Comelnya! Biarpun Berdepan Pelbagai Risiko Sebelum Pembedahan, Kini Mulut Ainul Semakin Tertutup

Share

Sebak membaca perkongsian bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, tentang risiko yang perlu dia tempuhi sebelum menjalani pembedahan baru-baru ini. Bukan sekadar kehilangan darah atau darahnya masuk ke paru-paru bahkan kemungkinan untuk berlakunya KEMATIAN juga ada.

Comelnya Ainul Mardhiah, kamu anak yang kuat!

Pun begitu, seperti mana kuatnya semangat ibu bapanya, Ainul juga sama. Melalui proses pembedahan dengan prosedur yang rumit, akhirnya semua itu berbaloi. Pembedahan besar tersebut Berjaya dan terbaharu, Ainul kelihatan semakin sihat dan bukaan mulutnya juga sudah semakin mengecil.

Sebelum ainul dibedah, Doktor yang merawatnya pun tidak pasti sama ada boleh dibedah atau tidak walaupun MRI telah dibuat. Hal ini berlaku kerana kes ainul ini terlalu complicated.
.

Sehari sebelum hari pembedahan berlaku, Doktor telah memberitahu tentang risiko-risiko yang sedia menanti.
.

  1. Hilang banyak darah
    2. Darah masuk ke paru-paru
    3.
    Paling utama, boleh menyebabkan kematian
    .

Sebelum masuk ke dewan bedah, Doktor memberitahu, boleh jadi selepas mereka buka ” Kulit ” ainul dan mendapati ianya terlalu kompleks (kerana tempat berkenaan banyak salur darah utama) mereka akan menghentikan serta merta pembedahan tersebut dan ainul tidak akan dibedah.
.

Ya, bermacam risiko yang ainul perlu ambil sehingga lah risiko melibatkan kematian.
.

Tapi kami sebagai ibu bapa boleh buat apa?
.

Jalan yang ada cuma bedah dan buang sahaja.
.

Dan mereka (doktor) sedar, mahu bedah ainul yang kecil ini bukan sedikit risikonya, tapi mereka juga sedar bahawa itu sahaja jalan yang ada. Mahu tak mahu, risiko itu perlu diambil untuk kebaikannya.
.

Alhamdulillah, Allah izinkan pembedahan itu berjaya tanpa sebarang komplikasi. Salur darah utama yang paling dirisaukan doktor bedah itu pun tidak rosak akibat pembedahan.
.

Post ini tidak lah bermaksud saya mengangkat tinggi usaha doktor di sini dan merendah-rendahkan doktor di malaysia, sebaliknya jika kami diberi peluang dan ruang, kami mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor yang telah merawat ainul sepanjang sembilan bulan ini.
.

Percaya lah, anda semua adalah Doktor yang hebat dan anda adalah Doktor Ainul Mardhiah yang terbaik kerana sentiasa mahu yang terbaik buat ainul.
.

Harapan kami, mudah mudahan ketumbuhan itu tidak lagi datang menganggu kehidupan puteri sulung kami ini.
.

Dan,
Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan secara total buat Ainul Mardhiah.
.

Rakyat malaysia pun sangat baik hati. Tanpa sumbangan dan doa kalian, mungkin Ainul tidak akan sampai ke tahap ini ( dengan izinNya )
.

Akhir sekali, sepanjang saya menulis kisah Ainul di media sosial, saya mohon maaf jika ada kata kata saya telah menyebabkan anda semua terguris hati.
.

Saya cuma insan biasa, seorang lelaki, suami dan seorang ayah yang mahukan terbaik buat anak kami ini dan saya yakin, ibu bapa di luar sana juga akan buat perkara yang sama untuk anak mereka.
.

Selagi Allah izin, kami akan usaha sedaya upaya. Jika Allah berkehendak sebaliknya, maka tiada satu tangan pun dapat mengubahnya.
.

Redha. Itu perkara yang paling terbaik kerana Allah jua lah yang Maha Mengetahui.
.

Ainul, besar nanti jika boleh ( tanpa mama dan walid paksa ), Ainul jadi lah Doktor supaya Ainul boleh bantu ramai orang seperti mana orang membantu Ainul hari ini.
.

Atau jika tidak doktor, jadi lah insan yang sentiasa memberi manfaat dan memudahkan urusan orang lain.
.

Mudah-mudahan Allah beri mama dan walid peluang untuk membesarkan ainul menggunakan kaki dan tangan kami sendiri.

Tahniah kepada semua doktor yang terlibat dalam proses merawat Ainul. Pa&Ma menyanjung tinggi usaha dan kesungguhan kalian semua yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kesihatan Ainul bertambah baik setiap hari. Baik doktor-doktor di Malaysia mahupun di United Kingdom, anda semua memainkan peranan penting dalam memastikan Ainul semakin sembuh.

 

SUMBER: AHMAD SAFIUDDIN

Published by
Emy H