Kehamilan

Comelnya Baby Bump Zizie! Dah Masuk Trimester Kedua Kehamilan, Peminat Teka Macam Girl

Share

Tak pernah tak lawa Zizie Izzete! Berbadan dua dan dalam masa sama menguruskan anak-anak yang masih kecil penampilannya tetap cantik dan sedap mata memandang.

Melalui gambar yang dikongsikan di instagramnya, Zizie maintain bergaya dan ramai peminat kagum dengan caranya. Dari sebelum ada anak hingga dah ada empat anak serta tengah sarat mengandung, sikit pun tak berubah penampilannya.

Malah menerusi gambar terbaru juga dah jelas kelihatan baby bump Zizie dan ramai yang cuba meneka bayi yang dikandungnya macam bayi perempuan.

Hingga kini Zizie belum berkongsi lagi jantina bayi walaupun dah hampir 6 bulan kandungannya.

Ada yang menyatakan muka Zizie sentiasa berseri kerana aura dari anak yang dikandungnya.

Awal kehamilan sentiasa aktif

Bukan sahaja berseri, Zizie juga cukup aktif untuk kehamilan kali ini. Tak nampak pun dia letih kerana sentiasa ada foto percutiannya bersama anak-anak. Keutamaannya sekarang adalah keluarga.

Sebelum ini Zizie mengumumkan yang dia hamil kali kedua selepas melahirkan anak kembarnya Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 30 Disember 2017.

Kehamilan keduanya ini hanya beza lima bulan dengan kehamilan pertama.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, dan Aaric Zayn Izette.

 

Published by
Wan Amy