Berkongsi gambar-gambar comel bayi kembarnya yang menjalani sesi fotografi untuk diabadikan sebagai kenangan, Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar menyatakakan hasratnya untuk melihat kesemua enam anaknya nanti membesar mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.
Menurut Sheikh Muszaphar, disebabkan itu, beliau cuba mendedahkan anak-anaknya dengan segala hal berkaintan dunia perubatan seperti yang dilakukan oleh arwah bapanya kepada dirinya dahulu.
“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai doktor.
“Dr. Isabella, Dr. Natasha, Dr. Adam, Dr. Noah, Dr. Eusoff, Dr, Emelia,” tulisnya di Instagram.
Pada masa yang sama juga menerusi beberapa posting yang lain, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi foto-foto comel anak kembarnya dengan pengikutnya.
Menerusi posting yang sama juga, Dr. Sheikh Muszaphar turut mengenang kembali perjalanannya menjadi seorang doktor yang mendapat dorongan dan sokongan arwah bapanya.
“Saya bercita-cita mahu menjadi doktor sejak berumur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskop, mikroskop, buku-buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap pada diri “saya mahu bergelar doktor’ sebanyak 10 kali sehari.
“Ada poster pada dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur,” tulisnya lagi.
Lebih menarik lagi, menurutnya dia sudah mula melakukan ‘pembedahan’ ke atas haiwan sejak usia muda lagi.
“Pertama kali bedah katak pada usia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga saya berjaya mencapai impian tersebut.
“Ayah saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya. ‘What the mind believes, the body can achieve’. Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula,” ujarnya.
Dr. Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Dr Halina pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 6 cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, Kembar lelaki, Sheikh Adam & Sheikh Noah, 3 dan Sophea Emelia dan Sheikh Eusoff yang baru sahaja dilahirkan pada 20 November lalu.
Mama papa lain mungkin boleh praktikkan apa yang dibuat oleh Dr Sheikh Muszaphar kepada anak-anaknya. Siapa tahu dengan berbuat demikian akan dapat mendorong anak-anak untuk menyimpan cita-cita yang tinggi apabila dewasa kelak.
Sumber: Gempak & IG drsheikhmuszaphar
Baca: Dr Halina Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Rancang Nak Anak Ketujuh
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)