Selepas kelahiran bayi kedua mereka, baik Awal Ashaari mahupun isterinya, Scha Alyahya dilihat sering berkongsi mengenai anak kesayangan mereka di Instagram. Pun begitu, biarpun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum, namun wajah Lyla Amina masih belum jelas kelihatan.
Semalam menerusi Instagram peribadi Awal dan Scha, kedua-duanya berkongsi wajah Lyla dari dekat, sempena usianya sebulan.
Comelnya Lyla Amina, air muka daddy yang cukup jelas kelihatan.
“Yaaaaawnnnn! Mengantuk la sebab malam tadi berjaga dera Mommy and Daddy!
“Alhamdulillah, dah sebulan dah @lylaaminaa Ma sha’Allah. Thanks for all your doa,” tulis Awal di kapsyennya.
Dalam pada itu, Scha turut berkongsi sekeping gambar Lyla yang cukup comel dengan mengenyitkan mata kirinya.
Ads
“@awalashaari and @laraalanaa combined! Good luck Mommy”
“Alhamdulillah, sebulan dah usia Lyla. Semoga membesar sihat dan diberkati. @lylaaminaa,” tulis Scha lagi sambil mengiyakan wajah anak keduanya itu persis Daddy.
Pada Khamis lalu, menerusi program Schawal Babyboom 2021 yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam, Awal dan Scha mengumumkan nama anak kedua mereka.
Ads
Awal dilihat mendaftarkan nama anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dan kemudiannya membuat kejutan dengan membawa sebiji kek untuk Scha dan Lara, bersempena pengumuman itu.
Dalam pada itu, sama seperti Lara Alana, selepas usia sebulan, pasangan ini juga turut membuka akaun Instagram pada anak kedua mereka, @lylaaminaa. Tak sabar melihat perkembangan Lyla nanti.
Semoga Lyla terus menjadi penyeri dan pelengkap bahagia buat ibu ayah dan kakaknya, Lara Alana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @awalashaari @schaalyahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, perjalanan menjadi seorang ibu sebenarnya banyak mengajar kita dalam pelbagai perkara. Malah turut merubah diri perlahan-lahan. Bukan hanya fizikal, bahkan emosi turut sama terkesan. Naluri keibuan semakin ketara.
Bagi pelakon Tasha Shilla, dia sendiri mengakui dirinya menjadi lebih sensitif selepas bersalinkan anak sulungnya pada April lalu.
Kata Tasha menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 semalam, dia bersyukur kerana dapat menjalani tempoh berpantang dengan baik.
Pun begitu kata Tasha, dia sering mengalami situasi perasaan dan emosi yang mudah sensitif dalam kebanyakkan perkara sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang.
“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya rasa akan cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
“Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,” kongsi Tasha.
Pun begitu kata Tasha lagi, dia merasa amat gembira sepanjang melalui fasa kehamilan sehingga detik bergelar ibu. Baginya ia adalah proses yang begitu bermakna dan amat merubah dirinya sendiri.
“Sejujurnya dari awal proses mengandung, bersalin dan berpantang saya sebenarnya cukup seronok.
“Malah saya amat bersyukur suami banyak membantu menguruskan pelbagai hal malah sangat memainkan peranan sebagai suami. Jadi sebab itulah perjalanan saya untuk menjadi ibu ini, alhamdulillah semuanya seronok,” luahnya lagi.
Biarpun tidak mudah namun perjalanan menjadi ibu sememangnya cukup indah dikenang, apa lagi saat melihat anak mula membesar di depan mata. Momen paling berharga bagi seorang ibu.
Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu dan pasangan ini cukup teruja menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Raees Zander yang dilahirkan pada 24 April lalu.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara paling menakutkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil adalah tercekik. Memang lumrah bagi Kanak-kanak yang masih kecil memasukan barang kedalam mulut untuk meneroka rasa dan bentuk.
Kejadian hitam ini berlaku kepada Puan Hanis Sakinah ketika dia sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Anaknya yang baru berusia 4 bulan tercekik barang permainan si kakak ketika ditinggalkan sebentar oleh si bapa untuk ke tandas kurang 2 minit. Ikuti perkongsian beliau yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.
PENGALAMAN ANAK BERUSIA 4 BULAN TERCEKIK LIPSTICK MAINAN YANG HAMPIR MERAGUT NYAWA.
21/4/21
Masih terbayang ² kejadian hitam yang kami alami. Waktu itu hampir berbuka puasa. Setiap Hari, usai mengemas mainan, menyapu dan mop rumah, ummi bentangkan playmat untuk Tajdeed meniarap.
Setelah yakin tiada benda berbahaya disekelilingnya, ummi ke dapur untuk masak dan memberitahu abi untuk memantau Tasneem & Tajdeed. Ini yang kami lakukan jika salah seorang ada urusan, seorang lagi akan memantau anak.
Malang tidak berbau, saat abi pergi ke tandas sekejap, tidak sampai beberapa minit abi menjerit bila terdengar Tajdeed menangis.
Ya, tangisannya tidak seperti kebiasaan. Seolah ada yang menyekat kerongkongnya. Ummi terlangkupkan Tajdeed dan sempat rasa ada sesuatu dalam mulutnya namun tak berjaya dikeluarkan. Kami bergegas ke hospital terdekat. Tika ini Tajdeed dah biru, darah segar mengalir dari hidungya. Tangisannya masih ada namun sangat perlahan.. dengan sepenuh kudrat dia cuba bernafas, Alhamdulillah masih bertahan.
Setibanya di sebuah hospital swasta, kami serahkan Tajdeed pada mereka untuk diselematkan. Dalam masa yg sama, memberitahu keluarga terdekat untuk mendoakan. Tiada yang kuharapkan selain pertolongan dan keajaiban Tuhan.
Tajdeed diperiksa, di x-ray namun tidak terlihat mainannya. 2 kali doktor cuba menyedut objek tersebut namun gagal dikeluarkan. Belakang Tajdeed ditepuk sekuat hati. Saat ini mulut Tajdeed dipenuhi darah akibat tekanan..
Setelah beberapa kali percubaan menyelamatkan, barulah mereka maklumkan bahawa mereka tiada pakar ENT kanak2 disini. Allah.. kenapa baru beritahu setelah semua usaha gagal.
Kemudian Tajdeed di refer ke hospital serdang memandangkan disana ada pakar ENT kanak2. Ketika persiapan ambulan dibuat, kami disuruh menyelesaikan bayaran.
Memandangkan mereka belum dapat jumlah sebenar, mereka meletakkan deposit yang tinggi untuk kami lunaskan. Allah.. nyawa anak kami tak penting kah pada kalian..
Berbekalkan oksigen dalam ambulan, kami bergegas ke hospital serdang. Setibanya di zon merah (kritikal), sebuah bilik bedah dibuka khas untuk Tajdeed memandangkan ini kes kecemasan.
Setelah diberi penerangan akan risiko yang bakal dihadapi termasuk pendarahan dan kematian, jam 10 malam Tajdeed dimasukkan dalam Dewan bedah. Saat ini, hanya ummi yang boleh menghantar Tajdeed hinnga ke pintu Dewan bedah. Masih terngiang² ayat doktor pakar tersebut, ” cium anak awak puas2 ya..” Allah, sempat ku bisikkan pada Tajdeed, kuatkan semangatmu sayang..
Tidak sampai sejam dalam Dewan bedah, doktor memaklumkan bahawa objek yang tersangkut dalam saluran pernafasan Tajdeed adalah gincu mainan. Keadaan Tajdeed stabil namun masih bergantung alat pernafasan dan ditempatkan di wad PCICU.
2 malam Tajdeed disana, 2 malam juga ummi tak tidur dan makan mengenangkan penderitaan yang Tajdeed alami. Kuatnya Tajdeed sayang.. polisi di ICU, hanya boleh melawat 15 minit sehari. Tajdeed ditidurkan dengan bantuan ubat memandangkan tiub pernafasan dan tiub susu dipasang padanya. Ini bagi mengehadkan pergerakan dan juga merehatkan Tajdeed.
Setelah 2 malam di PCICU, ummi dapat panggilan hospital yang mengatakan Tajdeed dah stabil dan boleh dipindahkan ke wad kanak2 biasa. Allah.. tak terlafaz rasa syukurku padaMu..
2 malam di wad biasa, keadaan Tajdeed makin baik Alhamdulillah. Tiub susu dan oksigen dicabut, Tajdeed dapat menyusu seperti biasa.
25/4/21
Sempat juga ummi beritahu Tajdeed yang Hari ini merupakan Hari lahir ummi. Jika Tajdeed discaj harini, inilah hadiah birthday terindah buat ummi. Alhamdulillah sekali lagi Allah makbulkan, petang itu kami dapat discaj.
Terima kasih semua kakitangan Hospital Serdang. Layanan dan perkhidmatan yang kami terima sangat baik seperti hotel 5 bintang. Jika dihitung jumlah bintang dilangit, pastinan berkat doa semua, Tajdeed Selamat..
Doakan Tajdeed Alfateh terus kuat dan cepat sihat ya..
Siapa sangka, kejadian yang tak sampai seminit, hampir membawa penyesalan seumur hidup.. Terima kasih Allah atas peluang kedua untuk kami..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada lagi prosedur pembedahan dijadualkan ke atas bayi Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumor’, 10 Jun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, doktor yang merawat anaknya yang berusia 10 bulan itu, memberitahu tiada lagi pembedahan susulan selepas semua ketumbuhan di leher anaknya berjaya dibuang.
Bagaimanapun, menurutnya Ainul Mardhiah masih perlu menggunakan trakeostomi (tiub pernafasan) pada leher bagi membolehkannya bernafas dengan baik.
“Setakat ini, tiada perkembangan terkini dimaklumkan doktor yang merawatnya, jadi kami tidak tahu bilakah Ainul boleh keluar dari hospital malah kami juga tidak diberitahu sampai bila trakeostomi akan digunakan,” katanya, ketika dihubungi di United Kingdom (UK).
Menurutnya, prestasi kesihatan Ainul Mardhiah bertambah baik setiap hari dan pasukan perubatan yang memantaunya gembira melihat berat badan anak sulungnya itu bertambah.
Pada 9 April lalu, Ainul Mardhiah yang dikesan menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir mendapat perhatian umum sehingga berita mengenainya tular lalu ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, dihubungi doktor Malaysia yang berpangkalan di UK Dr Nur Amalina Che Bakri pada 21 April, yang menyuarakan hasrat membantu bayi terbabit.
Sejak itu, rumah keluarga bayi terbabit di Ayer Molek, Melaka tidak putus-putus menerima kunjungan pelbagai pihak baik individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi membolehkan rawatan membuang ketumbuhan itu berjaya.
Pada 13 Mei, akhbar ini turut melaporkan bahawa kumpulan pakar bedah dari UK akan memberi maklum balas susulan keputusan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) daripada Ainul, malah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membantu menyediakan pasport bayi terbabit sebagai persiapan ke UK.
Pada 24 Mei, bayi terbabit diiringi ibu dan bapanya bersama pasukan doktor pengiring berlepas ke London dan pemeriksaan segera dilakukan para doktor di sana, dua hari selepas itu.
Akhirnya pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selama lima jam dan tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway.