
Nugget sememangnya cukup digemari oleh anak-anak kita. Sifatnya yang mudah dibawa ke mana sahaja dan senang untuk goreng menjadikan ia sebagai pilihan utama. Namun menyediakan sendiri di rumah pastinya lebih sedap malah kandungannya terjaga dan lebih sihat buat anak-anak kita.
Resipi nugget homemade yang satu ini memang istimewa. Bukan hanya disediakan mengikut resipi berkhasiat bahkan diolah kreatif oleh Puan Yasreen Balqish Al Idrus buat anaknya, Emir Ashmal Sufi. Bukan seperti resipi biasa tetapi dijadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang lebih kreatif agar mampu menarik perhatian si comel.
Resepi ada dibawah, sesuai untuk anak-anak. Ibu dan ayah pun boleh joint sekali.InsyaAllah bagus sebab tiada bahan pengawet dan msg.
Semua bahan dikisar bersama sedikit air.
Sayur sayur yang digunakan. Boleh gunakan sayur-sayuran lain seperti jagung atau sengkuang.
Bahan yang telah dikisar.
Saya masukkan serbuk ikan bilis bagi menggantikan garam dan serbuk perasa.
Sedikit tepung gandum dan tepung pulut.
Setelah digaul bersama sayur² stim dalam 20 minit.
Kemudian boleh di tekap menggunakan acuan.
Sebelum digoreng, celupkan dengan telur dan kemudian celupkan dalam serbuk roti. Saya gunakan serbuk roti kosong, tanpa pewarna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!

Bagi anak yang cukup gemar makan roti, padanan sup cendawan pastinya menjadi santapan paling menyelerakan buat anak-anak kecil kita. Bukan anak-anak sahaja yang suka, mama pun terlajak suka macam anak-anak. Jadi ada baiknya mama sediakan sendiri sahaja di rumah. Kuantitinya lebih banyak dan boleh makan sampai malam. Tak gitu?
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini ringkas sahaja tetapi boleh tahan pekat dan likatnya. Sama macam kedai! Jadi jom cuba.
Dah lama Si Cendawan Butang bertapa kat dalam peti sejuk. Teringin nak bagi anak-anak makan mushroom soup. Makanya kita buat sendiri sebab macam gerun aje nak guna yang dalam tin tu.
Guna bahan-bahan yang ada kat dapur ni. Paling penting dibuat dengan kasih sayang seorang ibu. Wahhh gitu. Selamat mencuba. Buat extra sikit sebab tau mak-mak akan over makan.
Bahan-bahan yang kena ada:-
Cendawan butang dicincang ( 2-3 cawan)
Susu better guna ‘Fresh Milk’ untuk anak bawah 2 tahun. Ni terpaksa sebat stok mak depa.
Bawang besar / holland (setengah biji atau sebiji. Dicincang ikut saiz yang sesuai)
Sebiji bawang putih dicincang
Tepung jagung
** kalau ada cheese boleh letak lagi umppph tau. Dengan celery buh sekali kalau ada.
*** Sila la adjust ikut selera memasing gak.
Tumis bawang-bawang yang dicincang dengan penuh kasih sayang. Pastu tumis sekali cendawan tu. Cendawan jangan tuang semua. Tinggalkan sikit.
Masukkan air ngam-ngam paras bahan yang ditumis tadi. Tunggu sampai cendawan tu layu di tasik biru.
Biarkan sejuk jap. Pastu kisar lumat selumat-lumatnya.
Tuang bahan yang dah dikisar tadi. Tuang susu sekali. Pastu letak baki cendawan yang kita suruh tinggalkan sikit tadi.
Jangan dilupa 1-2 sudu tepung jagung. Bagi efek kental sikit nanti. Kalau ada cheese letak tau. Serius lemak-lemak gak nanti. Perggghhh. Garam letak ikut keperluan umur ya mak-mak.
Haaa mana? mana?
Siap untuk disantap oleh mak. Eh oleh anak-anak. Apa pun mak jugak yang over. Makan dengan roti yang dibakar dalam oven. Duetkan dengan ‘garlic bread’ pun padu gak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Blueberry Cotton Cheese Cake Versi Bayi, Ulang Tahun Pertama Anak

Tak semestinya masih bayi, tapi tak boleh makan kek kan? Boleh tapi kena pastikan bahan-bahan dalam kek mesra bayi dan selamat untuk dimakan bayi tanpa garam, gula dan pewarna tiruan.
Kalau tak ada idea nak buat kek apa untuk anak, boleh lah cuba resepi Blueberry Cotton Cheese Cake versi bayi. Selamat mencuba!
Ni first time ibu buat cake untuk Aisyah, sempena genap 1 tahun (2020). Doakan Aisyah jadi anak yang solehah ye!
Saja cuba, tak sangka menjadi. Ada yang ibu ubah dari resepi ni. Ikut selera masing-masing ye .
• BLUEBERRY COTTON CHEESE CAKE •
– 2 biji telur (asingkan putih telur dengan kuning telur)
– 50 g unsalted butter
– 50 g cream cheese
– 60 g full cream milk
– 30 g tepung gandum
– 2 sd puree kurma (letak madu pun boleh)
– 5-7 keping baby cookies (di hancurkan)
– 1/2 cawan blueberry (di blend halus)
1. Cairkan BUTTER, CREAM CHEESE dan FULL CREAM MILK di atas api yang kecil. Kemudian, tutup.
2. Dah sejuk, masukkan TELUR KUNING dan PUREE KURMA (nak pakai madu pun boleh, make sure 1y above). Kemudian gaul sebati.
3. Masukkan TEPUNG GANDUM (ibu ayak dulu bagi halus), gaulkan.
4. Dalam bekas yang lain, pukul PUTIH TELUR hingga meringue. (ibu pakai baby food processor je, mula mula pakai tangan, lenguh 🤣) Kali ke-2 try baru jadi.
5. Masukkan meringue tadi ke dalam adunan pertama, kaup semula adunan.
6. Letakkan di dalam bekas adunan (ibu pakai size 4 inci je untuk kek ni), masukkan adunan ke dalam bekas yang telah di sapu dengan unsalted butter.
7. Panaskan oven selama 10 minit, bakar selama (15-25 minit) dengan api medium (ibu pakai microwave oven, oven biasa takde) 😅 Kalau oven biasa kena bakar (30-40 minit)
• FROSTING •
– 125 g unsalted butter
– 125 g cream cheese
– 2 sd puree kurma
Pukul semua bahan hingga kembang, letakkan dalam chiller di dalam bekas yang tertutup. Simpan 2 jam sebelum guna.
Untuk fondant tu hiasan je, Aisyah tak makan pun sebab fondant daripada gula. Ayah yang makan fondant tu. Jangan tanya kenapa “t” dengan “u” macam tu, terrreksidennnn masa nak deco.
Atas kek tu ibu deco dengan baby cookies yang di hancurkan, kalau letak cream cheese nanti bergabung dengan fondant dia akan cair. Nak mula celebrate baru ibu deco, sebab takut fondant takboleh bagi kerjasama 😂
TIPS!
• JANGAN biarkan tangan/peralatan basah/lembab nanti kek tak naik cantik dan lembut.
• Semasa nak buat jadi meringue, pastikan terus pukul jangan berhenti. Ada buih buih tu normal. Cuma pastikan kuning telur takde setitik pun bercampur dengan putih telur kalau tak, tak menjadi.
• Pastikan kek yang di keluarkan dari oven di sejukkan dahulu baru di keluarkan dari bekas adunan (hati-hati kerana kek sangat lembut)
• Masukkan kek yang telah sejuk tadi ke dalam chiller selama 2 jam sebelum start frosting baru kejadiannya indah.
Sekian,
Selamat mencuba! ☺️
#AisyahKhaylaEat
Kredit:Mastura Manap
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap Dan Berkhasiat! Resepi Jeli Mangga Ganti Candy, Sesuai Untuk Anak Suka Makan Manis.

Para ibu mesti menghadapi cabaran bila berhadapan dengan anak yang suka makan manisan seperti coklat dan gula- gula yang tidak berkhasiat. jangan risau, para ibu boleh buat manisan sendiri di rumah agar kesihatan anak terjamin. sebagai contoh, jeli buah- buahan seperti jeli mangga. Jeli memang sedap untuk dimakan dalam apa jua keadaan sekalipun. baik musim panas atau sejuk.
Jeli akan rasa lagi sedap sekiranya dicampurkan dengan buah- buah sebenar. Banyak buah yang boleh dicampur dengan jeli seperti buah mangga, buah laici, buang anggur dan pelbagai lagi. Barulah jeli yang dibuat akan berasa segar dan lagi sedap.
Jom lihat resepi mudah jeli mangga yang dikongsikan. Resipi ini dikongsikan oleh Rose Aien Ramli.
RESEPI JELI MANGGA

Jelly mangga
Bahan- bahan:
– 1 bungkus serbuk jeli*
– 1000ml air*
– 6 sudu besar gula*
– 2 sudu besar susu pekat
– Cordial mangga
– Seikit pewarna kuning/ oren dan hijau
Cara- cara:
1. Masakkan semua bahan bertanda (*)sehingga larut.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian 1:
1. Tambah 2 sudu besar susu pekat.
2. Tambahkan juga sedikit cordial mangga dan pewarna kuning/ oren.
3. Isikan separuh dalam acuan lompang dan biarkan beku.

Bahagian 2:
1. Tambahkan sedikit pewarna hijau.
2. Setelah adunan 1 tadi keras, keluarkan dari acuan.
3. Kemudian, isikan dengan separuh adunan hijau.
4. Kemudian, masukan jeli mangga yang sudah dikeluarkan dari acuan (masukkan semula dalam adunan hijau)
5. Tunggu sampai betul- betul beku dan keluarkan dan potong 4 (jangan putus ya) lepastu dah boleh susun dalam cup.

Harap faham lah ya…
Terima kasih admin
Baca Juga:
Kek Chip Chocolate Moist Mini, Boleh Dijadikan Dessert Jamuan Atau Jualan. Mesti Laris Kalau Jual!
Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Senang sahaja resepi yang dikongsikan. Boleh buat sendiri lepasni. Tak perlu tunggu jamuan untuk hilangkan mengidam nak makan jeli. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI