Pelakon dan juga usahawan, Abby Abadi dikenali sebagai seorang wanita yang kuat walaupun diuji beberapa kali keguguran sebelum ini. Namun itu tidak mematahkan semangatnya dan suami, Muhammad Faizal dan reda dengan ketentuan ilahi.
Bagaimanapun Allah hadirkan rezeki kepada pasangan suami isteri ini dengan kehadiran tiga anak angkat, dua perempuan dan seorang lelaki.
Meskipun dah mempunyai sepasang cahaya mata angkat sebelum itu, Abby dan suami membuat keputusan untuk menambah seorang lagi bayi perempuan yang berusia sembilan hari pada waktu itu yang diberi nama Maira Darda Farisa.
Bercerita mengenai kisahnya mengambil anak angkat yang ketiga dan kini telah pun berusia 2 tahun selepas menyambut hari lahir pada 10 April lalu, semua itu tiada dalam perancangan pun. Allah sebaik-baik perancang.
Jika diikutkan sepatutnya ada keluarga lain yang akan menjadi penjaga Darda. Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, berlaku hal sebaliknya.
“Tiada dalam perancangan untuk kami ambil Darda ni sebagai permata hati kami pada awalnya. Memang dari rumah ke hospital haritu dengan niat semata-mata untuk bantu orang lain sebab yang nak ambil tu dari luar KL, dia tak percaya pada pihak yang menguruskan waktu tu sebab tak kenal.
“Satu satu lagi sebab nak kena transfer duit dengan jumlah yang besar kerana tinggi kos hospitalnya. Long story short, berjam-jam saya & suami tunggu dihospital tu, pihak yg minta tolong tu maklumkan tak boleh transfer, tak lepas.
“Tiga kali dia ulang ayat tu. Saya letak phone, terus saya nekad bayarkan bil & bawa baby balik.
“Tentu ada hikmah yang tersembunyi kenapa Darda jadi milik kami. Takkan mungkin ALLAH saja-saja nak saya dan suami @jaiezzany jadi penjaga kepada Darda ni kalau tiada kebaikan di masa depan,” kongsinya sebelum ini.
Terbaru di instagram Abby, Darda yang genap usia 2 tahun kini membesar dengan sihat makin bijak.
Syukur Alhamdullillah, anak Mama Abah sihat walafiat. Membesar dengan baik, bijak, notty sikit je hehe.
Pandai ambil hati, pandai bergurau, pandai serba serbi la.. Geram kadang-kadang tu! Mama Abah, bahagia dengan kehadiran Darda, bahagia dengan kehadiran semua anak-anak Mama Abah.. sayang sangat anak-anak Mama semua. Sayang sangat-sangat dunia akhirat tau!
Semoga membesar menjadi anak yang membahagiakan, bernilai disisi ALLAH dan bermanfaat utk semua makhluk.. Aminn!
Kredit: IG Abby Abadi, Jai Ezzany
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)