Pada 21 Syawal yang lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isteri yang juga selebriti media sosial, Deena Emir menimang cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi perempuan.
Menerusi posting terbarunya pula, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi beberapa foto terbaru si kecilnya yang kini sudah berusia hampir 2 bulan.
Perkongsian foto yang dirakam secara penuh wajah comel bayi perempuannya itu juga turut memperkenalkan nama ahli keluarga terbaru mereka. Memilih nama Fateema Azzahra, posting tersebut mendapat reaksi positif peminat pada ruangan komen.
“Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy
Ads
“Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16hari ni berapa berat dah Fateema?
“Membesarlah wahai anakku Fateema Azzahra sebagai umat Islam yang sentiasa taat pada perintah Allah. Itu doa Baba utk anak2 Mummy dengan Baba. InShaaAllah. Titipkanlah doa yang baik2 utk puteri kesayangan kami ni ya. Terima kasih semua,” tulisnya.
Menjenguk ke laman instagram Deena Emir pula, dia turut berkongsi gambar sempena sambutan Aidil Adha mereka sekeluarga. Memilih rona hijau, gambar-gambar yang dikongsi mendapat perhatian ramai peminat.
“Family portrait from us. Selamat Hari Raya AidilAdha to all our followers. Maaf zahir & batin ✨#eidadha2020,” tulisnya.
Malah Deena Emir juga kelihatan anggun bergaya meskipun baru sahaja selesai tempoh berpantang.
Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: IG Saharul RIdzwan & Deena Emir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sakit bersalin tidak dapat digambarkan. Kontraksi dan kesakitan berjam-jam lamanya. Instafamous Hafiz Mahamad berkongsi detik bersalin isteri, Syafiqah Aina.
6 jam bertarung kesakitan, sebagai suami Hafiz menyaksikan semua yang terjadi semasa proses kelahiran puteri sulung mereka, Raisya Arisa.
Kata Hafiz menerusi Instagram, kulitnya terdapat banyak kesan calar akibat digigit isteri. Dia bagaimana pun berpuas hati kerana berpeluang menemani Syafiqah dari awal hingga selesai proses kelahiran.
“Morning Everyone, 6 hours dia bertarung nyawa semalam & habis calar calar badan saya digigitnya.
“Trust me, bila saya teman wife dari awal contraction sampai baby keluar.
Lebih menyentuh hati, lelaki ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa proses bersalin anak sulung ini menyebabkan dia akan terus setia. Hafiz mengakui saat menemani isteri, dia seolah-olah membayangkan kesakitan yang dilalui Syafiqah.
“Perasaan saya macam, “aku taknak cari perempuan lain & aku nak ikut je apa bini aku suruh” ? .
“Kita yg meneman pun rasa sakit, uih dia mcm gedebek prekkkkk.
Syafiqah Aina juga turut mengemaskini Instagram dan memuatnaik foto bayinya. Dalam kapsyen dia turut menyatakan terima kasih buat Hafiz yang sentiasa ada disisi sepanjang proses kelahiran.
“Alhamdulillah, syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini ?. . “Thank you Daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil Mommy belanja drama dalam Labour Room tadi ?.
Anak menangis itu normal! Sekian lama bersama ibu dan ayah, dan kini terpaksa berpisah malah melihat wajah-wajah yang asing dan tidak biasa membuatkan anak merasa tidak selamat dan tidak selesa.
Menurut perkongsian pakar, pada usia lima tahun adalah waktu yang amat sesuai untuk diperkenalkan dengan alam persekolahan. Paling tepat namun ada cara yang perlu dipraktikan oleh mak ayah terlebih dahulu. Ini yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Maryam Jamadi.
ANAK MENANGIS KE SEKOLAH?
“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?” Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.
Masalah ini lagi normal kalau – Anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh. – Jarang keluar rumah. – Ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.
Punca yang biasanya buat anak menangis ke sekolah.
1. TEMPAT DAN SUASANA YANG BARU Bayangkan 5 tahun anak duduk bersama ibu, tiba-tiba ditinggalkan ke tempat yang baru dan tidak kenal sesiapa pun. Normallah dia akan takut dan rasa tidak selamat.
Ditambah pula, keadaan bising dengan suara murid lain bercakap kuat-kuat sehingga guru pun terpaksa menjerit untuk bercakap. Mungkin guru hanya bercakap biasa, tetapi bagi anak yang dalam keadaan takut suara guru yang kuat seakan-akan memarahi dia.
Biasanya anak yang sensitif pendengaran akan ada masalah dengan bunyi yang bising atau kuat. Boleh jadi punca utama kenapa anak menangis dan tidak suka ke sekolah.
2. “SURVIVAL SKILL” Anak yang dihantar ke taska memang akan mempunyai “survival skill” yang lebih tinggi sebab mereka sudah biasa terdedah dengan kanak-kanak lain, sudah biasa dengan keadaan hiruk-pikuk, keadaan kanak-kanak bergaduh ataupun suara guru menjerit/tegas.
Berbanding dengan anak yang kebanyakan masa duduk bersama ibu. Kalau ibu marah, dia tahu ibu marah dia seorang. Tapi kalau di sekolah, boleh jadi guru marah murid lain tapi anak rasa guru marah dia. Dia tidak tahu lagi cara nak kawal diri atau tenangkan diri sendiri.
Sentiasa rasa takut-takut dan resah bila ada situasi hiruk-pikuk.
3. SUSAH UNTUK MENGIKUT RUTIN Kalau dirumah, ada hari bangun tidur awal, ada hari bangun tidur lambat. Kalau lapar boleh terus makan. Tapi apabila dah ke sekolah, hari-hari perlu ikut rutin sama. Tak boleh main 24 jam, kena ikut jadual.
Jadi, memang normal anak akan lebih suka duduk rumah berbanding ke sekolah. Di rumah boleh buat apa-apa yang dia mahu tetapi di sekolah terpaksa ikut peraturan. Pijak rumput pun tak boleh 😅
4. ANAK JENIS KINESTETIK Anak jenis kinestetik akan rasa sukar dan “terseksa” duduk lama di kerusi. Pembelajaran formal di kerusi dan meja mungkin kurang sesuai untuk anak.
Anak perlu selalu bergerak, berjalan dan berlari. Pembelajaran pula dalam keadaan sambil bermain. 🏃♂️ Sebenarnya ada banyak sahaja punca yang buat anak menangis ke sekolah, jadi mak ayah yang sedang menghadapi masalah ini boleh cuba periksa kenapa anak tak suka ke sekolah.
Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:
1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara – Selalu bacakan buku dengan anak. – Cerita kepentingan ke sekolah. – Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah. – Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.
Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah. Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.
2. MENANGIS ITU NORMAL – Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis. – Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada). – Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.
3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH – Pasti ada punca kenapa anak menangis, Tak mahu bangun pagi? Mengantuk sebab tidur lewat? Takut dengan cikgu? Kawan-kawan bising? Tak suka duduk lama? Bosan?
4. CARI JALAN PENYELESAIAN – Mengantuk sebab tidur lewat? Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari). – Takut dengan cikgu?
Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat. – Tak suka duduk lama?
Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama. – Bosan? Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan. – Takut suasana baru?
Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat. Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah.
Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.
Tapi bagi saya 1. Mungkin terlalu awal untuk klasifikasikan normal atau tidak normal hanya dalam minggu pertama.
2. Anak 5 tahun sekiranya tidak membaca dan menulis masih dikira normal. Lagi-lagi 2 tahun menghadapi zaman pandemik, anak kurang terdedah dengan dunia luar.
3. Mungkin ambil masa untuk anak sesuaikan diri dengan persekitaran. Tetapi kalau memang anak menangis sepanjang di sekolah, mungkin mak ayah boleh cuba hantar anak selang sehari dahulu. Beri anak timeline untuk bersedia, beritahu seminggu ini sahaja datang berselang seli hari. Minggu depan perlu hadir seminggu penuh.
Hari yang tidak hadir ke sekolah, buat simulasi ke sekolah. Pakai baju sekolah dan ikut jadual sekolah. Jadi, mak ayah yang sedang mengalami masalah ini boleh cuba dahulu cara di atas. Kalau mak dah cuba pelbagai cara dan anak tetap menangis ke sekolah berterusan selama 2 minggu, mungkin boleh dapatkan bantuan terapis cara kerja.
Kebiasaannya kami akan lakukan penilaian kesediaan anak ke sekolah dan penilaian menulis. InsyaAllah kami dapat membantu mak ayah yang mengalami masalah ini.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon Che Ta, Aaisyah Dhia Rania dilihat memakai pakaian pesakit hospital semalam.
Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.
“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.
Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.