Comel Sangat Aqeef Anaqi, Anak Amyra Rosli & Amar Baharin!

Share

Comelnya Aqeef Anaqi! Wajah buah hati Amyra Rosli dan Amar Baharin ini akhirnya didedahkan pada laman Instagram Amar pada 9 Disember lalu.

Terdahulu dari itu, Amar juga telah berkongsi teaser rancangan realiti The Adventure Of Aqeef Amyramar setiap Rabu jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Apa yang pasti, pendedahan Amar dan Amira ini disambut baik oleh para peminat yang teruja untuk melihat kecomelan anak mereka. Sejak dilahirkan 15 Oktober lalu, Amar dan Amyra hanya mendedahkan sedikit atau separuh sahaja wajah Aqeef untuk mengubati rindu para peminat. Tindakan mereka tidak mendedahkan wajah Aqeef sebelum ini mungkin disebabkan terikat dengan kontrak program berkenaan.

Jom kita lihat beberapa video dan wajah Aqeef Anaqi puas-puas.

Apa pun, netizen memberikan respons positif atas perkongsian Amar dan Amyra ini. Tidak kurang yang mendoakan kesejahteraan dan memuji kecomelan Aqeef.

Sumber: Instagram Amar Baharin, Amyra Rosli dan Aqeef Anaqi


6 Perkara Mama Papa Boleh Buat Untuk Rangsang Bayi Berusia Satu Hingga Tiga Bulan

Pada usia yang masih kecil, si manja sudah boleh dirangsang menerusi beberapa cara yang mudah. Jom mama dan papa, buat enam perkara ini untuk si kecil.

  1. Menggunakan tangan bayi untuk bertepuk tangan tangan dan menggerak-gerakkannya dengan mendepakan, menyilang dan mengangkatnya melepas kepala. Lakukan semua pergerakan ini dengan perlahan-lahan.
  2. Perlahan-lahan menggerakkan kaki bayi anda seolah-olah mengayuh basikal.
  3. Gunakan mainan   untuk menarik tumpuannya dan mengikut dengan mata. Contoh alatan yang boleh digunakan ialah permainan berbunyi seperti rattle dan loceng.
  4. Semasa terjaga, biarkan bayi anda meluangkan sedikit masa meniarap untuk membantu menguatkan leher dan bahu. Sentiasa awasi bayi anda dan bersedia untuk membantu jika dia letih atau kecewa dalam kedudukan ini. Jangan sekali-kali meletakkan bayi tidur dalam posisi ini kerana ia boleh menyebabkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).
  5. Buat ekspresi wajah yang berbeza untuk ditiru bayi anda.
  6. Bercakap dengan bayi dan biarkannya bertindak balas.
Published by
Azma ML