Coklat Cadbury Gantikan Coklat Masakan, Biskut Badam Ni Lagi Sedap & Awesome!

Share

Gabungan dua bahan iaitu badam dan coklat masakan dalam menyediakan biskut badam mungkin sudah selalu kita cuba. Namun resipi olahan daripada Zaharah Ramin yang menggunakan coklat cadbury ini memang awesome. Teramat sedap katanya.

Paling menarik cara hendak membuatkan terlajak senang, hanya cairkan sahaja coklat Cadbury dan sadurkan bersama badam. Jadi kalau sukar mencari stok coklat masakan, coklat kegemaran ramai ini pasti membantu. Lagi sedap!

Resipi wajib cuba: Senangnya Buat Biskut Almond Cluster Ni, 2 Bahan Saja, Rasa Paling Tip Top!


Sedap nak mati. Projek petang tadi. Actually aku cari coklat coin beryls satu simpang tak jumpa, then guna lah cadbury ni. Lagi sedapkan tapi korang tak boleh letak kat luar la, cepat cair, kena letak dalam peti ais.

Bahan-bahan:
Kepingan badan -dibakar
Coklat cadbury

Bakar badam sampai rangup.

Then double boil coklat tu, gaul dengan badam.

Letak atas kertas minyak, ikut la saiz korang nak besa mana. Then masuk peti ais bagi keras.

If guna coklat beryls maybe boleh letak dalam balang kat suhu luar, tapi sebab guna cadbury cepat cair.Kena simpan peti ais lah.

Selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Udang Butter Telur Bersarang, First Time Buat Pun Jadi, Ikut Je Step Ni!

Published by
SRM