Cium Dan Sentuhlah Anak Setiap Hari, Titipkan Doa Agar Jadi Yang Terbaik

Share

Kasih sayang ibu dan ayah terhadap anak-anak tiada batasannya. Bahkan kita sanggup berkorban apa sahaja demi mereka. Untuk kemudahan dan kesenangan anak-anak, apa saja sanggup ibu ayah gadaikan.

Untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap anak-anak, ciumlah empat bahagian dan sentuh lembutlah lima spot ini pada anak. Tip ini dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman, yang merupakan seorang penceramah bebas di akaun Facebooknya.

Empat tempat bapa dan ibu kena cium anaknya setiap hari dan lima tempat sentuhan atau digosoknya.

Artikel Menarik: [Tenunglah Muka & Tengok Mata Anak Sebelum Marah. Ini Rahsia Buang Aura Negatif]

Empat Ciuman & Lima Sentuhan:

Mengikut saranan doktor psikologi terhadap ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.

4 Ciuman

1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.

Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.

Manakala 5 Sentuhan pula ialah:

1. Menggosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Artikel Menarik: [Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah. Jangan Asyik Sibuk hadap Telefon!]

Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.

Cara ini akan memberitahu anak-anak secara semula jadi yang ibu ayahnya sayang pada mereka. Mudah sahaja tanpa perlu keluar modal. Titipkan juga doa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anak yang dikasihi semasa mencium dan menyentuh anak.

Published by
Emy H