Melahirkan bayi disaat wabak Covid-19 memang sesuatu yang mencabar. Emosi para ibu juga sudah semestinya agak terganggu memikirkan keselamatan bayi yang baru dilahirkan kerana hospital merupakan tempat paling berisiko mempunyai virus.
Naluri keibuan sudah semestinya ingin melindungi anak daripada sebarang ancaman. Namun virus ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Sebab itulah kita disarankan menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak sosial tak kira di manapun kita berada.
Lain pula ceritanya di sebuah hospital di Thailand apabila mereka memakaikan bayi-bayi baru lahir dengan ‘Face Shield’ yang bertujuan untuk elak daripada jangkitan virus. Kreatif! Tidak pernah terfikir untuk memakaikan bayi dengan ‘Face Shield’. ‘Face Shield’ kebiasaanya untuk kegunaan para petugas hospital.
Gambar bayi-bayi ini tular kerana kecomelan mereka memakai ‘Face Shield’ ini. Semua teruja dan memuji kecomelan bayi-bayi ini. Aduh…cair betul!
Kesemua bayi baru lahir dipakaikan dengan ‘Face Shield’.
Sumber: Paolo Hospital Samutprakarn, Jawatan Kosong Sektor Kerajaan
Jom tengok Live di Instagram Pa&Ma pukul 3petang ini bersama Pakar O&G membincangkan tajuk Cabaran bersalin ketika tempoh PKP.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Tak Sedap Hati Ketika Memasak, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air
Hancur hati seorang ibu apabila melihat anak yang menjadi penemannya ketika di rumah pergi dalam keadaan menyayat hati setelah lemas dalam bilik air. Pemergian anak kecil ini langsung tak disangka kerana pada awalnya arwah sedang seronok bermain.
Namun tiba-tiba, ketika si ibu sedang memasak di dapur, terdetik rasa tidak sedap hati setelah tidak nampak kelibat anak dan suara si kecil juga tidak kedengaran. Atas sebab itulah, ibu mendapati anaknya sudah lemas dalam bilik air.
Menerusi laporan Metro, bayi setahun sembilan bulan itu yang juga anak kepada seorang Lans Koperal polis ditemukan lemas dalam bilik air di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Seri Kembangan di sini pada Khamis (19 November).
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bayi itu dikatakan berada di rumah bersama ibunya ketika kejadian pada 2 petang itu.
“Bayi berkenaan dikatakan sedang bermain, manakala ibunya sedang memasak di dapur.
“Selepas melihat tiada kelibat dan bunyi mangsa, ibunya mencari bayi berkenaan.
“Wanita itu kemudian menemui anak tunggalnnya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air rumah terbabit,” katanya.
Razali berkata, wanita berkenaan yang panik meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.
“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
“Mayatnya sudah dibedah siasat dan dikebumikan di kampung halaman ibu bapanya di Tumpat, Kelantan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
—————————————————————————————————
15 Tip Keselamatan Di Rumah
Berikut 15 tip keselamatan di rumah yang perlu ibu bapa titikberatkan untuk keselamatan anak dan seisi keluarga yang dikongsikan oleh Dr Che Puteh Osman.
1. Elakkan tingkap di rumah di grill mati. Pasang grill yang boleh dibuka untuk memudahkan jalan keluar jika berlaku kebakaran.
2. Jika menggunakan dapur gas, pastikan pengudaraan dapur dalam keadaan baik. Periksa paip gas anda setiap bulan dan kepala gas bagi mengelakkan kebocoran gas memasak. Jika terbau gas, buka tingkap dan pintu dan jangan menghidupkan dapur gas sehingga punca bau gas dikenalpasti.
3. Jika ada anak-anak kecil, pastikan bucu-bucu tajam perabot ditutup dengan guard bagi mengelakkan kecederaan ketika kanak-kanak berlari.
4. Pastikan perabot di’anchor’ ke dinding bagi mengelakkan ia jatuh terkena anak kecil yang suka memanjat. Kaedah anchor adalah memasang sendi yang di drill ke dinding. Perabot berat yang menghempap anak kecil boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
5. Pastikan televisyen anda di pasang ke dinding jika ada anak kecil. Ini bagi mengelakkan TV LED anda menimpa anak kecil yang suka menyentuh dan memanjat televisyen.
6. Pastikan skirting tile di lantai rumah anda tidak tajam. Jika anak-anak berlari dan terjatuh pada tile boleh sebabkan kecederaan. Anak saya kena 3 jahitan akibat terjatuh kena tile skirting masa berumur setahun.
7. Pastikan frame pintu di bilik tidak tajam. Anak-anak berlari berisiko tercedera terkena frame pintu yang tajam. Ya anak saya kena jahit lagi akibat terlanggar frame pintu dibuat dari jenis kayu ketika berumur 3 tahun.
8. Pastikan pisau dan gunting memasak dan alatan menjahit di letak di tempat yang selamat dan tidak dicapai oleh kanak-kanak. Namun jangan letak di kabinet dapur atas kepala anda. Bimbang jatuh atas kepala anda pula.
9. Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup. Pastika tiada air bertakung dalam baldi bagi mengelakkan kanak-kanak bermain. Jika ada pastikan pintu dikunci dari luar bagi mengelakkan kanak-kanak masuk dari bermain.
10. Sembunyikan racun perosak, sabun pencuci dan bahan kimia di tempat yang tidak dicapai oleh kanak-kanak
11. Selain itu, sila periksa mesin basuh anda sebelum mula mencuci. Kedengaran luar biasa tetapi terdapat kes kanak-kanak ada di dalam mesin basuh ketika ibunya menghidupkan mesin basuh.
12. Pastikan anda tidak menggunakan alas meja jika anda ada anak kecil. Mereka cenderung menarik alas meja dan bimbang makanan dan minuman atas mena jatuh dan menimpa mereka.
13. Pastikan bilik air sentiasa bersih dan tidak licin. Ia berbahaya dan boleh menyebabkan anda atau ibu bapa atau anak-anak kecil terjatuh. Selain itu, pertumbuhan mould atau kulat merembeskan toksin tertentu yang mungkin berbahaya.
14. Pastikan pengudaraan rumah anda dalam keadaan yang baik. Habuk bukan sahaja bahaya pada yang mempunyai resdung atau asma, ia tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
15. Ketika memasak pastikan jarak anak-anak anda terutama apabila menggunakn minyak yang banyak atau air panas.
Sumber: Metro & Dr Che Puteh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Lelaki 1 Tahun 5 Bulan Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah, Akhirnya Meninggal Dunia
Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini, pada Ahad.
Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.
Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
“Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kegembiraan lima beranak berkelah di pantai bertukar duka selepas dua daripada mereka termasuk bayi berusia setahun lima bulan cedera dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Tanjung Kling.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan seorang bayi lelaki dan ibunya dihempap pokok yang tumbang
Kredit: Sinar Harian
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak Wanita Buang Bungkusan. Tak Sangka Plastik Tu Ada Bayi Perempuan Masih Hidup
Bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, malam Rabu.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang wanita kira-kira jam 10.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata wanita terbabit memaklumkan ada ternampak suspek (wanita) membuang satu bungkusan berbalut kain di dalam tong sampah di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, wanita terbabit menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
ARTIKEL MENARIK [Nak Otak Anak Makin Bijak & Hebat, Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni, Memang Membantu!]
Sementara itu, saksi kejadian, Nazri Abd Manaf, 48, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi bising di kawasan tong sampah berhampiran lokasi perniagaannya.
“Waktu tu saya dah nak tutup kedai tetapi rasa pelik sebab dengar bunyi bising dan orang ramai berada di lokasi kejadian.
“Mula-mula saya ingatkan ada kes tangkapan dadah kerana orang ramai mengerumuni kawasan pantai itu.
“Tak sangka pula ada bayi masih hidup yang dibuang di kawasan itu,” katanya.
Bayi cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan ketika ditemui tali pusat juga telah dipotong.
Bayi yang tanpa sebarang dokumen kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.
Sumber: Berita Harian & Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI