Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar. Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi.
Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose dia menegaskan jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.
Ads
Namun, dengan anak remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu.
Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada sesetengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stres.
Ads
Namun, berdasarkan pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; ” Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!” . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.
Kuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia, belajarlah ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Kanak-kanak belajar dengan bermain tapi bermain yang macam mana? Pemilihan permainan yang tepat akan membolehkan kanak-kanak mempelajari skill yang sepatutnya.
Banyak skill yang boleh diajarkan melalui bermain seperti:
– Kemahiran berfikir
– Kemahiran menyelesaikan masalah
– Kemahiran motor
– Kemahiran sensori
– Kemahiran bahasa
– Kemahiran sosial
– Kemahiran berkomunikasi
– Keyakinan diri dan banyak lagi sebenarnya.
Mainan yang berbateri memang best sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.
Tapi mainan yang mampunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak sebabnya kanak-kanak hanya perlu lihat sahaja. Tak perlu buat bunyi, tak perlu gerakkan.
Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar untuk menggerakkan mainan tersebut, seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka.
Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti, brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain lagi.. ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu buat bunyi dulu… nanti baru sebut perkataan.
Jika dah ada mainan yang ada bateri tak ada masalah.. cabut je bateri ni.. dan main secara manual.
Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan terkini atau mahal… tapi mainan yang klasik yang kita biasa main boleh banyak membantu kanak-kanak.
Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.
Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’.. maksudnya tiada kesudahan… ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.
Contoh: Main kereta
Kereta tak semestinya kita tolak je kan.. kita blh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.
Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk cara bermain yang pelbagai… Kalau anak tak tau anda tunjukkan lah macam mana.
Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain sebab ia boleh membantu minda mereka lebih aktif untuk berfikir. Tapi bergerak dengan ada hala tuju lah ya..
Tak perlu keluar rumah pun, dalam rumah pun boleh.. anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat, dan macam-macam lagi.
Tal perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini.. Dan banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa spt nama aksi, kedudukan atas, bawah dll
Jadi bergerak bersama sama anak anda.
Maksudnya bukan tak boleh sediakan banyak mainan pada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit saja mainan pada 1 masa.
Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutama pada kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk fokus.
Mereka akan main mainan ni sekejap, lepas tu tukar mainan lain, dan belum sempat habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangkamasa kan.
Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Dah habis main, simpan dan keluarkan set yang baru.
Dan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendiri.. tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.
Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh gunakan macam-macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh dijadikan mainan. Anda hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak. Dalam erti kata lain tak perlu ‘skema’ sangat bila bermain.
Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan.
Mengajar kebebasan sejak awal pada anak sangatlah penting. Bermanja-manja boleh saja, tapi jangan sampai melampaui batas. Melatih anak bebas mendorong perkembangan otak, fizikal, dan sosial-emosi anak dengan lebih baik, sehingga dewasa kelak dia boleh menjadi peribadi yang kuat.
Tahukah anda, sikap manja anak boleh timbul kerana ibu ayah merasa anak tidak berdaya untuk kendalikan diri. Menurut psikologi anak dan remaja, Richard Bromfield, Ph.D. dari Harvard Medical, Anda harus mengawal dan mengajar kebebasan pada anak, dengan cara:
Berkomitmen
Jadikan anda dan suami sebagai pemimpin di rumah, sehingga mereka akan mengikut segala arahan anda. Jadi, bukan hanya anda yang boleh mengikuti kemahuan anak, mereka juga harus boleh mengikuti keinginan ibu ayah. Ajak bergaul juga dengan orang-orang di sekelilingnya, mulai dari adik beradik, sedara mara dan pengasuh.
Komunikasi jelas dan tegas
Beritahu anak mengenai apa yang Anda harapkan secara jelas. Contohnya, tekankan pada mereka untuk boleh belajar mengemas mainannya. Berikan arahan dengan ayat sederhana dan ucapkan secara perlahan, misalnya, “Jom, sekarang kemaskan mainan. Simpan dalam kotak mainan.”
Beritahu akibatnya
Tidak ada salahnya bila anda peringatkan dengan tegas jika dia tidak mahu menuruti Anda. Misalnya ketika dia tidak mahu mengemas mainan, katakan bahawa mainan itu boleh hilang atau rosak.
Harus konsisten
Konsistenlah dengan aturan yang sudah anda tetapkan untuk menjaga wibawa anda di hadapan anak. Kalau anda mengubah-ubah aturan, anak boleh saja tidak menganggap ibu bapa serius.
Tip bagaimana anda sebagai ibu bapa mendorong anak menjadi individu yang berdikari & tidak terus menerus bergantung pada anda:
Biarkan anak membuat pilihan, contohnya “Hari ini kamu ingin pakai baju upin ipin atau boboiboy?”
Tunjukkan penghargaan pada setiap usaha anak. Bantu pula dia dengan memberikan alternatif. Contohnya, “Tidak apa-apa. Tin biskut itu memang susah dibuka. Cuba kamu ungkit dengan sudu.”
Dorong anak untuk meneroka sekeliling, seperti “Hmm.. Kira-kira mainan yang adik nak itu ada di kedai itu ke tidak ya?”
Beri dia motivasi atas setiap keinginannya. “Jadi, kamu mahu cuba ikut mewarna? Wah, pasti seronok sekali, jom kita cuba.”
Menghargai keberhasilan anak.
Ketika anak berhasil mencapai suatu target kebebasan, berikan penghargaan yang membuat anak percaya diri. Anda boleh memberikan pujian atau pelukan.
Hindari:
Jangan terlalu banyak bertanya. Meskipun anda ingin mengetahui keadaannya, biarkan dia bercerita dan jadilah pendengar yang baik, contohnya menyapa anak pulang sekolah, “Seronok ibu lihat kamu dah balik sekolah!”. Belajar apa di sekolah tadi? Selanjutnya biarkan anak bercerita dengan sendirinya.
Jangan pula terburu-buru menjawab pertanyaan anak. Ajukan pertanyaan lanjutan yang akan membantu mengasah rasa ingin tahu dan kreativitinya, seperti “Wah, pertanyaanmu bagus! Menurut adik, bagaimana cara yang paling okey?”
Sekarang anda dah nampak cara kan? Selamat mencuba!
Moga-moga anak kita lebih cepat berdikari dan tidak terlalu manja sehingga menjejaskan tugas harian kita yang lain.
Zaman sekarang ni, ibu bapa lebih mudah tewas dengan anak-anak. Anak menangis kerana terjatuh sedikit terus berlari untuk dukung dan pujuk. Anak merengek kerana mahukan mainan terus dituruti segala permintaan anak. Anak mengamuk tak nak makan kerana mahukan makanan ringan terus diberi segala ‘junk food’ asalkan anak makan dan tidak berlapar.
Jawapan kepada semua situasi ini adalah biarkan saja anak anda menangis.
Tip menangani anak
1)Anak menangis kerana terjatuh
Kalau anak terjatuh, kita perhatikan saja dulu dari jauh dan jika ia tidak teruk biarkan sahaja anak tersebut walaupun dia sedang menangis. Apabila si anak mula berhenti menangis baru lah kita menghampiri dia untuk memujuk sambil menasihati bagaimana untuk mengelakkan kejadian itu dari berulang.
2)Anak merengek mahukan mainan
Anak merengek mahukan mainan setiap kali keluar berjalan? Biarkan saja. Walaupun kemungkinan besar si anak akan meraung dan bergolek di lantai seperti di tepi pantai, abaikan saja. Proses ini mungkin agak sukar untuk dihadapai oleh ibu bapa kerana khuatir dipandang pelik oleh orang keliling, namun percayalah ini antara salah satu proses terbaik untuk mendidik anak-anak.
Setelah anak mula berasa tenang, hampiri mereka dengan cara yang baik dan terangkan kenapa tidak boleh. Letakkan syarat setiap kali anda mahu belikan barang kegemaran si anak. Contohnya seperti siapkan kerja sekolah terlebih dahulu, solat 5 waktu, atau bantu kemas mainan di rumah.
3)Anak tidak mahu makan
Jika anak mengamuk tidak mahu makan kerana inginkan makanan ringan, jangan dituruti. Biarkan saja anak kelaparan pada waktu itu. Dengan cara ini anak akan lebih beringat jika dia tidak makan, dia tidak akan dapat makanan lain dan akan berlapar. Maka pada sesi makan seterusnya, si anak tidak mempunyai pilihan lain selain memakan makanan yang telah disediakan.
4)Anak menangis bila kalah sewaktu sedang bermain ‘game’ atau dengan kawan-kawan
Biarkan saja anak dengan perasaan ‘frust’ kerana kalah itu. Didik anak untuk tenangkan diri sendiri dan belajar untuk terima kekalahan. Secara tidak langsung ia menunjukkan sifat positif anak iaitu suka bersaing. Elakkan untuk didik anak sentiasa menang dalam semua perkara.
Kebaikan biarkan mereka menangis
Menangis merupakan salah satu cara komunikasi anak-anak. Masalah terjadi apabila kita salah mendidik, kerana tidak mahu si anak menangis. Segala permintaan anak dipenuhi kerana tidak tahu cara untuk mengawal mereka. Biarkan si anak menangis selagi ia tidak memudaratkan. Ini adalah kerana semakin anak itu membesar, semakin sukar untuk dikawal dan dibentuk. When No means No. Pastikan anak jelas dengan prinsip itu agar mereka hormat dengan setiap keputusan yang dibuat ibu dan ayah mereka.
“Frustration Tolerance”
Ia sangat penting sebagai persediaan emosi anak-anak untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. Didik anak untuk belajar menerima sesuatu yang diluar kawalan serta kawal perasaan ‘frust’ tersebut. Ini adalah kerana di dunia luar, tidak semua yang kita inginkan akan kita peroleh melainkan dengan usaha.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya berfikiran lebih jauh dalam mendidik anak-anak. Jangan anggap menangis itu suatu perkara yang tidak elok. Biarkan si anak belajar untuk memujuk diri sendiri agar mereka lebih matang, berdikari, dan patuh arahan.