Comelnya Anak Amyra Rosli Tengah Fasa ‘Banyak Mulut’. Nak Pandai Cakap Tak Lama Lagi

Share

Semakin comel anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia tujuh bulan.

Si kecil yang lahir pada 15 Oktober tahun lalu kini sedang berada dalam fasa ‘banyak mulut’. Bertambah seronok kehidupan pelakon drama popular Nur ini bila si kecil semakin bijak dan menghiburkan.

 

Gelagat Anaqi yang juga mempunyai akaun Instagram sendiri sentiasa menghiburkan netizen yang suka melihat wajah comelnya.

Semalam Amar memuat naik video gelagat Anaqi ketika mereka menghadiri majlis berbuka puasa Primavalet.

Video tersebut memperlihatkan gelagat Anaqi yang bijak sedang petah ‘bercakap’.

Ramai netizen geram melihat kecomelan Anaqi yang berpipi comel dan tembam. Bebelan manja ditambah dengan senyuman manis Anaqi membuatkan ramai yang jatuh kasih dengannya.

Kata orang tua-tua kalau budak ‘banyak mulut’ itu tandanya tak lama lagi nak pandai bercakap.

Sebenarnya fasa yang dilalui oleh Anaqi adalah perkembangan normal seorang bayi.

Walaupun sebelum bayi menyebut perkataan pertamanya, dia telahpun mendengar dan belajar daripada semua orang di sekelilingnya.

Faktor-faktor ini yang membuatkan Anaqi dah mula banyak mulut.

  1. Mummy dan daddy rajin layan Anaqi berbual dan bermain denganya.

Bila ibu ayah rajin melayan anak berbual dan tak dibiarkan terbaring sahaja maka lebih banyak perkataan baru yang akan dipelajarinya, dan pertuturannya akan bertambah baik.

Berbual dengannya ketika menukar lampin, memberinya makan atau memandikannya, dan beri masa kepadanya untuk memberi tindak balas sambil anda kekalkan eye contact dan senyum.

Guna aktiviti-aktiviti harian untuk membantu anak kecil anda mengaitkan perbuatan dan objek serta perkataan yang berkaitan dengannya. Tunjuklah benda-benda yang anda lihat ketika anda di luar.

Cakap dengan bayi dalam bahasa yang mudah. Guna ayat-ayat yang pendek dan tekankan pada perkataan-perkataan utama. Ini akan membantu anak kecil anda untuk fokus pada maklumat yang penting.

Sumber: Instagram aqeefanaqi

 

 

Published by
Hasnita Sawal