Comelnya Aisha Amaira Di Usia Dua Minggu, Fasha Sandha Turun Padang Rakam Foto Comel Anak!

Share

Merakam setiap detik indah wajah bayi kesayangan seakan menjadi lumrah bagi ibu yang baru melahirkan. Sebolehnya setiap momen anak dirakam sehingga memenuhi ruang telefon peribadi. Itu lumrah.

Tidak terkecuali kepada pelakon popular, Fasha Sandha yang berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang baru memasuki usia dua minggu. Lebih teruja, Fasha sendiri turun padang merakam detik indah si comelnya.

Aisha yang dilahirkan pada 7 Ogos lalu membesar dengan sihat berkat susu ibu yang mencukupi buatnya. Wajah Aisha yang dikongsikan Fasha amat comel sekali, persis kecantikan ibunya.

Fasha juga sempat meluahkan rasa gembiranya dengan perkembangan si comel ketiganya itu.

“Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.

“Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen.

Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang ‘jatuh hati’ dengan kecomelan Aisha. Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Pernah dua kali keguguran, Aisha berkat usaha dan doa berterusan

Terdahulu sebelumnya, Fasha turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kelahiran si comelnya itu sambil berkongsi makna nama Aisha Amaira yang membawa maksud “Bahagia dan Cantik Selamanya”.

Bukan itu sahaja, malah Fasha turut meluahkan rasa syukurnya sebelum dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Berkat usaha dan tak pernah putus asa serta tak putus doa pada Allah, akhirnya Aisha hadir menyerikan keluarga kecil ini.

Malah Fasha juga turut mendoakan ibu-ibu yang senasib dengannya agar terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Yakinlah bahawa perancangan Allah itu adalah paling terbaik dalam hidup kita.

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Published by
SRM