Selepas kelahiran cahaya mata keduanya pada 19 Mei lalu, pelakon Fizo Omar jarang berkongsi wajah anak keduanya bersama isteri, Fazeera Nazri.
Kini selepas berusia sebulan, Fizo memuat naik wajah anak keduanya yang diberi nama, Wan Umaira kepada pengikutnya di Instagramnya.
“Assalamualaikum semua.
“Saya Wan Umaira bt Wan Hafizol aka adik kecik nak say hai kepada semua Ummi and daddy’s friends,” tulisnya di kapsyen.
Persis wajah kakaknya, Wan Khaleeda, si comel Wan Umaira juga cukup comel malah bermata seperti seperti ibunya, Fazeera.
Tidak hanya berkulit putih bersih bahkan anak ketiga buat Fizo itu turut mempunyai lesung pipit penyeri di kiri dan kanan pipinya. Memang comel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Fizo dia Instagramnya turut memuji lesung pipit dalam yang dimiliki anak kecil itu.
Terdahulu, si comel Wan Umaira, anak kedua Fizo bersama isterinya, Fazeera Nazri yang dilahirkan pada Jun lalu.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawang, Halia & Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat, Pantang Ni Jangan Buat, Memang Tahan!
Mengisar bahan tumisan seperti bawang, halia dan cili kisar lebih awal sememangnya memudahkan. Lebih jimat masa memasak, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja.
Pun begitu, bahan kisar ini bukanlah tahan lama. Tetap perlu dimasak dengan pantas dan paling tidak, tahan hanya seminggu sahaja.
Perkongsian tip dan petua agar tahan lama sampai tiga bulan yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini mak-mak kena cuba. Memang tahan lama, asalkan jangan langgar pantang. Wajib cuba!
TIPS simpan Stock Bawang blender Tahan 3 bulan. Mai cikdyg nak share sikit cara-cara cikdyg simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.
Senang la bila nak masak lauk pauk ka, mee goreng ka, bihun goreng ka, keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3 kali.
Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdyg. Sat saja cikdyg masak. Macam pelesit.
Stock cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pun tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.
1. CARA BUAT CABAI KISAR
Gunting cabai kering kecik-kecik lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.
2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak.
Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pun boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik-kecik. Blender bawang bersama ayaq bertapis anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
MENARIK:
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!
Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!
4. CARA BUAT HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik-kecik. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air.
Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai-gatai letak ayaq banyak tau. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.
🔪Tips penting untuk lebih bertahan lama.
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing. Tu lah tips yang tokma bagi kat cikdyg. Untuk elakkan cepat berkulat.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berbakul Bagi Arahan Pada Anak, Satu Pun Anak Buat Tak Endah, Mak Ayah Mungkin Salah Teknik!
Mak ayah mana yang tak makin sakit kepala bila anak mula buat tak endah arahan yang kita berikan. Penat berleter, anak buat tak kisah saja. Rupanya hendak marah anak perlu ada tekniknya. Bukan main ‘tembak’ saja.
Menurut Pn Ayesha Sairi, Ahli Terapi Cara Kerja, menyuruh anak melakukan pelbagai perkara dan memberi arahan perlu ada teknik yang tepat. Barulah anak faham dan menuruti arahan dengan baik. Jangan salah teknik. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Anak tidak mahu ikut arahan?
Ada ibubapa mengadu, anak mereka tidak mahu ikut arahan mereka. Anak yang salah atau
ibubapa tidak tahu teknik memberi arahan?
Sebelum kita marah-marah kepada anak, sebelum kita membebel kepada anak, eloklah kita semak cara kita memberikan arahan kepada anak.
Saya kira strategi ini terpakai sama ada anak tipikal mahupun anak berkeperluan khas.
Strategi untuk anak ikut arahan
✅Dapatkan perhatian anak terlebih dahulu. Panggil namanya, pandang matanya dan sentuh tubuhnya. Ingat PPS (panggil, pandang, sentuh).
✅Berikan arahan pendek. Untuk anak kecil, kebanyakan mereka hanya mendengar 3-4 patah perkataan sahaja.
Sekiranya kita berikan arahan yang panjang, mereka hanya akan ingat sama ada perkataan di awal, perkataan di tengah atau di hujungnya sahaja.
Contoh ayat yang sesuai
“Tolong ambil buku mama”
“Simpan mainan semua”
“Tutup tv, pergi mandi”
“Ambil towel, pergi mandi”
Kadang-kadang kita beri arahan dalam bebelan. Ibu-ibu selalunya buat begini.
“Abang, dah dah lah tengok tv. Lama dah ni. Pergi ambil buku, baca buku tu. Buat apa nak tengok tv lama sangat ni. Mama dah siap masak semua awak masih tengok tv. Dah, dah. Tutup tv tu”
Andai kata kita biasa berikan ayat di atas, ada 2 kemungkinan yang biasa anak akan buat:
1) buat tak tahu
2) tutup tv
Adakah anak ikut SEMUA arahan yang kita berikan? Tidak. Dia tidak buat arahan ambil buku dan baca. Ini kerana anak tidak mendengar arahan tersebut.
Hear vs Listen. Ada bezanya.
Semoga membantu ibubapa dan guru-guru semua.
Menarik: Anak Kita Sejak Lahir Bijak, Silapnya Menangis Bagi HP & Buka TV, Patutnya Bagi Anak Explore
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ngaji Tetap Ngaji”, Bekalan Untuk Anak-Anak, Warganet Puji Cara Didikan Ozlynn & Johan!
Melihat pasangan ini mendidik anak mereka terasa cukup sempurna. Di rumah, asas ilmu agama menjadi keutamaan buat Johan dan Ozlynn Wati dalam mendidik anak-anak mereka.
Bukan hanya menjadikan amalan berjemaah satu kewajipan bahkan selepas bersolat, kesemua ahli keluarga ini akan mengaji bersama-sama. Bukan mudah mendidik anak kecil kita sebegini. Pastinya ia didikan yang cukup hebat untuk anak membesar kelak.
Kata Ozlynn menerusi instagramnya, walau sesibuk mana pun, berjemaah dan mengaji Al Quran di rumah menjadi kewajipan mereka sekeluarga. Dan ini sahaja yang dapat menjadikan hubungan anak-anaknya sentiasa kuat dan erat.
“Ngaji tetap kena ngaji!!
“Subuh maghrib tetap ngaji. Jemaah wajib dalam rumah ni melainkan ada sesuatu urusan yang menghalang antara salah sorang.. but still yang lain jemaah,” kongsi Ozlynn.
Kata Ozlynn inilah sahaja cara untuk mengeratkan hubungan anak-anaknya apabila mereka membesar kelak. Malah kata Ozlynn inilah yang selalu ditekankan oleh suaminya, Johan agar jangan meninggalkan solat dan jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran.
“Biar hubungan adik-beradik rapat sampai mata papa dan mama dah “pejam” sekalipun. Nasihat papa selalu kat seisi umah, jangan tinggal solat jangan tinggal Quran. Moga manfaat buat Hanania kami,” tulisnya.
Dalam pada itu kata Ozlynn lagi, selain ibu yang menjadi tunjang utama, rahsia kejayaan sebenar anak-anak adalah datangnya daripada lelaki bergelar ayah. Katanya anak-anak pasti akan menjadi lebih bijak dan mendengar kata jika ayah turut serta dalam mendidik anak.
“Moleiq pun ngaji, sebenarnya rahsia kejayaan anak-anak adalah dari sentuhan seorang ayah. Anak-anak akan jadi lebih kreatif jika bersama ayah, bukan kata dengan mak tak kreatif tapi waktu mak selalu terlalu lebih bersama anak-anak.
“Jadi jika seorang ayah dapat meluangkan masa bersama anak-anak baik dari segi ilmu dunia mau pun akhirat, pasti anak-anak akan jadi lebih bijak.
“Ayah je yang selalu lepaskan anak-anak buat benda yang selalu mak-mak akan jerit “NO!!!, ” kongsinya.
Jangan pernah mengabaikan anak-anak, luangkanlah masa bersama, itu nasihat Ozlynn buat semua bapa di luar sana.
“So buat ayah-ayah di luar sana, please sibuk macam mana pun luangkan sedikit masa untuk anak-anak, yang sudah kehilangan ayah plsssss jangan putuskan doa dari seorang anak untuk ayah kerana doa dari anak yang soleh itu dapat membantu ayah kalian “di sana”,” kongsinya lagi.
Telatah Moleiq Menghiburkan
Pun begitu, kelibat di kecil Moleiq sentiasa membuatkan seluruh pengikut Ozlynn dan Johan terhibur. Setiap kali Moleiq tampil di instagram, pasti pelbagai reaksi dan komen yang begitu positif malah gelagat comel Moleiq bersama abang dan kakaknya sentiasa menjadi perhatian. Rata-rata wargamaya amat terhibur dengan keletahnya setiap hari.
Video-video yang dikongsikan Ozlynn simple tapi cukup menghiburkan. Seronok melihat telatah Moleiq.
Terdahulu, Ozlynn dan Johan disatukan sebagai suami isteri pada 25 Julai 2009 dan kini mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantik & Moleiq.
Artikel berkaitan:https://www.majalahpama.my/bagusnya-haziq-hafal-doa-nak-jadi-imam-tarawih-ini-cara-johan-ozlynn-latih-anak-berdoa-dari-hati-sejak-kecil/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @jozlynnhanania
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI