Dua minggu melahirkan anak ketiga, pelakon Wawa Zainal mendedahkan wajah puteri kesayangannya, Aya Soffya selepas bersalin 1 Disember lalu.
Menerusi laman Instagram, beberapa gambar ‘photoshoot’ wajah anak ketiganya itu dikongsi kepada umum sehingga mendapat pujian dari peminatnya selepas melihat kecomelan Soffya.
“Assalamualaikum semua”
“Agak2 muka macam siapa?” Ramai yang kata muka saya macam kakak Hayla.
Melihat kecomelan anak Wawa ini, ramai yang teruja dan geram dengan pipinya di samping kulit yang putih melepak serta rambut yang lebat.
Selain teruja, tak kurang juga yang mendoakan Soffya membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah kepada kedua ibu bapa.
Wahh comelnya!
Sementara itu, Wawa masih tak percaya yang dia dan Aeril Zafrel dah mempunyai tiga anak.
Bagaimanapun menurut Wawa, Aeril minta untuknya menambah satu lagi anak dan teringin untuk anak lelaki.
Tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu Ya Allah sakitnya. Bersalin kali ini paling tak boleh lupa. Sakit dia betul-betul rasa hujung nyawa. Tapi bila tengok baby keluar leganya tu Subhanallah!
“Betullah orang kata, lain anak, lain pengalamannya kan? Ada juga yang kata lahirkan baby girl sakit dia lain macam. Betul ke?,” tanya Wawa pada pengikutnya.
Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel turut membuka akaun rasmi Aya yang kini mencecah lebih 179,000 pengikut Instagram.
Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua lagi anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Sumber : ig Wawa Zainal , Aya Soffya