Gelagat anak kecil sentiasa buat kita rasa terhibur. Keinginan kanak-kanak untuk meniru perbuatan orang dewasa adalah sebahagian daripada proses tumbesaran mereka.
Kalau perbuatan yang dicontohi itu positif maka si kecil pun mendapat aura positif dalam membentuk karektor dan perlakuannya dan sebaliknya pula kalau dia melihat dan meniru perkara yang negatif.
Maka sebab itulah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan orang dewasa untuk sentiasa mempamerkan tingkah laku dan perbuatan yang baik dan positif di hadapan kanak-kanak.
Melihat aksi kanak-kanak cuba meniru perbuatan orang dewasa kadangkala boleh bikin kita terhibur.
Siapa sahaja pasti geram dan lucu bila melihat telatah comel dan bersahaja tetapi bersungguh-sungguh anak kecil meniru perbuatan atau tugas orang dewasa.
Perkongsian video melalui akaun TikTok @upiekacang, seorang kanak-kanak perempuan kelihatan sedang sibuk mengangkat bekas gelas minum pelanggan di sebuah kedai makan.
Gaya bersahajanya dengan memakai selipar orang dewasa sambil berjalan penuh keyakinan mengangkat gelas membuatkan ramai warganet geram melihat telatahnya.
Tonton video ini
@upiekacang tak comel pun #budakcomel ♬ Armada dimabuk cinta – D e d
Ramai yang menonton video tersebut meninggalkan komen-komen positif memuji kerajinan si kecil dan paling mereka geram melihat selipar besar yang disarung kanak-kanak comel tersebut.
Bagaimanapun ada juga yang risau si kecil boleh terjatuh dengan selipar besar yang dipakai. Risau memikirkan keselamatan kanak-kanak tersebut ketika mengangkat gelas di kedai makan yang pastinya ramai pelanggan.
Semua ibu bapa sedia makluma yang anak-anak adalah peniru yang hebat.
Menurut Lisa Nalven, M.D. Pakar Perkembangan Dan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Valley Center for Child Development, Ridgewood, New Jersey, perbuatna meniru adalah perkara yang sangat penting dalam tahap perkembangan kemampuan bahasa dan sosial si kecil.
Perbuatan meniru si kecil biasanya bermula apabila dia berusia setahun. Pada usia ini, anak mula masuk ke tahun-tahun penting dalam tahap perkembangannya.
Mereka akan menyerap segala nilai-nilai atau kebiasaan yang berlaku di rumah dan persekitarannya. Maka, ibu bapa mesti menunjukkan nilai-nilai baik kepada anak.
Daniel B.Kessler, M.D. Pengarah Pakar Perkembangan dan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Children’s Health Center of St. Joseph’s Hospital, Phoenix berkata, kanak-kanak biasanya akan memerhati dan menyerap maklumat yang mereka lihat atau dengar sebelum menirunya.
Di usia setahun, anak biasanya meniru apa yang mereka lihat dan dengar.
Jelaslah betapa pentingnya peranan ibu ayah menjadi contoh yang baik kepada anak kerana melalui pengaruh ibu ayahlah maka perkembangan karektor dan keperibadian anak dapat berlaku dengan baik.
Perbuatan anak kecil ingin membantu tugas orang dewasa memang patut dipuji dan diberi galakan. Namun jangan abaikan keselamatan diri mereka yang masih belum matang dalam banyak perkara.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI