Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Aqil Zulkiflee dan isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 12 September yang lalu.
Aqil menerusi Instagramnya berkongsi perkhabaran gembira itu buat semua pengikutnya malah amat bersyukur kerana kelahiran anak perempuan yang sihat dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah terima kasih semua yang doakan. Harini 12/9/2025 baby girl kita selamat dilahirkan berat 2.4kg.
“Aqil dah jadi papa, Iliya dah jadi mama,” tulisnya ringkas.
Ads
Semalam Aqil yang kini bergelar papa juga turut berkongsi wajah buah hati tersayangnya malah sempat berkongsi pilihan nama zuriat pertama mereka.
“Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kami menyambut kelahiran puteri kecil kami, Ayana Aqila.
“Namanya membawa maksud “cahaya yang indah, bunga yang mekar, berakal dan penuh hikmah”.
Ads
“Semoga Ayana membesar dalam iman, sihat tubuh badan, menjadi anak solehah serta penyejuk hati mama & papa 🤍.
“Kami mohon doa yang baik-baik daripada semua,” tulisnya lagi.
Ads
Menerusi video itu, Aqil juga turut berkongsi wajah Ayana yang cukup comel malah memiliki raut wajah gabungan ibu dan ayahnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah serta doa buat keluarga kecil itu.
Rata-rata peminat dan pengikut mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa sihat serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah memang sanggup buat apa sahaja demi anak-anak tersayang walaupun terpaksa ketepikan kehendak sendiri. Itu lumrah kehidupan masa kini yang rata-ratanya sedang mengalami waktu sukar.
Tambah pula dengan pandemik yang sedang kita lalui, sedikit sebanyak membuatkan keadaan ini semakin meruncing. Perkongsian seorang lelaki tentang situasi sebenar ekonomi sebuah keluarga pastinya membuka mata semua.
Terbukti bahawa zaman kini bukanlah untuk kita duduk bersenang lenang. Belanja asas sahaja sudah memerlukan wang yang banyak apatah lagi untuk memenuhi keinginan yang lain. namun demi kerana anak-anak ibu bapa sanggup buat apa sahaja.
DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
Ini latar belakang keluarga Puan R:
Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta: RM850
Rumah: RM600
Barang Dapur Kering: RM450
Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
SSPN ANAK: RM200
Van Sekolah ANAK: RM100
Yuran Ngaji ANAK: RM60
Yuran Tusyen ANAK: RM200
Belanja sekolah ANAK: RM624
Total: RM3,984
UTILITI
Coway: RM130
Elektrik: RM80
Air (bayar untuk meter pukal): RM40
Astro: RM90
Petrol: RM200
Unifi: RM150
Total: RM690
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200
Total: RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM226
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:
66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
11.5% digunakan untuk Utiliti
6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
Lebihan??? Hanya 3.7%.
Total: 100%
Maka saya bertanya kepada Puan R.
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas😢
Sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle..
Apabila berkahwin, ketika itu kita sudah bersedia untuk menjalani kehidupan bersama pasangan yang disayangi. Dalam kesenangan mahupun susah. Setiap perkahwinan pasti akan ada dugaannya. Adakah kita bersedia?
Di dalam penulisan yang penuh pengajaran, Roslina Othman menceritakan tentang kekuatan cinta Saidina Uthman Affan dan isterinya, Ruqqayah. Ketika dalam dilema antara cintakan agama dan kasih sayang kepada isteri, Uthman harus memilih salah satu darinya.
Ikuti perkongsian ini:
CINTA SEJATI
Saya cukup terkesan dengan Kisah Cinta Saidina Uthman Affan kpd Ruqqayah.
Jejaka tampan yang mendambakan gadis cantik yang akhirnya menjadi milik lelaki lain..hanya kerana terlewat pinangan.
Tidak mahu terus hanyut dengan kesedihan, Uthman Affan fokus kepada memdalami Islam… dan menjadi di antara barisan hadapan, malah sahabat utama Nabi saw.
So ibrah utk kita.. Especially adik2 yg belum berpasangan.. Tak yah dok nagis bucu katil..kenapalah dia jadi milik org lain.. Fokus EMOSI kpd ALLAH.. meraih cinta Allah sebagaimana Uthman Affan. .. dan hasilnya .. Taraaa..
Belajar dari kesilapan.. disaat mendapat berita apabila Ruqayyah diceraikan, Uthman bertindak pantas dengan terus meminang agar tidak terlepas lagi.
So sweeeeet !!!
Namun Cinta..tanpa UJIAN..apalah maknanya. Di saat Saidina Uthman Affan begitu bersemangat memperjuangkan Islam… berkobar-kobar mengasah pedang untuk turut serta berperang dalam Peperangan Badar. Di saat itulah, beliau di uji dengan ISTERI TERCINTA SAKIT TENAT.
Agak2 apa perasaan beliau sebagai seorang suami dan salah seorang tentera utama di saat itu ? Pastinya serba salah, sedih, resah bercampur baur. Berperang.. berjihad untuk Allah atau Isteri… ???
Nah ! Di sinilah Rasulullah saw..mengajar kita tentang cara membuat keputusan. Di antara Benar dengan Benar menuju Taqwa.
Ternyata Rasulullah saw.. melarang Uthman Affan dari ikut serta ke Peperangan Badar.. dan perlu berada di sisi isteri yang lebih memerlukan.. semangat dan kekuatan sang suami.
Akhirnya Peperangan Badar berakhir dengan kemenangan yang gilang gemilang.. Rasulullah saw dan para sahabat pulang membawa berita gembira buat semua. Namun disambut dengan berita kematian Ruqqayah yang menyedihkan.
Dan pastinya insan yang paling sedih ialah Saidina Uthman bin Affan..yang merasakan kehilangan 2 perkara. Kehilangan isteri tercinta. Terlepas dari Peperangan penting
Namun janji Allah adalah benar. Setiap yang SABAR pasti pulangannya lumayan.
Rasulullah saw menenangkan menantunya itu dengan memberi tahu bahawa beliau tetap dikira sebagai Ahli Badar, mendapat pahala seperti Ahli Badar yang lain malah mendapat pembahagian ghanimah sama seperti Ahli Badar yg lain. Subhanallah !!!!
Bukan itu saja ..sebagai penganti Ruqqayah, Rasulullah saw mengahwinkan Uthman Affan dengan adik Ruqqayah, yang mirip wajahnya, bernama Umi Kalthum.
MasyaAllah.. Melimpah ruah rezeki dan nikmat buat Usman Affan.. hanya kerana menunaikan tanggujawab sebagai suami di saat yg benar.
So sahabat2 .. Bagaimana Cinta Hati kita ? Ready dengan Ujian ?
So en suami, bila isteri sakit .. Jangan lari tau !!! Mana tau..andalah the next Uthman Affan. Yang dapat ganjaran besar dari Allah. Tapi kena Ikhlaslah ye.. hehe
#teacherroslina
#belajardarisiroh
Rujukan ..buku 38 sahabat yang dijanjikan Syurga
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sungguh pun bersedih dengan sambutan hari lahir tahun ini tanpa ditemani isteri tercintanya seperti tahun-tahun terdahulu, namun satu kegembiraan bagi Shuib bila mana akhirnya dia dapat bertemu anak keempatnya, Ayash Affan hari ini.
Kata Shuib menerusi Insta Storynya sebentar tadi, nikmat yang cukup indah bila mana akhirnya dia dapat meluangkan masa dengan anaknya yang sekian lama dinantikannya dan keluarga.
Malah kata Shuib lagi, kesempatan waktu selama 3 jam bersama Ayash itu adalah hadiah terindah bagi dirinya. Kata Shuib lagi, dia bersyukur kerana anak kecilnya itu kini semakin bertambah sihat malah beratnya juga sudah mencapai 2.6kg.
” Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa 3 jam dengan Ayash Affan.
” Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.
” Muka macam daddy la Ibu. Memang special sangat hadiah dari Ibu. Allahuakhbar.
“I wish You ada here sayang, I love you” kongsi Shuib.
Mahu jaga anak sebaiknya seperti dipinta arwah
Semalam, bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-37, Shuib berkongsi khabar gembira bila mana diizinkan oleh doktor untuk bertemu anak keempatnya itu hari ini.
” Alhamdulillah, dihari kelahiran. Allah hadiahkan berita gembira. Besok dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” kongsi Shuib gembira.
Malah kata ayah kepada empat cahaya mata itu lagi, dia sebolehnya akan berusaha untuk menjaga keempat-empat anaknya itu sebaiknya, seperti yang dipinta oleh arwah isterinya.
” Insyallah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali,”baby keempat ni you jaga dia tau. You jaga okay”.
“Insyallah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh, anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.
” Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang,” katanya.
Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM, Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!