Bosan dengan menu yang sama, ada baiknya mama berkreatif dengan bahan yang ada untuk sajian anak-anak dan keluarga. Salah satu resipi comel tetapi sihat dan mengenyangkan buat seisi keluarga untuk minum petang adalah Kuih Buah Rotan yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini.
Resipi kuih dengan penggunaan tepung pulut, santan dan gula ini buat kuih rasa kenyal, lemak manis dan rangup di luar. Sedapnya di makan ketika waktu panas. Terbaik.
KUIH BUAH ROTAN
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sk garam halus
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
Sedikit air kapur
Bahan Lain :
Minyak untuk menggoreng
Biji bijan secukupnya
Satukan ke semua Bahan A di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut. Sejukkan seketika.
Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B dan kacau rata. Tuangkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
Sapukan minyak di telapak tangan, ambil sedikit doh dan bulatkan.
Kemudian golekkan doh ke dalam bijan sehingga bersalut rata. Ulang sehingga habis.
Sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana. Setelah siap, gorengkan sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Siap , sedia dihidang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI