“Comelnya Dia, Nama Pun Indah” Selepas Seminggu Bersalin, Tasha Shilla Kongsi Nama Indah Anak!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada 25 April lalu, pelakon Tasha Shilla kini berkongsi gambar dan nama buat anak sulungnya.

Menerusi Instagramnya, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambar si comel permata sulung yang kini hadir melengkapkan kehidupan bahagianya bersama suami tersayang, Atiq.

Bukan hanya berkongsi gambar bahkan Tasha juga sempat mengumumkan nama indah yang diberikan olehnya dan suami iaitu, Raees Zander.

Kata Tasha lagi, dia amat bersyukur dengan rezeki dari Allah malah turut memperkenalkan buah hatinya.

“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq,” tulis Tasha di Instagramnya.

Dalam pada itu, pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini juga turut memohon doa semoga putera sulungnya itu sentiasa diberkati Allah SWT malah menjadi anak soleh kelak.

“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.

“It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers 🤲🏼 Baby Bedding @tinypalms,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Tasha turut memuji akan kecomelan Raees malah menyatakan Raees persis ibunya serta turut mendoakan si comel kesayangan itu.

 

Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @atiqidris & @tashashilla

Published by
SRM