Melihat aksi dan gelagat anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah tidak pernah membosankan. Ada sahaja aksi comelnya yang sentiasa menghiburkan kita.
Aafiyah anak yang penuh ceria, petah berkata-kata malah setiap kali Aafiyah muncul di Instagram ibunya, semuanya membuatkan kita ketawa. Dia petah malah begitu lembut seperti ibunya.
Sepanjang PKP ini, rupanya si comel Aafiyah kini sedang belajar mengaji Alif Ba Ta juga belajar Bahasa Arab.
Bijaknya Aafiyah. Walaupun baru belajar bahasa Arab dengan Kakak Dya, namun Aafiyah dapat mengingati dan menguasainya dengan baik. Aksi comel Aafiyah mengenal warna dalam bahasa Arab ini jelas menampakkan kebijakkan Aafiyah.
“Itu colour apa tu dalam Bahasa Arab” tanya Siti pada Aafiyah.
“Masya’Allah Tabarakallah. Aafiyah belajar bahasa Arab dengan Kak Dya.
“Ibu pun nak start belajar bahasa Arab dengan kakak Dya,” kongsinya di kapsyen.
Video yang dikongsikan di @aafiyahkhalid itu jelas menunjukkan Aafiyah mula mengingati beberapa sebutan bagi warna-warna tertentu.
Namun menariknya, bukan hanya Aafiyah dapat mengingati dan bijak menghafal bahkan sebutan Arabnya cukup sedap. Comelnya Aafiyah!
Rata-rata warganet turut memuji sebutan Aafiyah yang jelas dan sedap tidak terkecuali memuji kebijakkan Aafiyah.
Menarik: Adik Buka Mata Dia Terus Muncul, Semangatnya Kakak Aafiyah Jaga Adik, Melekat 24 Jam
Baca: Duit Raya Anak Hilang Tanpa Dikesan, Ini Cara Terbaik Ibu Ayah Kena Buat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Gelar Anak Saya ‘Monyet’ Dia Terasa’. Ibu Kanak-Kanak Berbulu Mohon Hormati Anaknya
Jangan gelar anak saya ‘monyet’ dia terasa. Itu permintaan ikhlas seorang ibu apabila anaknya sering diejek dengan panggilan ‘monyet’ oleh rakan-rakan sebayanya.
Nurul Afidah Baltisya Razi, 10 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kemudi di Bachok sering berkecil hati apabila digelar sedemikian.
Menurut ibunya, Asliza Omar, 36 tahun, harapan Nurul Afidah hanya untuk menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak sebaya yang lain.
“Dulu dia selalu tanya, kenapa dia berbulu. Saya cakap dia comel. Di sekolah dia rajin belajar,” kata Asliza.
Sekitar tahun 2012, Nurul Afidah pernah menjadi perhatian semua pihak dan kini sudah boleh menyesuaikan dirinya dengan rakan-rakan di sekolah.
Walaupun sebelum ini penampilannya dianggap ganjil serta menjadi bahan ejekan rakan sekelas, namun semuanya ditempuhi dengan semangat untuk menimba ilmu.
Bahkan, Nurul Afidah merasakan dirinya unik dan berbeza dengan rakan lain.
Menurut Asliza lagi, anak ketiga dari lima beradik ini dilahirkan dengan keadaan badan dan muka berbulu.
“Sebelum ini, Nurul Afidah rasa malu untuk bertemu dengan sesiapa, namun kini dia lebih bersemangat, lebih matang, aktif di sekolah bahkan peramah dengan sesiapa,” katanya.
Katanya, anaknya tidak mengalami sebarang penyakit kulit; hanya kerana hormon yang dimilikinya menyebabkan dia dilahirkan dalam keadaan berkenaan.
“Dulu dia selalu tanya, kenapa dia berbulu. Saya cakap dia comel. Di sekolah dia rajin belajar.
“Ada sekali ketika dia Tahun Satu, dia pernah melenting di sekolah sebab ada budak ejek dia. Sekarang, dia dah cerdik, kalau ada sesiapa ejek dia, dia akan mempertahankan dirinya,” ujar Asliza.
Jelasnya, anaknya kini tidak lagi bersedih sekiranya diejek, bahkan dia akan menjawab, dirinya cantik dan unik.
Ayah Afidah, seorang nelayan, juga banyak memberikan semangat kepadanya, kata Asliza.
Tambahnya, anaknya itu meminati seni tarian dan aktif bersukan terutama lumba lari bahkan ringan tulang apabila diminta membantu buat kerja rumah.
Sebulan Sebelum Hamil Nampak Lembaga Berwarna Hitam Dan Berbulu
Sementara itu, menurut laporan Sinar Harian pada tahun 2012 sebelum ini, keadaan tubuh Nurul Afida yang dilahirkan berbulu itu menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).
Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.
“Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.
“Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida,” katanya.
Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Tahu Apa Dia Cakap, Ibu Ayah Yang Kena Tegur Kalau Salah
Baru-baru ini tular sedutan video sebuah kartun bersiri kegemaran ramai yang memaparkan empat kanak-kanak sedang bersembang tentang manfaat berbuat baik kepada ibu. Di dalam sedutan itu, salah satu wataknya telah membuat kenyataan yang mencetuskan kemarahan kebanyakan warganet.
Di dalam babak itu dikatakan jika tiada ibu, maka tiadalah syurga buat si anak. Untuk menjelaskan perihal ini, PU Azman telah memuatnaik beberapa posting di laman Instagramnya.
HARGAI EMAK
Dalil di bawah.
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ.
Maksud :”Bila mati anak Adam, putuslah amalnya kecuali 3 hal, 1. sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakannya”.
(Muslim).
Bukankah sifat soleh itu kunci syurga ?
Dalam dunia ni, berapa ramai yang masih ada mak tapi biadab, kurang ajar, lebihkan orang kekasih daripada mak, hantar mak ke rumah orang tua dan segala macam perderhakaan. Anak seperti ini hanya mengundang laknat Allah.
Sekurang-kurangnya, orang yang takder mak, dia tiada dosa dengan maknyer.
Tapi, cara kau taknak ada dosa dengan mak kau tu, jangan kau bunuh mak pulak.
Matilanak.
Artikel Menarik: [Time Baik, Berpeluk Sakan. Waktu Gaduh, Harimau Pun Cabut Lari. Pening Ibu!]
IBU BAPA PERLU DIDIK ANAK
Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham.
Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak.
Kita lihat watak Fizi dari sudut positif.
Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri.
Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.
Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak.
Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU?
Hadis yang popular di kalangan kita iaitu.
الجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ.
Maksud :”Syurga di bawah tapak kaki ibu”.
Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga.
Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu’afa’. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah.
Tapi ada satu hadis yang kualitinya baik berbanding di atas. Seorang lelaki datang bertanya Nabi.
يا رسولَ اللهِ، أَرَدتُ أنْ أغزُوَ، وقد جِئتُكَ أستَشيرُكَ، فقال: هل لكَ من أُمٍّ؟، قال: نَعَمْ، قال: فالْزَمْها، فإنَّ الجَنَّةَ عندَ رِجْلِها.
Maksud :”Wahai Rasulullah, Aku ingin ikut perang dan aku datang minta pendapatmu. Maka Rasulullah tanya, “Adakah kau ada ibu?” Dia menjawab, “Ya”. Rasulullah sabda, “Tetaplah bersamanya! Sebab sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya.”
Sheikh Syu’aib Al Arnauth (lahir 1928 Masihi) menyatakan sanad hadis ini hasan dalam Takhrij Mushkilul Athar karya asalnya Imam Thohawiy (wafat 321 Hijrah).
Artikel Menarik: [Anak Jenis Susah Berenggang, Sensitif Masa Kecil Selalunya Anak yang Cerdik]
Dalam hadis sohih yang lain Riwayat Bukhari ada satu hadis yang bermaksud :”Datang seorang lelaki kepada Nabi untuk minta izin berjihad, maka Nabi tanya dia: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Dia jawab: “Ya” lalu Nabi jawab: “Maka berjihadlah pada keduanya”.
Ini adalah hadis yang membawa makna bahawa mak abah adalah jambatan syurga anak-anak.
Jadi, lafaz hadis yang Mail cakap itu adalah palsu atau sangat lemah. Guna saja hadis lain yang sohih.
Bakar rumah Mail.
Semoga dengan perkongsian dari PU Azman ini sedikit-sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita. Ibu ayah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka membesar sebagai insan yang beradab dan sentiasa mengambil berat perasaan orang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lambat Berjalan, Usia Sudah 18 Bulan, Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab
Anak lambat berjalan, usia sudah 18 bulan, ibu bapa kena tahu faktor penyebab. Bila usia anak sudah hampir 2 tahun namun masih lagi tidak boleh berjalan, ibu bapa yang tidak bimbang.
Anak Lambat Berjalan, Usia Sudah 18 Bulan
Melihat anak orang lain yang sebaya sudah boleh berjalan, sudah tentu timbul perasaan tidak sedap hati di kalangan ibu bapa. Jika ini yang berlaku kepada si kecil anda, cuba perhatikan antara faktor yang menjadi punca seperti dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
• Kawalan kepala – Umur 3 bulan
• Kaki memijak – Umur 4 bulan
• Meniarap – Umur 6 bulan
• Duduk tanpa bantuan – Umur 9 bulan
• Berdiri tanpa sokongan – Umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. Faktor keluarga atau keturunan
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. Kelahiran pra matang
Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
3. Cerebral palsy
a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Baca artikel lain juga: Anak Tiba-Tiba Tak Boleh Berjalan, Mengadu Sakit Tekak Telinga, Jangan Biarkan!
Bawa Anak Berjalan Waktu Kecil Lebih Untung, Banyak Tempat Masuk Walaupun Penat Tapi Anak Happy
Senyum Comel Belajar Berdiri. Dah Boleh Imbang Badan, Sikit Lagi Rina Pandai Berjalan!
Lewat perkembangan secara umum:
a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI