Membesarkan anak di zaman moden masa kini banyak cabarannya termasuk bab keselamatan anak.
Terlalu banyak berita yang kita dengar melibatkan keselamatan anak seperti penculikan dan gangguan seksual. Sebagai ibu bapa sudah tentu rasa bimbang sentiasa menghantui diri memikirkan keselamatan anak-anak.
Usahawan butik muslimah, Aisyah Hijanah berkongsi satu video gelagat anak sulungnya, Khadeejah yang diajar tentang cara untuk mempertahankan diri sekiranya ada orang asing cuba menyentuh bahagian sulitnya.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini disebabkan situasi zaman sekarang yang banyak mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai risiko penjenayah seperti penculikan maka wajib ibu bapa untuk melatih anak-anak untuk tahu bercakap “TIDAK” dan pertahanan diri pada situasi yang bahaya.
“Kita kena ajar mana bahagian sulit anak, mana yang boleh pegang dan tak boleh pegang dan siapa orang yang dibenarkan pegang mana-mana bahagian sensitif di tubuh anak.”
Since sekarang ni musim orang culik budak, that’s why kita kena train kids to be stern saying “NO” & self defense. Ajar mana private part, mana yang boleh pegang & tak boleh pegang
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa kena sentiasa ingatkan dan bercakap tegas dengan anak supaya mereka faham sentuhan selamat dan tidak selamat itu perkara yang serius supaya mereka sentiasa berhati-hati sampailah mereka dewasa.
Ads
Eventhough pak cik atau family sekalipun, they have to know which part is sensitive. Bukan semua part boleh di sentuh. Ajar anak tegas daripada kecik supaya bila besar tak mudah orang boleh sentuh dia
“Luculah Jawapan Khadeejah”
Bagaimanapun gelagat Khadeejah yang memberikan jawapan “acehh” (terima kasih) apabila Aisyah bertanyakan soalan jika ada orang nak pegang bahagian sulitnya menarik perhatian wargamaya yang menonton video tersebut.
Lumrah gelagat kanak-kanak yang suka bermain dalam semua hal, jawapan Khadeejah sememangnya membuatkan ramai terhibur.
Bagaimanapun walau kelihatan seperti tidak faham dan ‘main-main’ tetapi jangan memandang remeh pada apa yang diajari oleh ibunya dan kesan jangka masa panjang pada si kecil.
Mengikut pakar perkembangan kanak-kanak, biasanya kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja yang selalu diajar dan diperhatikan walaupun secara semula jadi mereka gemar bermain.
Ads
Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk sentiasa berpesan dan mengajar anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri sejak mereka kecil lagi.
Penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman menerima berita sedih dan meluahkan rasa sebak atas kehilangan isterinya selepas melahirkan anak.
Lebih memilukan, beliau juga baru kehilangan anaknya yang baharu dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.Berita sedih ini turut dikongsi Facebook Team N9FC dan Twitter PFA Malaysia.
Di Instagramnya, Mohd Kaharuddin meluahkan rasa rindu kepada kedua insan kesayangannya.
“Saya reda. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.
“Rindu!!! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak, makan nampak awak.
“Rindu yang tiada penghujungnya. SubhanaALLAH, Di saat anak baru lelapkan mata di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama,” tulisnya.
Mohd Kaharuddin turut meluahkan rasa bangga kerana dikurniakan isteri yang hebat.
“Awak isteri dan ummi yang hebat!”.
Dalam pada itu, menerusi laman sosial instagramnya, menzahirkan terima kasih yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga keciknya.
“Saya tidak mampu balasnya..semoga ALLAH balas semuanya..Amin..”.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara suis pengecas telefon bimbit tidak ditutup, tangan si kecil ini melecur. Menurut ibu mangsa, ketika kejadian tersebut anak perempuanya sedar bermain sendiri.
“Jadikan pengajaran. Plug pengecas telefon tak tutup.”
Tambah Puan Ekin, kejadian ini dikongsi sebagai pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih berwasapada ketika anak kecil bermain sendiri.
“Peringtan untuk ibu ayah. Jangan sampai jadi macam anak mama ni. Melecur jari terkena charger fon.”
Menurutnya, anak kecil itu dalam fasa meneroka dan sedang bermain-main sendiri. Namun setelah dibawa ke pusat perubatan, anaknya kembali aktif bermain namun masih memerlukan rawatan susulan.
“Tak sedar bila masa dia pegang charger tu. Dan masa tu memang plug tak tutup.”
“Esok kena datang balik ke klinik untuk follow up. Tapi lepas balik dari klinik dia aktif bermain, memanjat.”
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
Keseluruhan kulit terbakar.
Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
Melecur akibat renjatan elektrik.
Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur.
Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
Menjelang hari raya yang tinggal lagi 12 hari, ada diantara kita sudah pastinya menyimpan sejumlah wang untuk ditukarkan sebagai duit raya.
Jika dahulu duit raya perlu ditukarkan lebih awal, tapi kini tidak perlu berbuat demikian kerana di mesin ATM turut menawarkan penukaran wang. Lagi cepat dan pantas!
Macam mana nak buat? Perkongsian langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Mohd Shukor ini anda memudahkan anda.
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine.
Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru:
1. Pergi ke Maybank yang besar sikit ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.
5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula-mula dia kata dah habis. Biasalah.
Pun begitu, pertukaran wang ini hanya bagi wang kertas bernilai RM10, RM20 dan RM50 sahaja.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout, dan...