Coco Pops Jar Sedap & Rangup Untuk Anak-Anak Layan Lepas Tarawih, Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali!

Share

Percaya atau tidak walaupun baru sahaja berbuka puasa, anak-anak kecil kita sudah memasuki dapur semula selepas selesai bertarawih bersama keluarga. Ada yang mengambil air, tak kurang juga potongan kuih yang disediakan ibu. Risau memikirkan anak-anak tidak punya makanan kudapan untuk malam hari, ada baiknya ibu sediakan kudapan ringkas ini untuk anak-anak. Mak ayah pun boleh tumpang sekali.

Resipi yang dihasilkan oleh ibu ini, Zuraita Anua ini cukup mudah hendak disediakan. Rangup dan rasa coklatnya cukup enak. Paling sesuai untuk sajian anak-anak makan sambil menonton televisyen di malam hari. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Sedapnya Samperit Matahari Ni Mudah Nak Sedia Confirm Sedap


Resipi ini diinspirasikan daripada Chocolate Rice Jar. Haritu suami saya beli tiga kotak besar Coco Pops sebab Koko Krunch dah habis. Maklumlah anak-anak saya ni baik yang beso sampailah yang kecik amat sukakan cereal. Risaulah hati si bapa kalau tak cukup stok cereal kat rumah. Jadi, apa sahaja brand cereal yang ada, terus dibelinya. Namun, yang dimakan cuma sekotak, itupun puas paksa.

Anak-anak saya kurang suka sebab teksturnya yang kecil. Susah nak makan katanya. Eh, apa pulak yang susahnya? Bukak mulut, telan ajelah. Hmm, macam itulah selera anak-anak zaman sekarang. Kita dulu dapat yang ini pun lompat bintang dah.

Mula-mula saya terfikir untuk jadikannya cookies, tapi kurang rajin pulak. Akhir sekali saya terfikir untuk buat ala-ala Chocolate Rice Jar sebab tekstur cereal ini yang crispy macam bubble rice. Alhamdulillah success! Kalau takde PKP, gigih juga saya nak cari bekas comel-comel. Tapi disebabkan kedai banyak tutup, kita guna bahan apa yang ada. Yang nak dimakan isinya, bukan bekasnya ya kan?

Coco Pops Jar

Bahan-Bahan :
1 bar coklat Cadbury (165gm)
50 gram coklat gelap
3 sudu besar minyak masak
1 kotak besar Coco Pops

10 cawan Coco Pops (sekotak besar) menghasilkan sebanyak ini. Isi siap-siap dalam bekas.

Untuk sos coklat pula, cairkan coklat cadbury dan juga coklat gelap dengan minyak. Gunakan kaedah double boil.

Setelah cair, angkat dan biarkan coklat betul-betul sejuk. Tuangkan ke atas bekas berisi Coco Pops.

Tengok coklat tu, boleh bayangkan betapa sedapnya kan.

Selamat mencuba!

Resipi wajib cuba: Resipi Nasi Butter Ala KFC, Kalau Buat Confirm Suami Anak Jilat Jari

Published by
SRM