Comel Sangat Smiley Potato Ini, Boleh Buat Anak Cerewet Makan Jadi Berselera. Mama Boleh Buat Untuk Bayi 9 Bulan Ke Atas

Share

Kentang adalah salah satu sajian yang menjadi kegemaran si manja. Apa buat Smiley Potato atau Kentang Senyum ni, tentu boleh tambat selera si manja yang cerewet makan.

Kentang, sarat dengan khasiat. Ia mengandungi vitamin A, C, potasium dan serat. Menyediakan menu mengandungi kentang dengan cara biasa mungkin membosankan, apa kata cuba buat Kentang Senyum atau Smiley Potato ini.

Rupa bentuknya yang comel tentu boleh menambat hati si manja. Puan Umairah Jamaah berkongsi resepi membuat

4 CARA MUDAH BUAT KENTANG SENYUM

Nak ajak anak yang jenis ‘pickey eater’ makan bukan senang. KakMai memahaminya sebab pernah melalui fasa-fasa tu. Apa kata ibu-ibu buat Kentang Senyum ni atau nama glamer dia Smiley Potato.

Mudah yang amat tau.

Ada 4 cara yang kita kena buat. Bahan pun yang dok tersedia kat dapur aje. Paling penting ianya healthy food dibuat dengan penuh kasih sayang seorang ibu yang jelita. Bebas perasa dan pewarna tambahan.

Sesuai untuk 9 bulan ke atas. Texture luar rangup. Dalam sangat lembut.

Selamat mencuba. Semoga berjaya dalam usaha untuk galakkan anak makan makanan yang sihat-sihat belaka.

RESEPI SMILEY POTATO

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Kentang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Keju (jenis block-secukupnya)
  • Sedikit tepung untuk menerap
  • Minyak untuk menggoreng

Watak utama pastinya Encik Kentang. Juga kita akan guna sedikit tepung jagung. 

Ada jugak yang nak letak cheese untuk rasa lemak masin. Better guna brand Beqa (jenis blok)

Penggunaan garam bergantung pada usia. Untuk baby 12 bulan ke bawah dilarang ya.

Kupas kulit kukus atau nak rebus terpulang. Air semasa mengukus jangan banyak sangat.

Dah siap kukus. Tapis dan sejukkan. Pastu kita lenyek-lenyekkan. Kalau nak letak tepung jagung sikit dalam anggaran dua sudu. Bergantung pada bilangan kentang jugak.

Sebelum nak uli doh. Tabur sikit tepung kat permukaan elak melekat. Pastu uli doh. Ratakan guna rolling pin atau botol kicap.

Tekap bentuk yang kita suka. Ikut kreativiti mak mak la. Nak bentuk bujur ke, petak ke, segi tiga ke. KakMai suka bulat.

Mata guna straw aje. Mulut guna sudu.

Guna pakai apa yg ada aje. Be kreatiff gituKalau guna cheese akan melekit-lekit sikit. Bukan sikit tapi banyak.

So kena kerap tabur tepung. Sebelum goreng masukkan kejap dalam peti ais. Nak kurangkan darjah kelekitannya.

Then baru goreng. Nak terus goreng boleh aje.

Gorengg! 

Siap untuk dimakan. 

Sumber: Puan Umairah Jamaah

Published by
Azma ML