Anak manja dan melekat 24 jam pastinya membuatkan kita semakin bertambah runsing. Sebenarnya hal ini kurang baik untuk perkembangan anak itu sendiri. Membiarkan anak berdikari dan ada waktu untuk dirinya bersama orang lain baik untuk anak.

Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon, Ummi Naziera turut berkongsi hal yang sama mengenai anak sulung mereka, Ayra Aneesah yang kini berusia tiga tahun.

Ada cara yang turut dikongsikan oleh Dr Izzar bagi anak-anak yang clingy, manja dan melekat 24 jam.

“Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar, Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap” – Dr Izzar!


SEPARATION ANXIETY ANAK-ANAK

Sekarang semua dah boleh keluar merata kan. Mesti ada yang tinggal anak kat rumah kejap. Tapi, nak keluar tu punyalah mencabar untuk kami sebab Ayra mesti tak kasi. Banyak taktik dia buat tak nak kasi mummy and daddy keluar. Inilah yang dipanggil sebagai ‘separation anxiety’. Antara taktik-taktik Ayra ialah:

🟢 Menjadi lebih clingy bila tau mummy daddy nak keluar. Nampak kitorang pakai-pakai smart, mulalah Ayra tu.
🟢 Menangis dan peluk kaki kami (clinging) tak kasi keluar.
🟢 Kalau tidur, nak ada mummy and daddy sekali.

“Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar, Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap” – Dr Izzar!

Ads

Ia normal je sebab anak-anak membesar kan. Dahla lama dengan parents semasa lockdown haritu. Lagilah clingy taknak lepas. Nanti dah besar sikit hilanglah separation anxiety tu.

Apa yang boleh kita buat untuk kurangkan separation anxiety tu? :

✅ Terangkan dan rancang dengan anak kata lepas mummy/daddy keluar, kita bawa Ayra keluar pergi playground pula. Kadang-kadang Ayra minta coklat baru kasi kami keluar. Kawtim la.

✅ Cuba berpisah kejap dengan anak. Tinggal anak dengan tokwan, nenek, makcik dia kejap ke. Biar dia belajar untuk berpisah dengan kita.

✅ Bila anak takut, kita tenangkan dia dulu. Jangan tinggal masa dia tengah dok menangis terukla.

Ads

“Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar, Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap” – Dr Izzar!

✅ Ucap selamat tinggal dengan cepat dan positif. Bagitau anak mummy/daddy akan keluar lepas tu balik rumahla. Barulah lama-lama anak akan faham yang kita akan datang balik bila kita keluar/tinggalkan dia.

Tapi, kalau ada keadaan di mana anxiety/keresahan anak-anak tu berlebihan sampai menyebabkan stress teruk dan mengganggu fungsi harian. Ini dipanggilan ‘Separation Anxiety Disorder’. Kalau macam ni bawa anak jumpa doktor ye untuk buat pemeriksaan.

Menarik:  Atuk Kena Teman Pusing-Pusing, Birthday Jeanelle, DS Ismail Sabri Curi Tetap Luang Masa!

Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.

Ads

“Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar, Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap” – Dr Izzar!

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @izzar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI