Comellah Awak Ni! Buat Drama Nak Bawa ‘Bucuk’ Ke Sekolah, Ibu Terpaksa Relakan..

Share

Setiap anak, lain-lain ragamnya. Sementara anak-anak nak membesar, pasti akan ada pelbagai gelagat yang mencuit hati. Semua ini akan menjadi kenangan untuk ibu bapa dan anak itu sendiri apabila mereka dah besar.

Sekitar usia anak 0 hingga 7 tahun, tempoh ini adalah fasa yang orang kata banyak akal. Kadang-kadang buatkan ibu ayah gelak, geram, nak marah dan macam-macam lagi perasaan. Tapi semua ini ibarat rencah dalam kehidupan untuk kita menjaga amanah Allah sebaiknya.

Bagi ibu bapa, apabila usia anak menginjak 4 tahun ke atas, masing-masing akan mula memikirkan pendidikan anak. Ini juga antara dilema untuk ibu bapa bagi memastikan anak dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan. Cuma bila dah masuk sekolah, mental ibu bapa kena kuat untuk hadap ragam anak pula.

Buat drama nak bawa ‘bucuk’ ke sekolah

Seperti kisah ibu ini, Puan Noramiza Abdullah, gelagat anak ketiganya, Nur Alfiera Raisha, 5 tahun yang baru memulakan sesi prasekolah benar-benar mencuit hati. Masa hari pertama sekolah semua ok, bila masuk hari kedua, ketiga dan keempat, dia dah mula buat drama minta nak bawa ‘barang kesayangan’.

Mulanya saya ingat dia main-main, tapi tak sangka pula masa dah bersiap nak ke sekolah, cepat-cepat dia ambil dan pegang bucuk (panggilan manja untuk anak patung arnab) dan puting.

Disebabkan tak mahu dia bad mood untuk ke sekolah, saya beritahu cikgu dan cikgunya cakap layan je permintaannya itu. Janji dia mahu ke sekolah.

ARTIKEL MENARIK [Penangan Bantal Busuk, Sekali Tengok Takut! Anak Tak Bagi Basuh Guna Sabun]

Jadi nak tak nak, saya bagi dia bawa. Sampai di sekolah tanya dia lagi sekali. Nasiblah dah berubah fikiran dan bersetuju untuk tinggalkan dulu dalam kereta. Dia cakap nanti kawan tengok malu.

Murung dalam kelas

Bagaimanapun ketika dalam kelas, cikgu ada kongsikan gambar Alfiera Raisha yang nampak sedih walaupun kawan-kawan lain seronok buat aktiviti. Nak tergelak pun ada. Tapi apabila balik sekolah, masuk je dalam kereta, terus cari bucuknya.

Dari muka sedih terus senyum. Apa yang membuatkan saya tergelak, dia siap tanya “Bucuk cari Ina tak masa pergi sekolah tadi.” Jadi terpaksa lah ibu pun buat skrip drama.. “Bucuk cari siap nangis hentak-hentak kaki cari Ina.” Lepas tu barulah senyum.

Sejak bayi, Bucuk teman setia

Kongsi Noramiza lagi, Bucuk ni dah dianggap sebagai kawan baiknya sejak bayi lagi. Banyak anak patung yang dia suka tapi, ini adalah kesayangannya. Jika hilang dari pandangan, cara dia cari tu seolah-olah seperti mencari anak kucing. “bucuk ooo bucuk, mana bucuk ni..”

Kalau puting dia tak kisah sangat pun. Ada ok, tak ada pun tak apa. Asalkan bucuk dia ada depan mata. Nasib jugalah dia bagi basuh. Jadi bucuk dia tu tak busuk sebab selalu dicuci.

Kredit: Noramiza Abdullah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy