“Comel Macam Bapaknya”, Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Timang Cahaya Mata Perempuan!

Share

Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak selamat menimang kelahiran cahaya mata perempuan keduanya semalam bersama isteri tersayang, Amira Asyura Abd Razak.

Menerusi satu hantaran ringkas di instagram miliknya, Angah menyampaikan khabar gembira itu dengan turut berkongsi sekeping gambarnya sambil memegang puteri kesayangannya itu.

Dalam pada itu, Angah atau nama sebenarnya, Iskandar Shah Hashim turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.

“Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya.

“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya berkongsi.

Rata-rata, para pengikut Angah dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat Angah dan isteri atas kelahiran bayi keduanya ini bersama isteri.

Semoga kelahiran bayi comel ini akan terus memberi kebahagiaan dan melengkapkan lagi kasih sayang mereka sekeluarga.

Terdahulu, Angah mengumumkan kehamilan kedua isterinya pada Ogos lalu.

 

Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah pada 16 Februari 2019. Melalui perkahwinan terdahulu, Angah juga turut memiliki seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nurrina.

Artikel menarik: Dr Halina Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Rancang Nak Anak Ketujuh!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @angah_lawaking

Published by
SRM