Comel sangat biskut ini! Warna semula jadi daripada puri buah tentu akan menarik minat si manja untuk menikmatinya.
Puan Noraniza Osman berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya, Iyad yang berusia 10 bulan. Katanya ia adalah stok makanan jejari untuk anaknya dan bekalan balik kampung pada hari raya haji. Rupa cantik dan warna menarik pada biskut ini amat menarik kerana dia telah menggunakan buah naga.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 1 buku unsalted butter (mentega tanpa garam)
- 2-3 cawan tepung gandum unbleached
- 3 sudu makan tepung jagung
- Puri buah (untuk biskut dalam gambar, puri buah naga telah digunakan)
CARA PENYEDIAAN
- Mentega dipukul sehingga kembang.
- Masukkan puri buah dan kaup balik untuk sebatikan.
- Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum. Adun sampai adunan tidak melekat pada tangan.
- Bakar pada suhu 170-180°c selama 10-15mnit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Menerusi ruang komen dalam Puan Noraniza memberitahu jumlah buah naga yang digunakan ialah kira-kira setengah biji manakala buah kurma pula 10 biji. Tepung unbleach yang digunakan pula dicadangkan dari jenama Faiza atau Rose.
Selain itu, banyak tip dikongsikan pada ruangan komen berkaitan resepi ini.
BISKUT INI CAIR DI MULUT
TEPUNG YANG DIGUNAKAN
Sumber: Puan Noraniza Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telur Kukus Campur Keju, Menu Tinggi Protein & Kaya Vitamin Untuk Anak!
Salah satu makanan yang paling mudah diperolehi, murah dan cukup berkhasiat untuk anak-anak kecil kita adalah telur. Telur kaya protin dan vitamin yang tinggi malah membantu perkembangan tumbesan anak. Namun pelbagaikan menu anak berasaskan telur supaya anak tidak mudah jemu dalam pemakanannya.
Selain digoreng, salah satu cara sihat yang boleh diberikan kepada anak adalah dengan kaedah mengukus. Resipi perkongsian oleh Puan Farah Iqlima menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini mama cuba. Penambahan keju pastinya buat anak makin sihat. Jom cuba!
Mama buat steamed egg + cheese untuk Fatisya. Sejak dua gigi atas memunculkan diri, semua benda tak nak makan. Mama buat ni. Habis dua ketul bintang dia makan. Sedap sangat.
Resepi ringkas & cepat
2 biji telur
Susu segar
Unsalted butter
Lobak merah -didadu
Daun bawang
Pukul telur dengan carrot yang didadu halus, daun bawang, fresh milk dan unsalted butter yang dah dicairkan.
Masukkan bancuhan dalam bekas dan letak beberapa ketul cheese.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Siap! Ah jomm…minum petang sambil main tarik-tarik cheese. Yummeh
Kelebihan Telur dan Keju
Telur
Sajian paling mudah dan berkhasiat diberikan kepada anak adalah telur. Telur mempunyai kandungan protien dan vitamin yang tinggi dan merupakan salah satu makanan sumber Kolin yang tinggi.
Kolin membantu dalam perkembangan otak. Jadi, berikan anak anak telur untuk perkembangan minda yang baik. Telur biasanya disajikan dengan pelbbagai cara, rebus, goreng atau omelet atau dimasak didalam sup dan gulai. Pastikan telur menjadi pilihan anak anak anda.
Keju
Keju adalah sumber kalsium dan fosfor yang paling mudah untuk diambil oleh anak anak. Ia juga digemari kerana rasanya. Kalsium dan fosfor menggalakkan proses pertumbuhan tulang anak-anak. Gabungkan sahaja dalam menu harian atau finger food untuk anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kentang Stick, Canai & Potong Nipis-Nipis, Memang Layan!
Menyediakan sarapan untuk anak memang memeningkan kepala. Apa kata mama pelbagaikan sarapan yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Kentang Stick ini ringkas pembuatannya ini memang layan makan bersama keluarga.
Resipinya pun cukup mudah. Nak buat macam mana? Jom ikuti perkongsian resipi Umi Watie ini.
Kau orang dah sarapan? Kentang dah mula nampak tunas? Jom la kita try resepi baru. Sesuai sangat untuk anak-anak kecil. Kalau tak nak guna garam gantikan dengan cheese.
Kentang viral
Bahan-bahan
3 cawan kentang yang telah di kukus.
4 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan Lada
1 sudu makan daun sup
Masukkan dalam 1 bekas. Kentang tu panas-panas lecek kan. Lepas tu gaul kan. Kalau guna kiub ayam ke kuib bilis ke tak perlu letak garam.
Ni lapik dengan plastik supaya senang nak gelek. Ikut la nak tebal mana.
Potong jejari macam ni. Senang anak-anak nak pegang.
Goreng dalam minyak panas. Sampai kekuningan.
Tadaaaaa.
Menarik: Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2cm, Neelofa Kongsi Pengalaman Indah Bersalinkan Muhammad Bilal
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Ibu Wajib Perkenalkan Ikan Dalam Menu Makanan Bayi? Bagus Untuk Perkembangan Otaknya
Bila anak dah mula makan makanan pejal, ibu jangan lupa perkenalkan ikan dalam menu makanan si manja. Tapi ikan hanya boleh diperkenalkan kepada bayi bila sudah berusia 8 bulan ke atas.
Menurut pakar pemakanan, kesihatan seorang anak bergantung pada apa yang dimakan sejak masih kecil. Pengambilan khasiat makanan yang seimbang serat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi menjadi faktor penentu ketahanan badannya dari serangan penyakit serta membantu perkembangan fizikal dan otaknya.
Mungkin kebanyakan ibu lebih gemar memilih daging atau ayam untuk bahan masakan menu bayi kerana mudah dimasak dan dimakan kerana tidak banyak duri dan tidak berbau hamis. Sebenarnya makan ikan sejak kecil memberi banyak kelebihan kepada bayi.
1. Meningkatkan kecerdasan bayi
Satu kajian popular yang pernah dijalankan pada sekitar tahun 90-an membuktikan bahawa bayi yang makan makanan mengandungi DHA tinggi, terbukti mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dibandingkan yang langsung tidak memakannya. Salah satu sumber makanan yang kaya dengan kandungan DHA semula jadi adalah ikan.
2. Meningkatkan daya fokus anak
Selain mampu meningkatkan tahap kecerdasan, kandungan DHA dan juga omega-3 pada ikan bermanfaat untuk meningkatkan daya fokus dan kreativiti anak.
3. Menguatkan sistem imun anak
Lemak tak tepu yang terdapat dalam ikan berkaitan dengan sistem imun yang sering memakannya. Sistem imun badan anak menjadi lebih kuat sehingga anak tak mudah jatuh sakit dan lebih aktif.
4. Mencegah gangguan ekzema pada anak
Ekzema yang menjadikan badan si kecil gatal boleh dicegah dengan mengamalkan makan ikan salmon atau ikan tuna sebelum bayi berusia 9 bulan. Namun dapatkan dulu nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor kerana tahap penerimaan setiap anak adalah berbeza.
Tip Beri Bayi Makan Ikan
Walaupun ikan sangat baik untuk perkembangan bayi namun tak semua bayi boleh terus diperkenalkan dengan ikan. Ada bayi mungkin akan mengalami alahan selepas diberi makan ikan. Jadi penting untuk ibu membuat catatan tentang menu makanan bayi bagi mudah mengenalpasti punca alergi anak disebabkan makanan yang mana satu.
1. Awasi kemungkinan alergi
Adakah ibu dan ayah mempunyai sejarah alergi atau asma? Jika ya, bagi anak makan sedikit dahuluu menu ikan ketika pertama kali memperkenalkannya.
Pemberian ikan dalam makanan pejal boleh diteruskan sekiranya bayi tidak mengalami sebarang alergi. Ikan air tawar dan beberapa ikan laut seperti salmon, sardin ataupun tuna lebih sesuai diberi pada si kecil kerana kandungan merkurinya yang rendah.
2. Perkenal makanan berbeza selang tiga hari
Bila anak sudah makan makanan pejal, biasakan dia diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan sesuai dengan peningkatan usianya. Ini supaya si kecil terbiasa dengan pelbagai jenis makanan dan tidak akan menjadi anak yang cerewet makan. Bila perkenalkan pada makanan yang berbeza, pakar menyarankan agar membuat selang tiga hari untuk setiap jenis makanan baru.
3. Masak ikan dengan betul
Pastikan anda membersih dan memasak ikan sampai betul-betul bersih dan masak untuk mengelakkan daripada bakteria dan virus yang mungkin ada pada ikan. Tak perlu bagi seekor ikan untuk bayi, cukup sekadar memperkenalkan sedikit rasa ikan sebagai perisa tambahan dalam bubur nasi bayi.
4. Sejenis ikan dalam satu waktu
Jangan pula anda ghairah nak bagi bayi makan pelbagai jenis ikan dalam tempoh satu masa kerana mahukan khasiat DHAnya. Sebaiknya perkenalkan sejenis ikan dalam satu masa supaya mereka boleh mengenal rasa, bau dan tekstur ikan dengan baik. Ikan yang mempunyai tekstur isi yang lembut seperti salmon, tuna, tenggiri, ikan merah adalah pilihan yang tepat untuk si manja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI