Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak selamat menimang kelahiran cahaya mata perempuan keduanya semalam bersama isteri tersayang, Amira Asyura Abd Razak.
Menerusi satu hantaran ringkas di instagram miliknya, Angah menyampaikan khabar gembira itu dengan turut berkongsi sekeping gambarnya sambil memegang puteri kesayangannya itu.
Dalam pada itu, Angah atau nama sebenarnya, Iskandar Shah Hashim turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.
“Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya.
“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya berkongsi.
Ads
Rata-rata, para pengikut Angah dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat Angah dan isteri atas kelahiran bayi keduanya ini bersama isteri.
Semoga kelahiran bayi comel ini akan terus memberi kebahagiaan dan melengkapkan lagi kasih sayang mereka sekeluarga.
Ads
Terdahulu, Angah mengumumkan kehamilan kedua isterinya pada Ogos lalu.
Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah pada 16 Februari 2019. Melalui perkahwinan terdahulu, Angah juga turut memiliki seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nurrina.
Proses melahirkan anak adalah 1 waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu bapa. Namun dalam penularan wabak COVID-19 ini, sudah tentu ia adalah perkara yang turut menyebabkan kebimbangan.
Pastinya banyak persoalan akan bermain di fikiran. Mungkinkah anak yang bakal dilahirkan terkena jangkitan coronavirus ini? Bagaimana proses penyusuan kalau anda sebagai ibu diletakkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)?
Bagaimana persediaan bersalin ketika COVID-19?
Setakat ini, masih tidak terdapat bukti menunjukkan COVID-19 boleh disebarkan oleh seorang wanita hamil kepada janinnya. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan di Wuhan, China terhadap 4 wanita hamil yang positif COVID-19.
Selepas bayi dilahirkan, 3 daripada responden bersetuju untuk dilakukan ujian kepada bayi mereka dan semuanya didapati negatif virus korona. 4 bayi tersebut juga tidak menunjukkan sebarang simptom coronavirus.
Jadi apa yang boleh dikatakan, persediaan bersalin ketika COVID-19 adalah seperti biasa. Cuma mungkin wujud keterbatasan untuk bakal ibu bapa dalam melakukan persiapan dari aspek barangan bayi.
Tetapi bagaimana pula daripada aspek mental bakal ibu ketika proses melahirkan anak itu nanti? Adakah perlu melaluinya secara berseorangan tanpa ditemani pasangan atau keluarga?
Menurut OB-GYN, merangkap tenaga pengajar obstetrik dan ginekologi di Oregon Health & Science University, Dr Rachel Pilliod, “Sememangnya saat melahirkan anak bukan sekadar satu proses fisiologi dan pastinya wujud keinginan untuk berkongsi bersama insan tersayang.”
Sebagai 1 persediaan bersalin ketika COVID-19, beliau menasihatkan wanita yang bakal menyambut kelahiran anak semasa tempoh pandemik ini untuk melakukan rundingan dengan hospital pilihan.
Kebiasaannya pihak hospital akan mengehadkan seorang individu sihat untuk bersama sepanjang tempoh berada di hospital. Walau bagaimanapun, sudah pasti ia bergantung kepada syarat yang dikeluarkan hospital, terutamanya waktu penularan COVID-19.
Turut disarankan, jika pihak hospital membenarkan seorang individu untuk menemankan ibu selepas bersalin, sebaiknya sediakan individu pengganti yang boleh membantu ibu dan bayi jika peneman tersebut mungkin perlu menjalani proses kuarantin-14 hari.
Apakah risiko jangkitan kepada bayi baru dilahirkan?
Bagaimana dengan proses penyusuan? Bolehkah dilakukan seperti biasa terutamanya jika ibu mungkin mempunyai simptom jangkitan?
Pengamal Perubatan dan juga Pensyarah Kanan di Leeds dan Bradford University, Dr Amir Khan memberitahu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tidak terdapat sebarang virus penyebab COVID-19 yang ditemui di dalam susu ibu.
Dr Amir menjelaskan, jika anda ingin menyusukan bayi dan tidak mempunyai sebarang gejala, menjaga aspek kebersihan adalah kunci utama dalam membendung penularan wabak coronavirus.
Manakala jika anda mungkin mempunyai simptom, anda disarankan untuk mengepam susu ke dalam botol dan berikan individu lain yang sihat untuk memberikan susu kepada bayi anda.
Semestinya proses penyusuan tidak digalakkan untuk dihentikan walaupun anda mungkin mempunyai simptom. Ini kerana bayi memerlukan antibodi yang terdapat di dalam susu. Ia adalah cara terbaik untuk membantu si manja melawan virus.
Tetapi penjagaan individu mungkin bergantung kepada tahap simptom yang dialami ibu. Sebaiknya, perbincangan dengan bakal ibu, keluarga dan pihak perubatan perlu dilakukan berkaitan penyusuan badan serta persediaan bersalin ketika COVID-19.
Bagi ibu yang mungkin mempunyai risiko jangkitan, pihak CDC menasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengendalikan bayi. Ini termasuklah mencuci tangan sebelum menyentuh bayi dan memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan.
Jika anda memilih untuk memberikan susu formula, pastikan barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.
Kes jangkitan COVID-19 melibatkan bayi baru lahir?
Terdapat 1 kes jangkitan melibatkan bayi yang baru dilahirkan diuji positif COVID-19 di salah sebuah hospital di bahagian utara London. Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu tersebar melalui plasenta sebelum kelahiran atau pada masa kelahiran.
Ibu bayi tersebut diuji positif COVID-19 di hospital Middlesex Utara, di Enfields. Keputusan hanya diperolehi selepas melahirkan anak. Setakat ini, kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.
Jika positif jangkitan, apakah persediaan bersalin ketika COVID-19?
Bagi wanita hamil positif COVID-19 pada waktu melahirkan anak, mereka akan diasingkan daripada pesakit lain dan pengamal perubatan pula akan memakai topeng muka.
CDC menjelaskan keluarga pesakit sememangnya tidak dibenarkan untuk melawat, maka penggunaan mekanisma alternatif untuk pesakit dan ahli keluarga berhubung adalah seperti panggilan video menggunakan telefon atau tablet.
Selepas bayi dilahirkan, pastikan mereka akan diasingkan daripada ibu sehingga status jangkitan diputuskan. Ini adalah untuk membendung penularan wabak kepada bayi, jika masih belum berlaku.
Jangan tertekan
Tidak dinafikan dalam tempoh ini, kebanyakan individu akan berdepan tekanan khususnya para ibu mengandung. Apatah lagi memikirkan tempoh melahirkan anak semakin dekat.
Walau bagaimanapun, bakal ibu sekalian dinasihatkan untuk menghindari sebarang tekanan. Lakukan perbincangan dengan pengamal perubatan tentang persediaan bersalin ketika COVID-19 ini.
Sama ada merancang untuk bersalin di rumah atau mungkin di hospital bersalin, dapatkan rundingan dengan pakar terlebih dahulu. Jangan melakukan sebarang keputusan terburu-buru.
Paling penting, sepanjang tempoh ini, lakukan penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan lakukan jarak sosial dengan sebaiknya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, okay?
Penyanyi, Syasya Rizal menyifatkan momen melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhammad Yassir Hayyan sebagai satu pengalaman yang indah buat dirinya.
Berkongsi kisah kelahiran anak kesayangannya itu, Syasya yang membuka ruangan pertanyaan di Insta Story miliknya turut berkongsi kisah kelahiran putera yang dinanti itu.
Kata Syasya, dia bersyukur kerana dapat melalui pengalaman bersalin normal tanpa mengambil epidural kerana bayinya sudah separuh keluar.
“Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk saya merasa pengalaman bersalin normal tanpa epidural.
“Padahal waktu tengah lalok gas, saya dah drama suruh suami panggil jururawat cucuk epidural, tapi tak sempat. Sebabnya, kepala Yassir (anak) dah betul-betul dekat bawah (dah keluar).
“Sempat juga tengah lalok itu saya pandang ke arah doktor dan cakap dalam hati, ‘semua wanita hebat sebab boleh lahirkan anak’,” kongsinya.
Tambah bekas anggota kumpulan Dolla itu lagi, dia juga turut memuji pengorbanan setiap ibu yang berjuang melahirkan cahaya mata.
“Untuk peringatan, guna epidural bukan ‘cheat code’ okay. Setiap ibu pasti ada perjalanan bersalin masing-masing dan berbeza.
“Ada yang bersalin normal, ada yang czer, ada yang pakai epidural dan ada yang tidak. Semua ibu layak dihargai. Pada akhirnya, kita akan lihat semua ibu berjuang sehabis baik untuk melahirkan insan ke dunia,” kongsinya.
Terdahulu, Syasya selamat melahirkan bayi sulunya, Muhammad Yassir Hayyan.
pada pada 23 Disember tahun lalu.
Bekas anggota kumpulan Dolla itu mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada April 2024.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Batuk dan selsema bayi antara masalah kesihatan yang kerap menyerang si kecil, terutama bila cuaca tak menentu atau selepas mereka mula dihantar ke taska. Bila anak tak sihat, ibu ayah pasti rasa risau dan serba tak kena melihat si manja sukar tidur, hidung tersumbat dan kerap menangis. Namun, tahukah anda bahawa pemberian ubat batuk dan selsema kepada bayi di bawah usia dua tahun sebenarnya tidak digalakkan?
Menurut pakar pediatrik, ubat batuk dan selsema komersial boleh memberi kesan sampingan yang serius kepada bayi kecil. Ini kerana sistem tubuh mereka masih belum matang untuk memproses bahan kimia yang terdapat dalam ubat tersebut. Malah, kebanyakan ubat ini tidak terbukti berkesan untuk bayi dan boleh menyebabkan masalah seperti gangguan pernafasan, mengantuk melampau atau muntah.
Sebagai gantinya, ibu ayah boleh membantu anak pulih secara semula jadi dengan cara yang lebih selamat dan lembut. Berikut antara empat rawatan semula jadi yang boleh dicuba di rumah:
Bawa bayi ke bilik air dan biarkan wap dari air panas memenuhi ruang selama beberapa minit. Wap ini boleh membantu mencairkan hingus dan melegakan saluran pernafasan bayi. Pastikan anda memantau si kecil sepanjang masa untuk keselamatan.
Apabila hidung bayi tersumbat, gunakan penyedut hingus untuk mengeluarkan lendir dengan lembut. Ia membantu bayi bernafas dengan lebih selesa, terutamanya sebelum tidur atau menyusu.
Larutan garam steril boleh membantu melembapkan hidung bayi dan mencairkan hingus yang pekat. Titiskan 1–2 titis pada setiap lubang hidung sebelum menggunakan penyedut hingus.
Bagi bayi bawah enam bulan, teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap. Susu ibu bukan sahaja membekalkan air yang mencukupi, tetapi juga antibodi penting untuk melawan jangkitan. Bagi bayi lebih besar, tawarkan air kosong secukupnya jika sudah mula makan pepejal.
Selain itu, pastikan bilik tidur bayi bersih dan bebas habuk. Elakkan penggunaan penghawa dingin terlalu sejuk dan jauhkan bayi daripada asap rokok atau bau kuat. Persekitaran yang bersih dan udara lembap membantu mempercepatkan pemulihan batuk dan selsema bayi.
Ingat, batuk dan selsema ringan biasanya akan pulih sendiri dalam masa 7–10 hari. Namun jika anak mengalami demam tinggi berpanjangan, sukar bernafas, tidak mahu menyusu atau kelihatan terlalu lemah, segera bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Penjagaan penuh kasih sayang dan kesabaran ibu ayah adalah ubat terbaik buat si kecil. Dengan rawatan semula jadi batuk dan selsema bayi yang betul, anak akan cepat pulih dan kembali ceria seperti biasa. 🌼