Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Aqil Zulkiflee dan isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 12 September yang lalu.
Aqil menerusi Instagramnya berkongsi perkhabaran gembira itu buat semua pengikutnya malah amat bersyukur kerana kelahiran anak perempuan yang sihat dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah terima kasih semua yang doakan. Harini 12/9/2025 baby girl kita selamat dilahirkan berat 2.4kg.
“Aqil dah jadi papa, Iliya dah jadi mama,” tulisnya ringkas.
Ads
Semalam Aqil yang kini bergelar papa juga turut berkongsi wajah buah hati tersayangnya malah sempat berkongsi pilihan nama zuriat pertama mereka.
“Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kami menyambut kelahiran puteri kecil kami, Ayana Aqila.
“Namanya membawa maksud “cahaya yang indah, bunga yang mekar, berakal dan penuh hikmah”.
Ads
“Semoga Ayana membesar dalam iman, sihat tubuh badan, menjadi anak solehah serta penyejuk hati mama & papa 🤍.
“Kami mohon doa yang baik-baik daripada semua,” tulisnya lagi.
Ads
Menerusi video itu, Aqil juga turut berkongsi wajah Ayana yang cukup comel malah memiliki raut wajah gabungan ibu dan ayahnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah serta doa buat keluarga kecil itu.
Rata-rata peminat dan pengikut mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa sihat serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dilabel munafik – “Tidaklah sempurna tapi lebih baik.” Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
“Dalam proses penghijrahan ini, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai seorang yang suci atau terlalu alim. Itu yang paling saya takutkan, kerana apabila saya melakukan kesilapan, orang akan menilai saya sebagai munafik dan sebagainya.
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidaklah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik. Itulah yang sangat saya inginkan,” katanya.
Wanita berusia 43 tahun itu kerap dilihat menghadiri majlis-majlis ilmu agama, mengakui dirinya sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Pelakon Bukan Cinta Malaikat itu mula berhijab sekitar Jun tahun lalu. Menurutnya, niat untuk berhijrah sudah lama disimpan, dan dia memohon doa orang ramai agar dirinya kekal istiqamah.
“Saya membuat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana saya sedar usia saya juga sudah tidak muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pasti ada keinginan yang sama. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.
Sering berkongsi video tentang aktiviti yang dibuat bersama suami dan anak-anak, ramai yang sentiasa menungu perkembangan terbaru isteri kepada pelakon berbakat besar, Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia. Memilih untuk menjadi suri rumah dan menguruskan keluarganya sendiri, Almy lebih selesa bekerja dari rumah.
Ibu kepada empat orang cahaya mata perempuan ini sememangnya seorang yang sangat penyayang tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya. Sempat berkongsi tentang perancangan kewangan buat anak-anaknya di majlis Hi Tea Keluarga x PTPTN Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW! kelmarin, Almy memberitahu dia dan suami sudah membuat perancangan awal demi masa depan mereka.
“Saya simple, perancangan awal memang kena buat. Saya orang yang teliti jadi sebenarnya akaun Simpan SSPN ni dah lama saya buka untuk anak-anak. Kita tak tahu apa akan jadi masa depan, jadi kena ada simpanan untuk mereka.”
Kerja Kuat Untuk Sediakan Duit & Aset Untuk Anak
Tambah Almy lagi, dia dan suami bekerja sehabis kuat bagi memastikan mereka dapat menyediakan simpanan kewangan serta aset buat anak-anak mereka. Di dalam majlis tersebut juga Almy ada berkongsikan tentang pesanan suaminya tentang hutang.
Menurutnya, Fizz tidak mengajar dirinya untuk berhutang dan sentiasa menasihatkan dirinya untuk sentiasa mengukur baju di badan sendiri.
“Saya dan suami memang dah plan dari awal dan kami simpan siap-siap duit untuk masa depan anak. Alhamdulillah, setiap rezeki yang ada kami ketepikan untuk duit simpanan, barang kemas, rumah dan kereta. Semuanya dah ada untuk mereka nanti. Dalam hidup kami tiada istilah hutang.
Suami saya memang dah pesan, jangan mula berhutang. Sikit-sikit nak berhutang, namti anak pun akan ikut. Pinjam sikit, hutang. Masuk buku tiga lima. Nak menyimpan pun tengok kemampuan sendiri, jangan ikut cara orang lain.”
Ajar Anak Menabung, Balik Sekolah Mesti Ada Duit Baki
Dalam pada itu, Almy juga memberitahu menabung sangat penting demi masa depan anak-anak. Simpann sikit pun tak mengapa dari tak buat langsung.
“Saya ajar anak untuk menabung. Bila beri duit belanja, saya bagi RM5 untuk anak bawa ke sekolah, saya minta anak bawa balik duit baki. I don’t care sebab saya ajar pada anak, duit baki itulah yang akan dia dibuat tabungan. Cukup masa, saya akan kira jumlah tersimpan dan asingkan siap-siap.
Ada yang disimpan dalam bank, ada yang dibuat beli emas. Kemudian saya akan ambil sikit untuk reward anak. Apa dia nak, saya akan belikan tapi biasanya anak saya akan ajak makan atau bercuti.”
Suka Simpan ‘Duit Selit’
Turut bertegas dengan anak tentang nilai duit kerana ia tidak mudah untuk diperolehi. Bukan seperti daun yang boleh dipetik dari pokok, mudah nak dapat. Jadi, Almy memang dah ajarkan pada anak-anak untuk sentiasa menghargai nilai duit.
Juga sempat berkongsi yang dirinya selalu mencari tempat untuk menyelit duit yang ada. Itu antara caranya untuk bersedia sekiranya ada apa-apa berlaku selain membuat simpanan dari duit belanja yang diberikan suaminya.
“Biasalah kan orang perempuan ni banyak tempat selit duit. Ada je tempat kita selit duit kan. Sebenarnya tu juga cara saya, suami pun dah tahu saya suka selit-selit. Manalah tahu untuk kegunaan apa-apa, duit selit ni juga sebenarnya membantu.”
Selalu Terangkan Pada Anak Nilai Duit
Sekiranya anak-anak mahukan sesuatu, Almy melatih mereka untuk bekerja untuk mendapatkan duit. Itu akan buat anak lebih menghargai apa yang mereka ada.
“Anak-anak saya jarang minta toys sebab saya hadkan apa yang boleh ada dan apa yang tidak. Kalau anak mahu apa-apa saya akan ajar mereka untuk berusaha. Kalau semua okay, saya akan tunaikan permintaan mereka yang biasanya akan minta dibelanja makan atau pergi bercuti. Saya selalu terangkan pada anak-anak bukan senang nak cari duit jadi kita kena sentiasa menabung untuk masa depan.”
Seronok mendengar perkongsian Datin Almy tentang perancangan kewangan yang dia dan suami telah lakukan demi masa depan anak-anak mereka. Semoga sedikit-sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kita semua.
Rumah kalau ada bunga bertambah sikit serinya. Cuma susun atur kena kemas baru sedap mata memandang.
Namun jika isteri nak buat sendiri rak bunga bertingkat agak terhad sikit. Jadi apa kata suami boleh tolong isteri realisasikan impian untuk rumah nampak cantik.
Perkongsian dari seorang suami, saudara Abdul Hadi dengan membuat rak pasu DIY dari paip PVC ini sangat cantik dan cukup mudah!
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung-sambung paip PVC, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memang tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kena pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam.
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua beli online kat shoppe saiz 3/4 inci.