Juadah kerabu antara yang menjadi pilihan ramai. Menu simple tetapi kaya dengan pelbagai rasa yang sedap. Masam, manis, pedas semua cukup rasa. Dalam pelbagai pilihan menu kerabu, ada satu menu kerabu yang paling digemari iaitu kerabu kerang atau colek kerang.
Nampak mudah tetapi membuat juadah ini memerlukan rencah yang betul, baru menjadi. Jadi, jom kita tengok resepi dikongsikan oleh Masliana Ibrahim.
Semalam punya menu. Namanya COLEK KERANG. Colek kaki ayam biasalah. Saya kongsi resepi colek, mudah sangat. Biasa colek ni aspirasi menu Thai lah kot naa.
1 kilogram kerang
1 inci belacan di bakar
1/2 biji lemon di perah
2 pokok ketumbar di potong akar
2 biji bawang merah dimayang biasa
4 biji cili padi
6 biji tomato kecil dipotong dadu
2 batang serai di ketuk
1/2 gelas air asam jawa
1/2 mangkuk ais dan air
Sedikit garam dan nisang ori (gula melaka) – secukup rasa
Cara-caranya:
1️⃣ Cuci bersih kerang dan rebus bersama serai ketuk tadi.
Rebus hingga masak. Kali ni rebus tanpa air sebab kerang akan mengeluarkan airnya sendiri.
2️⃣ Kerang yang siap rebus tadi dimasukkan ke dalam semangkuk ais kejap untuk mengekalkan kesegarannya.
3️⃣ Angkat dan tanggalkan sebelah cengkerangnya. Letak semangkuk.
4️⃣ Cili padi dan belacan bakar tadi ditumbuk bersama. Sederhana lumat pun dah memadai.
5️⃣ Campur semua bahan tumbuk ke dalam air asam tadi. Masukkan satu persatu dan gaul rata.
7️⃣ Siram semua di atas kerang tadi dan sebatikannya. Kali ni saya buat campur colek terus dengan kerang.
Mungkin lepas ni saya lebih suka untuk asingkan colek kerang dan kerang. Maksudnya masa nak makan baru cicoh colek.
Rasanya gitu lebih best dari sekali harung campur colek. Hahaha..Gitulah kisahnya. Selamat mencuba.
Kredit: Masliana Ibrahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI