Comelnya Baby Bump Mommy! Peminat Mula Berteka-Teki Jantina Baby Mia Ahmad

Share

Pejam celik, pejam celik dah 22 minggu usia kehamilan pelakon drama bersiri Hati Perempuan, Mia Ahmad. Malah menerusi instagramnya dia turut menunjukkan gambar baby bump miliknya.

Di ruangan komen, peminat teruja melihat ‘baby bump’ Mia yang semakin kelihatan dan ramai yang dah tak sabar nak mengetahui jantina anak sulung Mia dan suaminya, Izham Tarmizi yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT).

Dalam satu video yang dikongsikan Mia, kelihatan babynya sangat aktif dalam perut dan paling kelakar turut menunjukkan musclenya pada mommy dan daddynya. Dari situ ada peminat mula berteka-teki mengenai jantina anak Mia.

Pengikut laman Instagram Mia juga turut mendoakan agar aktres itu sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan ketika menjalani proses kehamilan.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Sebelum ini, Mia Ahmad pernah keguguran pada akhir tahun lalu sebelum disahkan kembali hamil selepas mengumumkannya pada bulan Mac lepas.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

Published by
Wan Amy