Sekejap masa berlalu, dah genap 2 tahun usia anak sulung pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin. Bagi meraikan hari lahir Rizqaa, Rizman dan isteri memilih tema barbie untuk anak kesayangannya.
Dalam majlis sambutan hari lahir baru-baru ini, Rizman telah membuat baju gaun Barbie rekaannya sendiri untuk digayakan oleh Rizqaa.
Memang nampak wow sangat Rizqaa pada hari kelahirannya itu ditambah pula dengan sentuhan magis daddynya sendiri.
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan di instagram pereka fesyen ini, banyak pakaian yang dipakai oleh Rizqaa hasil sentuhan daddy.
Bagaimanapun, penampilan Rizqaa yang mengenakan gaun berwarna light pink menaikkan serinya dan seolah-olah seperti seorang puteri.
Pandai beraksi di depan kamera, lagi menampakkan kebolehannya yang mungkin menjadi pelapis mommynya sebagai model bila besar nanti.
Dalam majlis sambutan hari lahir itu, turut memeriahkan suasana adalah ahli keluarga dan rakan-rakan Rizman serta isterinya, Nurida Suraya.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet. Ada yang menyatakan gambar-gambar Rizqaa berada dalam kotak Barbie itu sudah seperti patung hidup.
Sehingga kini, perkongsian Rizman sempena sambutan hari lahir Rizqaa telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun instagram.
“MasyaAllah comelnya Rizqaa ❤️😍 Happy birthday Rizqaa..semoga menjadi anak soleh, membesar dengan sihat & bahagia dunia akhirat …aamiin”
“Lovely princess❤️ Untung dadi fesyen designer 😁”
“Lawanya baju..berseri terus Rizqaa”
“Makin comey… HB sweety”
Kredit: IG rizman.n
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buku Latihan Tak Tepat Anak Bosan, Ini Tip Pilih Buku Kalau Nak Anak Cepat Menulis!
Ibubapa mana yang tidak mahu anak cepat-cepat pandai menulis dan melukis di awal usianya empat tahun dan ke atas. Walaupun baru belajar memegang pensil namun tarikan untuk anak terus menulis pada waktu yang lama perlu diberikan perhatian. Barulah anak makin minat.
Panduan yang dikongsikan oleh Hanis Athirah Rusli ini boleh mak ayah jadikan panduan dalam memilih buku latihan untuk anak makin mahir menulis.
Tips Pilih Buku Untuk Anak Belajar Menulis
1️. Pilih buku yang merangsang kemahiran motor halus anak seperti kemahiran untuk menconteng, mewarna, menyalur dan menyambung yang dapat dikembangkan dalam sistem yang tersusun.
2️. Pilih buku yang merangsang kemahiran berfikir. Contohnya aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang boleh merangsang minda anak.
3. Pilih buku yang mengalakkan anak menyalin, melakar atau menulis semula corak atau tulisan yang ada. Seperti quotes oleh Jack Canfield ” Repetition is the key to real learning”
4. Pilih buku yang sesuai dengan tahap perkembangan usia anak.
5. Pilih buku yang mempunyai arahan yang ringkas, tak berjela-jela tapi cukup padat dan mudah difahami anak.
6. Pilih buku yang tersusun mengikut aras kefahaman anak secara berperingkat dari mudah ke kompleks.
7️. Pilih buku yang mempunyai ilustrasi yang berkait dengan apa yang anak pernah pelajari dan gambar yang mudah anak faham bila melihatnya.
8. Pilih buku yang padat dengan aktiviti menarik seperti permainan suku kata, maze, teka teki atau pun nyanyian.
Nak cari buku tak susah. Memang berlambak sampai rambang mata untuk kita memilih. Tapi Anis cadangkan pilih buku yang menepati Garis Panduan Kurikulum Prasekolah (KSPK) dan turut mengandungi kemahiran asas menulis, pengukuhan dan pengayaan untuk anak yang baru belajar menulis.
Bila anak baru melatih menulis, tak perlu lumba lumba memaksa mereka menulis sehingga berpuluh-puluh muka surat. Satu atau dua helai pun dah memandai dalam satu masa. Kecuali jika anak sendiri yang teruja untuk teruskan menulis.
Raikan proses menulis anak, bukan hasilnya. Tak mengapa sekiranya tulisan anak masih terbang, ada yang terbalik, ada yang kejap besar dan kecil. Cuma perbetulkan dan ajar anak untuk perbaiki bukan memarahi. Ini supaya dapat mengekalkan minat anak dalam menulis dan merasakan usaha mereka dihargai.
Untuk menulis secara awal Anis gunakan buku oleh AWAL. Kami fokus tiga jenis buku aktiviti untuk tingkatkan kemahiran motor halus sambil mengimbas kembali apa yang dibaca dalam buku teks Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi.
Cepat Tulis untuk Bahasa Melayu, I Can Write untuk Bahasa Inggeris dan Lancar Jawi untuk subjek Jawi. Anis suka kerana buku-buku ini menepati ciri yang Anis senaraikan di atas.
Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Yang Selalu Ibu Ayah Cakap Itulah Akan Kekal Dalam Otak Anak. Pastikan Sebut Yang Baik-Baik
Dato’ Mohamad Fadzilah Kamsah (DMFK) kata, kita ibu ayah kena selalu sebut perkara yang baik-baik kat anak. Walau anak tengah buat perangai, walau anak ada buat kita rasa nak marah sangat-sangat.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Ezzaty Suffian mengenai apa yang kita cakap itu akan mencorakkan diri anak bila mereka besar nanti memang betul.
Cakap yang baik-baik itu doa buat untuk anak.
Fakta sains pulak cerita, setiap apa yang kita sebut pada telinga anak, akan sampai kepada otak dia. Setiap ayat sama yang kita ulang dan ulang banyak kali itulah yang akan disimpan dalam minda bawah sedar anak (subconcious mind).
Dan ianya akan menjadi KEKAL hingga dewasa.
Penting sangat kita jaga subconcious mind anak sebab fungsi minda separa sedar ini adalah untuk : pegang apa yang anak percaya (store their beliefs), simpan memori dan pengalaman hidup.
Nak tahu siapa anak kita pada usia 18 tahun nanti? Kena tengok apa yang kita percaya dan selalu sebut kat anak pada masa sekarang.
Kalau kita selalu sebut : bagus fayyadh, fayyadh boleh buat, fayyadh anak yang hebat, fayyadh anak yang pandai, fayyadh anak yang sabar, fayyadh anak yang suka dengar nasihat ummi, fayyadh anak yang berdikari.
InShaaAllah itulah yang akan fayyadh jadi 18 tahun lagi.
Kata-kata yang baik ini kita namakan dia sebagai affirmation. Perlu diulang cakap setiap hari supaya dia dapat masuk dan melekat terus dalam minda bawah sedar anak. Yang boleh buatkan otak anak percaya itulah dirinya dan finally akan membuahkan kenyataan.
Kenapa? Sebabnya, minda anak kita tengah kosong waktu ini (dari usia baru lahir hingga 6 tahun). So, yang hubungkan sel-sel otak anak adalah segala experience (pengalaman) yang dia lalui setiap hari.
Experience tu termasuklah apa yang dia nampak, dengar, sentuh, bau, rasa. So, apa yang dia dengar itulah mostly apa yang keluar dari mulut kita ibu ayah dia kan?
Tambah lagi 1 fakta : otak anak pada usia 2 tahun hingga 6 tahun berada pada gelombang theta dan alpha. Gelombang otak yang tenang tapi sangatttt tajam.
2 gelombang ini adalah gelombang power yang buatkan anak kita bersedia untuk belajar macam-macam. Whatever yang kita cakap, nasihat, marah dan sebut pada anak, diorang akan terimanya sebagai 1 pelajaran baru dan betul (walaupun kita cakap/ajar benda yang salah). Dan maklumat itu akan terus dihantar ke subconcious mind anak.
Memang betul. Kita yang corakkan kepercayaan dan keperibadian anak-anak. Jati diri anak-anak pun ya. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya.
Nak atau tak, kita perlu selalu cuba untuk maintain positif, perlu buat latihan cakap perkara yang baik-baik kat anak, perlu selalu rasional dan jaga kata-kata yang keluar dari mulut kita supaya tak melampaui batas.
Sumber: Ezzaty Suffian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ujian Kami Anak Beranak”. Mula Dengan Demam, Sakit Kepala Kini Suami Hanya Terlantar
Isteri nampak je kuat, tapi andai pasangannya ditimpa dengan ujian yang tak disangka-sangka tetap gugur juga air mata itu. Lagi-lagi bila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini kini terlantar sakit. Bertambah sedih apabila anak-anak masih kecil dan memerlukan kasih ayah.
Menerusi perkongsian seorang isteri di Facebook Nurasmieyra Ismail, ibu kepada dua cahaya mata berusia 3 tahun dan setahun serta sekarang sedang sarat mengandung anak ketiganya yang bakal lahir September depan, apa yang berlaku pada suami tak dijangka sama sekali.
Bermula dengan demam on off, sakit kepala
Bermula dengan demam on off je, lepas tu kerap sakit kepala yang teramat sangat sehinggalah satu hari tu terus tak ingat apa-apa. Semua berlaku secara mengejut. Suami mula tak sedarkan diri sejak 2 Mei 2021.
Dari hari jadi anak yang baru masuk 1 tahun (8 Mei 2021) sampai la Hari Anniversary kami (14 Mei 2021) yang ke-5, buatkan saya sedih tengok suami hanya terlantar. Doktor diagnos Meningitis (jangkitan kuman di selaput otak).
Masa berada di hospital sebelum ini, kalau dia sedar pun, kejap je. Suami buka mata tapi dia tak kenal siapa-siapa. Dia tak kenal saya, tak kenal anak-anak dia. Tak ingat pun dengan keadaan saya tengah sarat mengandung anak dia.
Bila jadi macam ni, sekelip mata saya jadi ralat. Automatik saya perlu kuat untuk galas semua tanggungjawab yang suami lakukan sebelum ni. Makan minum, pakai anak-anak, check up baby, ulang alik hospital, alhamdulillah Allah permudahkan urusan tu. Tapi sesekali buat saya sedikit rasa down.
Sebagai suri rumah sepenuh masa, kadang-kadang terfikir juga nak cari kerja memandangkan suami sakit terlantar macam ni tapi anak-anak pun kecil lagi. Mungkin selepas bersalin saya perlu fikirkan alternatif lain sebab tak mahu semua anak-anak dan suami tak terabai.
Hanya terlantar dan perlu bantuan untuk bangun
Syukur juga suami dah keluar hospital bulan Jun lalu dan buat masa sekarang ada di rumah mak. Sebab kalau duduk rumh sendiri nanti tak ada yang nak tolong angkat suami ke bilik air dan ke klinik.
Suami tak mampu nak gagahkan kaki lagi, nak jalan, nak berdiri tu tak boleh lagi. Buat masa sekarang guna wheelchair dan tongkat. Sepatutnya belum boleh discharge ward sebab suami kena continue ubat dia ada lagi 2 bulan.
Tapi kami minta balik juga sebab dah lama sangat duduk dalam wad dan tambah lagi dengan keadaan saya sendiri penat mengandung.
Jadi lepas discharged wad bermulalah episod kami ulang alik ke KK Kuala Abang setiap hari selama 2 bulan untuk continue ubat dan rawatan suami disana.
Walaupun ramai yang whatsapp nak datang melawat suami, saya minta maaf kerana keadaan dia sekarang memang tak mengizinkan. Dia bukan sembuh sepenuhnya lagi. Masih belum stabil dan sesekali ada muntah-muntah, sakit kepala, lemah, tak nak makan minum. Badannya pun semakin kurus.
Sekarang ni kalau nak suruh dia bangun kena angkat dulu, baru dia boleh bangun. Itu pun kejap je sebab dia akan kata pening. Anak-anak pun dia tak larat nak pegang dan nak main.
Suami dah tak boleh kerja
Doktor juga tak beri jaminan suami akan pulih sepenuhnya dan pihak mereka telah buat surat menyatakan suami tak boleh kerja dah. Moga ade rezeki lain buat kami sekeluarga.
Mohon doa dari kalian, doakan kesembuhan buat suami saya Ahmad Shahdan Mustafa agar diberi syifa’ dan sembuh sihat seperti biasa..Doa anda semua sungguh mahal buat kami. Ujian buat kami anak beranak, insyaAllah masih kuat. Doakan ya.
Kredit: Nurasmieyra Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI