok anak-anak bergerak.
Dalam situasi ini, mak ayah kena tahu kenapa anak kita suka bergerak? Bila anak-anak ni bergerak, tahu tak sebenarnya mereka sedang meransang sistem keseimbangan (vestibular system), sistem otot & sendi (proprioceptive) serta pergerakan motor kasar (gross motor movement) untuk menjadikan mereka lebih fokus, merangsang kebolehan berfikir, membantu menstabilkan otot-otot yang terlibat dalam penulisan, serta membantu anak-anak menjana sistem visual yang membantu dalam proses penulisan dan copying di sekolah.
Pemahaman anak-anak terhadap pembelajaran akan lebih bagus sekiranya anak-anak bergerak. Dengan bergerak, anak-anak akan lebih bersedia untuk mengatur pergerakan dan penulisan dengan lebih tersusun.
Sebab itu saya tak menggalakkan sangat anak-anak usia setahun hingga empat tahun tu belajar dengan flashcards dan gajet sahaja.
Kita masa kecil pun mana ada mak ayah bagi duduk dan belajar sekitar usia tersebut. Lebihkan bergerak berbanding duduk dan belajar. Sistem visual, tactile, proprioceptive dan vestibular mereka kena banyak bagi exposure dan exploration berbanding sistem ‘duduk diam-diam’ yang mak ayah sekarang buat untuk anak-anak.
Kalau anda rasa rimas bila tengok anak-anak bergerak di rumah orang lain, kawal pergerakan anak-anak anda. Boleh hadkan seketika, boleh bagi gajet.Tetapi ingat, lepas tu kena ganti dengan bagi bergerak balik. Bawa ke taman permainan sama ada indoor ataupun outdoor. Di situ, bagilah dia orang bergerak dengan bebas. Taman permainan adalah tempat yang terbaik untuk membuat pergerakan bebas anak-anak anda.
Jadi, jangan ingat kalau anak duduk diam tu, banyak yang mereka belajar. Sebenarnya mereka tak belajar apa pun. Sistem dalam badan tak diransang juga. Bagi gajet tak salah, tapi mcm mana kita seimbangkan dengan pemberian ransangan badan, itu yang penting.
Setiap petang si kecil ajak ke taman. Jangan malas melayan anak walaupun nampak remeh main di taman tapi impaknya penting untuk perkembangan otak dan kemahiran motor kasar si manja anda.
Selain menjadi satu cara ‘bonding’antara ibu ayah dan anak, aktiviti bermain di taman permainan mempunyai impak besar kepada perkembangan otak dan kemahiran motor kasar anak yang sangat penting untuk pembelajarannya bila sudah masuk sekolah nanti.
Walaupun anda nampak aktiviti bermain mereka seperti memanjat gelungsor, bergayut di ‘monkey bar”, memanjat tali dan sebagainya seperti tiada apa-apa kepentingan tetapi hakikatnya ia bagus untuk anak kecil belajar banyak kemahiran motor kasar selain daripada kemahiran bersosial dengan kawan-kawan.
Oleh itu ibu ayah jika bawa anak bermain di taman, anda kenalah bantu dan pantau anak bermain. Janganlah dibiarkan si kecil sendirian kerana anda sibuk melayan handphone!
Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja atau Occupational Therapist, ibu bapa mestilah rajin membawa dan melayan anak bermain di taman permainan sebagai salah satu cara mereka belajar.
Selalin dari itu aktiviti di taman juga membantu merangsang otot bahu anak. Aktiviti rangsangan otot bahu merupakan aktiviti intervensi yang dilakukan oleh terapis carakerja dalam meningkatkan kemahiran motor kasar.
Sebenarnya kekuatan otot pada bahagian bahu amat penting untuk aktiviti-aktiviti kehidupan harian lebih-lebih lagi dalam aktiviti pembelajaran.
Banyak sebenarnya faedah daripada aktiviti kemahiran motor kasar di taman permainan.
Kadang-kadang nampak macam remeh je bergayut-gayut atau memanjat jaring-jaring tu, tapi impaknya dalam pemprosesan otak dan kemahiran sangat besar!
Bermainlah!
Aktiviti-aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti rangsangan sensori propriception secara tidak langsung.
Contohnya, memanjat, secara tidak langsung compression of joints dilakukan semasa bermain!
Aktiviti rangsangan otot pada bahu boleh memberi impak dalam pegangan pensel yang baik dan kemahiran persepsi visual yang berkesan.
6 aktiviti rangsangan otot bahu di taman permainan
Sudah masuk bulan tiga, tapi anak masih belum pandai membaca dengan lancar. Tentu ibu ayah risau. Namun tentu ada puncanya yang ibu ayah kena tahu supaya dapat mencari penyelesaian supaya anak membaca.
Menurut perkongsian seorang ibu dan juga Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak katanya seorang anak perlu mempunyai asas sebelum bersedia untuk diajar membaca.
Ikuti perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin yang menggunakan pendekatan ini untuk mendidik kanak-kanak dipusat pendidikan.
Memasuki penghujung March biasanya guru-guru tadika akan di tanya, cikgu anak saya belum pandai baca ni. Macam mana ya? Inilah soalan standard yang akan di hadapi oleh kebanyakan guru tadika
Tuan/Puan yang dihormati, mari saya tolong jelaskan . Anak-anak kita perlukan FOUNDATION sebelum mereka BERSEDIA di ajar membaca.
Sekiranya kita tak sempat/atau belum tahu bagaimana berikan FOUNDATION ini di rumah, guru-guru akan gunakan 3 bulan pertama ini untuk bantu buat foundation ini dahulu pada anak. FOUNDATION ni sebenarnya makan masa tau tak cukup 3 bulan. Tapi para pendidik gigih membantu.
Laaa tak boleh ke skip foundation ni, terus je ajar baca? Jawapannya, anak anda, kena ada kemahiran mendengar dan biasa bertutur lama sebelum dia pandai bercakap dengan baik. Begitu juga dengan membaca. Ada benyak persediaan mereka perlukan sebelum mereka bersedia di ajarkan membaca.
Apa kesannya kalau terus je? kesannya, anak tak fokus, anak tak berminat, anak tak enjoy, anak cepat bosan, akhirnya target nak kasi pandai membaca semakin tergendala. Habis, anak dah 5 tahun ni? Iya, mari kita bantu cepatkan proses ini dengan KUATKAN FOUNDATION membaca di rumah melalui rutin harian. Sangat banyak yang ibu bapa boleh lakukan kerana ibu bapa ada kuasa KASIH SAYANG yang LUAR BIASA.
5 Asas Penting Mesti Tahu
Sentiasa berbual Sentiasa berbual mesra dengan mereka dan pastikan mereka on tract. Anda boleh dedahkan kepada perbualan harian yang melibatkan aktiviti yang kita sering buat. Hadirkan suasana yang menggalakkan anak untuk rasa nak bercakap juga.
Object Recognition Skills Anak-anak, sebelum dia nak kenal huruf A, huruf B,C , mereka perlu sudah dibiasakan mengenali objek sekitarnya. Dah boleh cerita ini gajah, ini harimau, ini bapak dinasour, ini ada tanduk, ini tiada tanduk, ini warna merah, monyet tu warna coklat, burung tu warna putih, apa terjadi pada burung tu. Di sini saya gabungkan sekali mereka kenal objek dalam conteksnya. Maksudnya mereka mengenalinya dan dapat relatekan dalam dunia sebenar.
Attention Skills Biasanya anak antara 2-4 tahun, mereka aktif ke sana-sini. Mereka seronok ekspore macam-macam. Kita tak boleh terus paksa mereka tiba-tiba berubah kepada duduk diam baca buku. Bantu anak untuk fokus dengan wujudkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti yang mereka minat.
Tactile Skills Tidak dapat dinafikan, anak-anak amat perlu tectile skills ini. Deria sentuh mereka perlu sentiasa dirangsang dengan pelbagai tekstur dan aktiviti. Meramas pasir, bermain biji-biji kacang, menggunting, painting, bermain air, menggunakan pelbagai alat adalah amat bagus. Ini akan membantu meransang otak mereka yang kelak akan membantu perkembangan emosi, bahasa dan banyak lagi. Boleh google: Messy Play & Sensory Play Activities. Mulakan yang senang dulu ya.
Minat Explore Buku! Sebagai orang dewasa, sukakah kita belajar sesuatu yang kita tidak minat? Sukakah kita untuk belajar sesuatu yang kita tak faham kenapa kita perlu belajar? Begitulah mereka. Minat ini teramat sangat perlu kita bantu pupuk dahulu. Kerana ia makan masa. Macam mana nk bantu pupuk minat membaca? Panjang penjelasannya tapi yang paling mudah ialah wujudkan bonding dengan anak, seronok nak explore gambar je dulu. Bantu anak untuk dapat relatekan buku dengan keseronokan. Tak payah sibuk dengan perkataan pun tak apa lagi. Gunakan buku tapi tajuannya untuk meransang minat dan target-target di atas dahulu.
Lakukan Cara Ini
Bermain/beraktiviti /Projek Macam mana nak buat perkara 1-4 di atas? anda boleh gabungkan 2,3 atau 4 target di atas dalam 1 aktiviti yang bersesuaian. Saya pasti ramai yang membeli toys untuk anak. Anda boleh jadi fasilitator pada anak dengan bermain dengan toys yang ada. Banyak libatkan pancaindera anak-anak. Tak semestinya buat yang gempak. Buat ikut keadaan masing-masing. Hebat tu bukan pada nampak sofisticated aktiviti kita, tapi pada kesannya pada anak. Apabila kita dedahkan anak-anak dengan aktiviti/projek, kita membantu mereka memahami context yang sebenar dalam hidup mereka.
Cuba fahami ini Pernah anda lihat experimen di youtube dengan anak-anak dan cuba buat sendiri experimen tersebut? Bagaimana perasaannya? Bagaimana response kedua-duanya? Sangat tak sama kan? PROSES menjayakannya itulah proses kita polish skill mereka. Its all about connecting experience. Ramai kita tak suka raikan proses. Semua nak cepat. Semua nak paksa. Tapi proses itulah yang jauh lebih anak ingat. Bebanding hasil akhir. Kadang-kala, hasil akhir boleh hancur sejam lepas tu. Jadi yang kekal ialah kenangan proses itu, pelajaran dari proses itu. Kemahiran itu. Asas-asas ini amat penting buat anak. Ia ibarat akar untuk pokok.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!