Anak perempuan Elisya Sandha yang juga merupakan cucu pertama Sheila Rusly, Bunga Elhaq sering mendapat perhatian warganet dek kerana kecomelannya. Setiap video Bunga yang dikongsikan oleh Elisya mahupun Sheila selalu mendapat tanda suka dan komen positif yang memuji si kecil itu.
Meninjau entry terbaru Sheila Rusly di akaun Instagram, dia telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan cucunya itu sedang mengantuk dan mahu tidur. Bunga yang ketika itu dilihat sedang didodoi oleh Sheila sedikit merengek kerana mungkin merasa kurang selesa.
Tertera pada video yang tersebut tertulis “Sssshhhh Bunga nak sleep..” dan yang menarik perhatian adalah melihat gelagat Bunga yang ‘bercakap’ sendiri seolah-olah memujuk dirinya untuk tidur.
Jom tonton video ini;
Setelah beberapa ketika, Bunga akhirnya terlelap. Nampak begitu lena sampai mulut pun terganga! Memang comel bila tengok Bunga memujuk dirinya sendiri untuk tidur.
Adalah normal untuk bayi seperti usia Bunga akan ‘bersembang’ sendiri bila mahu tidur. Ketika ini mereka dalam proses untuk menenangkan diri dan mencari keselesaan untuk tidur.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Pupuk Nilai Positif Ketika Tidur
Tahukah mama papa, sagat bagus untuk bercakap dengan anak apabila mereka sedang tidur. Perbuatan ini dipanggil sebagai affirmative sleep talking. Ia adalah perbuatan di mana anda membisikkan kata-kata positif kepada anak anda pada saat melelapkan mata.
Bisikan kata-kata positif yang diberikan kepada anak adalah umpama terapi ketika tidur yang sesuai diaplikasikan kepada anak dari usia bayi sehingga mereka 12 tahun. Ia dipercayai dapat membentuk keyakinan diri pada anak dan membantu mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)