Sekejap masa berlalu, dah genap 2 tahun usia anak sulung pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin. Bagi meraikan hari lahir Rizqaa, Rizman dan isteri memilih tema barbie untuk anak kesayangannya.
Dalam majlis sambutan hari lahir baru-baru ini, Rizman telah membuat baju gaun Barbie rekaannya sendiri untuk digayakan oleh Rizqaa.
Memang nampak wow sangat Rizqaa pada hari kelahirannya itu ditambah pula dengan sentuhan magis daddynya sendiri.
Lebih selesa mengambil pendekatan low profile melayari kehidupan berumahtangga, Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Ismail Sabri kini nampaknya lebih bahagia. Kehidupan pasangan ini juga telah lengkap apabila dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang akan menginjak usia 3 tahun pada November depan.
Walaupun tidak banyak yang dikongsikan Jovian mengenai perkembangan keluarganya pada pihak media, namun menerusi instagram beliau dan isteri, mereka sentiasa memuat naik momen bertiga sama ada pergi bercuti atau melakukan aktiviti santai.
Ternyata nampak Jovian begitu rapat dengan anak perempuannya dan rajin melayan karenah Jeanelle.
Malah banyak juga kajian menjelaskan anak yang manja dengan bapa, apabila besar akan jadi lebih bijak. Tambah pula, bila anak perempuan rapat dengan si ayah, mereka akan jadikan bapa sebagai idola dan cinta hati pertama mereka dalam hidup.
Akan pastikan dinner bersama keluarga
Bercerita mengenai pengalamannya bergelar seorang bapa dan dalam masa sama pereka fesyen terkenal, Jovian akui masanya begitu padat. Namun itu bukan alasan melepaskan momen untuk melihat anak membesar di depan matanya dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Setiap hari rutin saya memang sibuk bermula jam tujuh pagi hingga lapan malam. Namun saya akan pastikan dapat dinner bersama keluarga sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.
“Pernah saya tundakan meeting lepas dinner demi memastikan masa ada untuk keluarga,” kongsinya.
Suka bacakan Bed Time Story
Menurut Jovian lagi, masa anak kecil hanya sekali saja. Terlepas masa ni sangat rugi kerana masa tak dapat diputar kembali. Disebabkan itulah, Jovian seboleh-bolehnya akan pastikan ada ruang untuk bacakan bed time story untuk Jeanelle.
“Sebelum tidur saya akan bacakan ‘bed time story’. Walaupun sekejap dah cukup berharga buat kami. Dulu Jeanelle suka kisah binatang sehingga menyukai ‘octopus’ dan ‘lion’. Sekarang lain pula apabila dia suka kisah ‘princess dan ‘fary tale’.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Jeanelle tidur di bilik sendiri sejak bayi lagi. Ini memudahkan untuk anak kami biasakan diri sejak kecil. Saya dan isteri selalu ‘travel’. Jadi cara ini dapat mendidik Jeanelle lebih berdikari jika nanti kami berdua tiada di rumah,” katanya.
Mula Ke Tadika Sejak Usia 1 Tahun 3 Bulan
Mengulas mengenai perkembangan Jeanelle, Jovian memberitahu anak perempuannya itu sudah ke tadika, Peterana Kindergarten milik isteri saya sejak berusia 1 tahun 3 bulan.
“Memang dia suka ke tadika kerana di sana ramai kawan-kawan. Dia boleh bersosial dan berkawan. Mungkin orang kata masih terlalu awal tetapi bagi saya dan isteri bagus untuk perkembangan sosialnya ,” ujarnya.
Sumber: Keluarga
**Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa tak jadi macam ni, sambil masak, sambil basuh kain, sambil bagi anak makan, sambil dengar audio, sambil jawab soalan anak, sambil macam-macam. Haa….ada yang kata para wanita ni memang itulah kelebihannya, MULTI-TASKING.
Tapi, perasan tak, bila dah multi banyak sangat, akhirnya apa jadi pada mak ni adalah kepenatan yang teramat sangat. Penat mental, fizikal dan emosi. Habis drain tenaga.
Apa yang lebih mengharukan adalah, hasil kelelahan itu semua tiada sempurna. Banyak kekurangannya, banyak yang tidak selesai. Paling utama, sang ibu menjadi sangat tidak produktif dihujung hati. Hati rasa tak happy dan mudah meledak dek kerana kepenatan itu.
MULTI-FOKUS YANG MELELAHKAN
“Tapi Ibu, saya tak ada pilihan. Anak saya ramai. Saya bekerja. Bila balik, semua nak kena hadap. Nak tak nak tetap kena uruskan. Kalau nak harapkan suami..emm..lagi saya sakit hati.”
Sayang..tau tak apa silap mu. KESEMPURNAAN.
Baju, perlu disidai begini, kain perlu dilipat begini, rumah mesti berkeadaan begini, anak-anak mesti selesaikan tugasan begini-begini, aktiviti mesti dilakukan begini-begini, nak hasil jadi begini-begini.
Bila tak tercapai ‘expectations’ itu, apa yang terhasil adalah STRESS, TERTEKAN, BENGANG. Akhirnya, menyalahkan diri sendiri atas ‘kegagalan’ yang tidak diingini.
Sayang, sedarilah sesungguhnya anda bukanlah ROBOT.
Anda adalah manusia yang perlu waktu rehat, yang perlu belaian kasih, yang perlu masa ketenangan.
“Ibu..tak boleh. Anak saya kecik-kecik. Tak boleh ‘deligate’ kerja. Bila suami dah tolong tengokkan anak-anak, saya dah syukur sangat. Tapi, betullah kata Ibu, saya masih ada satu perasaan ‘kekosongan’ dalam jiwa. Terkadang penat ini semua buat saya hampir menghamburkan air mata. Nak tak nak, tetap kena buat, tetap kena hadap.”
Sebenarnya kan sayang, yang buat kita penat bukan MULTI-TASKING tu, tapi sebab MULTI-FOKUS. Memang penat, bila dalam pemikiran tu banyak perkara yang diFOKUSkan dalam satu masa. Tengah masak, dalam fikiran ingat anak belum dimandikan. Sambil lipat kain, teringat wasap boss yang belum di ‘reply’. Sedang makan bersama suami teringat kain yang belum disidai. Hakikatnya, MULTI-FOKUS itu sangat tidak produktif, sangat tidak bagus. Jadi apa nak buat?
Kembali FOKUS. Lakukan satu persatu dengan hati yang tenang.
Suka Ibu kongsikan tips yang mudah buat sayang semua yang perlu MULTI-TASKING ni.
Mungkin sayang boleh cuba amalkan apa yang Ibu nak kongsikan ini.
1. Mulakan hari dengan TAHAJJUD.
Pada permulaan hari, SERAHKAN MASA,URUSAN dan TENAGA kepada MAHA PENCIPTA SEGALA. Peruntukan masa khas berkhalwat bersama Allah Taala. Luahkan segala apa yang terpendam. Mohon kekuatan kepadaNya. Zikir, selawat, baca Al-Quran dan berdoalah sebelum subuh.
Ketika itu, Allah sedang turun ke langit dunia. Allah mahu mengampunkan sesiapa yang minta ampun dan mahu mengabulkan apa saja yang dimohon oleh hambaNya. Dengan menyediakan masa untuk Allah pada permulaan hari, InsyaAllah hari itu akan menjadi lebih efektif. Bahasa mudahnya hari menjadi lebih berkat. Banyak urusan selesai, dipermudahkan, hati rasa lapang dan sebagainya.
2. JADUAL
Adakan jadual yang realistik untuk aktiviti sepanjang hari. Pentingnya jadual ini, adalah supaya seluruh ahli keluarga tahu apakah aktiviti seharian. Maka rutin yang positif boleh dicipta. Apabila anak tahu apa yang harus dilakukan sepanjang hari, maka ini akan bina rasa selamat pada diri anak itu sendiri. Para ibu bapa juga boleh kurang ‘membebel’ kerana anak sedar apa yang patut dilakukan.
3. Bahagikan tempoh 24jam atau sistem MENGKHUSUSKAN -Definition of Space.
Cuba lihat dapur kita, semua ada lokasi khusus. Di mana pisau disimpan, kuali disangkutkan, rempah ratus disusun, tidak caca-marba. Maka, bila kita mahu masak dan masuk ke dapur, semua jadi mudah dan terurus.
Begitulah dengan masa. Khususkan masa untuk ALLAH, SUAMI, ANAK-ANAK, URUSAN RUMAH, ME-TIME dan lain-lain.
Begitulah 3 tips mudah yang mungkin sayang boleh amalkan dalam kehidupan harian. Tak kisahlah sama anda perlu bekerja di luar atau WFH. Sungguh, bila mulakan hari dengan Allah, InsyaAllah, banyak perkara akan selesai dan dipermudahkan. Usahlah jadi wanita yang
MULTI-FOKUS yang akhirnya akan memenatkan dan melelahkan. Malahan hasil yang tercita sangat minimum.
Doa Ibu, semoga perkongsian Ibu pada pagi ini memberi semangat atau setidak-tidaknya memberi motivasi pada anda dalam memulakan hari.
Kredit: Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
“Bini aku ni, masa bercinta kemain cantik. Pakai make up semua. Bila dah kahwin, dah tak reti nak cantik dah”.
“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”
Itu antara soalan biasa saya dengar perbualan dengan rakan-rakan.
Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai.
Setiap suami pasti mahu sentiasa melihat isterinya nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.
Peranan suami sangat penting. Jangan nak kecam je isteri tu tak cantik la, nampak buruk la. Kecil hati isteri. Sebagai suami, kau yang patut menegur isteri. Tanya diri kau, apa yang kau dah buat untuk bagi isteri kau nampak cantik. Kalau takde apa-apa, jangan nak tau merungut sahaja.
Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak.
Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak make up cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon-hon bini suh cepat sikit?
Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Antaranya;
Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Ili ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.
Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri.
Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak. Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.
Point saya di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik. Kos dia pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk bini kau untuk bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la.
Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain.