Baru-baru ini tular gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun lebih yang memakai pakaian seragam polis sempena Hari Polis yang ke-212.
Aksi anak kecil itu, Matin Hilman Muhammad Hafizi itu menjadi perhatian kerana wajahnya yang serius dan dalam karakter sangat dan tak ubah seperti seorang anggota polis.
Menurut ibunya, Khairah Mohamad, Matin sama seperti kanak-kanak lain. Tak sangka pula gambarnya jadi tular selepas sambutan Hari Polis.
Anak kepada Koperal Muhamad Hafizi Mat Deris jadi popular selepas gambarnya dirakam dalam keadaan mood tidak baik.
“Muka dia agak masam sebab bad mood bila kami kejutkan dia bangun pukul 6.15 pagi untuk ke IPD Dungun.
“Mungkin dia tak cukup tidur dan tak sempat sarapan. Bila dah sampai sana, ramai pula yang tegur dia,” jelas Khairah.
Menariknya uniform berkenaan dibuat istimewa untuk Matin apabila tukang jahit mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan tempahan mengikut ukuran badan anaknya.
Kos perbelanjaan pula melibatkan sebanyak RM250 termasuk baju, seluar, kasut dan aksesori bagi menghasilkan penampilan seorang inspektor yang sebenar.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, anaknya juga suka berkawad apabila melihat suaminya memakai uniform polis dan gemar menonton rancangan kartun Robocar Poli.
Walau bagaimanapun, saya dan suami tidak memaksa Matin untuk memilih karier yang diminati apabila meningkat dewasa nanti. Jika dia minat nak jadi polis, sebagai ibu apa yang terbaik untuk Matin kami suami isteri akan menyokongnya,” katanya.
Sumber: Khairah Mohamad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI