Cocktail buah campur merupakan satu juadah yang tak asing lagi dalam kalangan rakyat malaysia. Tekstur yang berlemak dan rasanya yang manis buah sesuai dijadikan minuman semasa dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Siapa sangka, sebenarnya mudah sahaja untuk menghasilkan pencuci mulut ini.

Mari kita ikuti resepi rahsia dari Bella Jaafar untuk menghasilkan cocktail yang sedap dan mudah ini.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan 

2 peket Jelly sumi  

2 tin susu cair ideal 

4 sudu besar susu pekat 

1 tin buah peach 

Ads

1 tin fruit cocktail 

1 tin longan 

1 bekas nata de coco 

2 biji kuning telur 

Ads

4 sudu besar tepung kastard 

4 sudu esen vanilla 

4 sudu besar gula pasir 

Ads
Cocktail Campak-Campak Je Dah Siap! Sesuai Dimakan Semasa Berbuka Puasa
Sumber: Bella Jaafar

Cara-cara Penyediaan 

  1. Dua cawan air ditambah untuk mengelakkan rasa yang sangat manis.
  2. Buah-buahan diasingkan dan masuk terus ke dalam bekas hidangan. 
  3. Satukan bahan-bahan cecair contohnya kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair ke dalam periuk.  
  4. Masukkan kuning telur & esen vanila.
  5. Custard dikacau dahulu dengan air bagi sebati kemudian campur ke dalam periuk jika tidak nanti berketul-ketul dan burn kejadiannya.
  6. Satukan semua kemudian hidupkan api secara perlahan dan masak kuah sehingga sebati, tidal perlu terlalu panas. Selepas sejuk campurkan dlm mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi.

“selalu beli kat pasar malam kuahnya ya ampun sikit sangat tapi utk bancuhan saya ini jangan risau kuahnya memang generous, cedoklah ikut mana nak”  

Cocktail Campak-Campak Je Dah Siap! Sesuai Dimakan Semasa Berbuka Puasa
Sumber: Bella Jaafar

Nota 

“Saya tidak letak ais dahulu sebab bila nak makan baru masukkan ais dlm mangkuk dan cedok koktel ni”

Semoga perkongsian daripada Puan Bella dapat membantu kita sedikit sebanyak memikat hati orang di rumah. Akhir kalam, selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia dan semoga puasa kita pada kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya. 

Kredit: Bella Jaafar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI