Kehamilan

“Comel Baby Bump” Berseri-Seri Wajah Adira Yang Kini Hamil Anak Nombor 4

Share

Penyanyi kelahiran Sabah, Adira Suhaimi baru-baru ini berkongsi video dia keluar bersiar-siar bersama tiga orang cahaya matanya.

Dalam video tersebut jelas kelihatan fizikal perut Adira yang sedang hamil anak keempat.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata, Anggrek, 5, Assan, 4, dan Anggun, 3, tidak pernah berkongsi mengenai kehamilan keempatnya itu di media sosial.

Penyanyi lagu Pujaan Hati Kanda ini terkenal aktif menguruskan tiga orang anaknya selain sibuk mengendalikan perniagaan produk kecantikan serta sambal yang diusahakannya.

Pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 31, ini tidak pernah menjadikan kehamilan sebagai alasan untuknya sentiasa aktif dan bertenaga.

Peminat Pun Teruja & Terkejut

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Adira tumpang teruja melihat penyanyi berkulit putih gebu ini mengandung lagi.

Adira juga kelihatan membalas dengan emoji gembira pada beberapa komen pengikutnya yang terkejut dia hamil lagi.

Berdasarkan pada saiz perut Adira dijangkakan kandungan beliau sudah masuk ke trimester ketiga (7 hingga 9 bulan kehamilan).

Apa pun semoga Adira dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan dipermudah proses kelahirannya kelak.

Untuk rekod Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

Sumber: IG Adira Suhaimi

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!

Published by
Hasnita Sawal