Comelnya bila teruja nak solat beginilah. Ini perkongsian penyanyi Mila Jirin bila anaknya teruja nak solat dan tertarik melihat mommy solat. Duduk atas kepala & kepala ditarik adalah momen manis dalam mendidik anak tentang ibadah solat.

Anak Mila, Mohamed Arif Zikri Ahmad Ailis yang kini berusia 1 tahun 9 bulan teruja bila ibunya membentangkan sejadah untuk solat. Malah anak kecil ini sudah pandai melakukan beberapa pergerakan seperti solat mengikut gayanya sendiri.

Comelnya Anak Mila Jirin Solat. Pernah Duduk Atas Kepala Masa Mommy Masa Solat, Momen Manis Dalam Mendidik

Mila juga mengakui kadang-kala kepalanya juga diduduki anak dan ditarik Arif semasa solat. Bekas juara realiti TV Akademi Fantasia ini mendoakan anak sulungnya itu menjadi anak soleh. Video telatah comel Arif bersolat dikongsikan Mila di Instagram.

IKLAN

mila_jirin Arif kalau Mommy dah bentang sejadah untuk solat… dia yang paling LAJU menuju ke sejadah dan terus solat ?… Macam macam gaya dan Aksi… ? Apa apa pun kebiasaanya aksi Sujud yang paling epik… Tapi kalau Mommy Daddy dah mula solat…Mommy selalu jadi mangsa…tak duduk atas kepala mommy waktu mommy sujud bukan Arif lah kan Arif hahahaha…kadang2 waktu Mommy tengah sujud ditariknya kepala mommy suruh tengok Arif ? (Mommy mommy mesti faham situasi situasi diatas ?)

Ya Allah Moga ARIF jadi Anak yang soleh…

IKLAN

IKLAN

Para peminat Mila turut memuji kecomelan Arif solat dengan caranya sendiri. Malah ada yang rindu momen indah saat anak masih kecil yang tengah teruja tentang solat.

Comelnya Anak Mila Jirin Solat. Pernah Duduk Atas Kepala Masa Mommy Masa Solat, Momen Manis Dalam Mendidik Comelnya Anak Mila Jirin Solat. Pernah Duduk Atas Kepala Masa Mommy Masa Solat, Momen Manis Dalam Mendidik

Sumber: mila_jirin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI