Minat anak boleh dididik dan diasuh. Tak perlu paksa, biarkan rasa ingin belajar timbul sendiri lebih berkesan.
Yusuf Iskandar anak yang bijak. Apa yang dilakukan Hanis & Hairul mempengaruhi perkembangannya. Mula-mula tidak menunjukkan minat, tapi lama kelamaan semakin menguasai. Terkini Yusuf sudah pun mula membaca huruf-huruf Al-Quran.
Video si cilik ini membaca Muqaddam bersama Hanis menarik perhatian warganet. Kata Hanis, dia tidak memaksa sebaliknya membiarkan anak sulungnya. Yusuf yang terlebih dahulu menguasai abjad kini dengan sendirinya tertarik dengan huruf-huruf Al-Quran.
DULU TAK BERMINAT, HANYA SUKA A, B, C
For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Dia nak juga abcdefg dia tuuu complete sampai now-I-know-my-abc-next-time-wont-you-sing-with-me.
TIADA PAKSAAN, MINAT BILA TEMAN DADDY MENGAJI
Jadi kita tak paksa. Kita biar je dia tengah minat satu2 benda. Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni. Barulah Mommy dapat mengorak langkah dari situ
Ramai yang memuji tindakan Hanis dan Hairul yang menggunakan strategi yang baik menarik minat Yusuf. Tak kurang juga yang tertarik dengan bacaaan Yusuf yang comel!
BIARKAN MINAT ANAK DATANG SENDIRI
COMELNYA SUARA YUSUF
DULU 5 TAHUN BARU BELAJAR
PANDAI IBU AYAHNYA DIDIK
Sumber: theyusufiskandar