Comelnya Princess..Putih Gebu. Amar Kongsi Gambar Bayinya Untuk Peminat

Share

Meniti kebahagiaan dengan kehadiran orang baru, rumah tangga pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli nampaknya semakin lengkap selepas kehadiran bayi perempuan pada 1 Februari lalu.

Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata kedua, Amar Bahrin menerusi instagram telah memuat naik beberapa gambar bayi perempuannya dari jarak jauh selain video selepas kelahiran.

Anak perempuan daddy

Nampak gayanya kehadiran buah hati kedua daddy selepas abang Aqeef Anaqi ini bakal menambahkan riuh rendah dalam keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [“Baby Nak keluar 1 Februari. Dua-Dua Sihat.” Amyra Selamat Lahirkan Bayi Perempuan]

Baru berusia empat hari, dari jauh dah nampak kecomelannya bayi perempuan ini. Berkulit putih gebu, tidak sabar rasanya melihat bayi mereka membesar.

Si abang jaga adik & ibu

Sementara itu, melihat reaksi Aqeef Anaqi seolah-olah faham yang dia dah bergelar abang, nampak sungguh prihatin pada mummynya. Walaupun masih kecil, jelas kelihatan sikap tanggungjawabnya prihatin terhadap mummy dan adik perempuannya.

Belum ada nama lagi

Setakat ini  pasagan ini belum lagi mengumumkan nama bayi kedua mereka. Ramai yang dah tak sabar nak tahu selanjutnya sama ada ia bermula dengan huruf ‘A’ juga atau sebaliknya.

Sebelum ini Amyra selamat bersalin pada pagi 1 Februari lalu dan 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor.

Sumber: ig Amar Bahrin; Aqeef Anaqi & amyraamarjr2020

Published by
Wan Amy