Sebelum ini media melaporkan Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bercerai talak tiga dengan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.
Peguam, Koh Tien Hua, memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.
Bagaimanapun di instagram Rihana Oksana semalam, dia telah memuat naik beberapa keping gambar anak lelakinya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
View this post on InstagramHello, my name is Ismail Leon. I’m 5 months old and my mom loves me very much👩👦❤️
A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on
Sebelum ini dia banyak berahsia mengenai anaknya dan hanya berkongsi momen indah perkenalan dan di awal perkahwinan mereka.
Comelnya Tengku Ismail Leon!
Selepas Rihana Oksana memuat naik gambar anak lelakinya, ternyata ramai yang terpegun dengan kecomelan Tengku Ismail Leon yang kini dah mencecah usia 5 bulan.
Jelas wajahnya saling tak tumpah dengan Sultan Muhammad V. Dengan kulit putih gebu dan senyumannya yang manis boleh buat sesiapa geram dengan Tengku Ismail Leon ini.
Menerusi kapsyen yang ditulis Rihana Oksana di posting terbaru instagramnya dia memperkenalkan diri anaknya sebagai Ismail Leon serta memberitahu bahawa hero ciliknya itu amat menyayanginya.
Muka Asian
Perkongsian Rihana Oksana itu mendapat pujian apabila ramai yang meninggalkan komen wajah Ismail Leon persis Asian.
Sebelum ini, Rihana Oksana dan Sultan Muhammad V telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.
Sumber : ig Rihana Oksana Petra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tuan Director Junior, Kembar Baba Ni.” Syahmi & Isteri Titip Doa Buat Khabib Umar
Rasa macam baru je isteri kepada Youtuber terkenal dan juga pengarah muda, Syahmi Sazli melahirkan anak kedua. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan lebih usia Khabib Umar.
Anissa Faizul yang bersalin 3 Julai lalu telah berkongsi gambar anak lelakinya ketika sesi photoshoot mereka sekeluarga.
Dengan hanya menulis kapsyen ringkas, ‘Keluargaku, Syurgaku’ dah dianggap lengkap kehidupan keluarga kecil ini dengan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Dalam pada itu, Anissa juga menitipkan doa buat anak lelakinya supaya membesar menjadi anak yang soleh serta adik yang baik untuk kakaknya.
“Assalamualaikum aunties & uncles. Doakan Khabib Umar sentiasa diberikan kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh untuk ibu & baba.
“Termasuklah menjadi adik yang tersangat baik untuk kakak, Ainul Mardhiah.
“Semoga Allah SWT merahmati & taburkan kebahagiaan dalam keluarga kami selamanya,” kongsi Anissa.
Menerusi ruangan komen, masing-masing menyatakan, Khabib Umar sebiji ikut muka Syahmi. Mungkin lepas ni, kalau Anissa bersalin lagi baru ikut mukanya.
“Comeynyaaaa❤️ Kembar baba sangat ni hehehhe cumeyy🥰🥰”
“Muka Syahmi ni semua eii tapi comel 😍 Moga sihat selalu semua”
“Muka baba juga… haih kuat gen baba kalah ibu.”
“Cair tengok kakak Ainul ❤️ MasyaAllah moga Ainul dan Umar jadi ank yang soleh dan solehah.. Aamiin Ya Allah.”
Kredit: IG Syahmi Sazli & Anissa Faizul
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertimbangkan 6 Risiko Ini Jika Anda Suka Pakaikan ‘Headband’ Pada Bayi Perempuan
Ramai ibu suka pakaikan bayi perempuan mereka pelbagai jenis ‘headband’ di kepala tanpa mengetahui ia sebenarnya ada risiko bahaya kepada si comel.
“Bestnya dapat baby girl, seronok dapat pakaikan macam-macam aksesori kepala yang cantik-cantik.”
Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.
Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan ‘headband’ berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.
Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.
1. Jenis fabrik aksesori
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
2. Tahap fleksibiliti regangan aksesori
Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesori sepanjang masa, dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.
3. Saiz aksesori
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan.
Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. Tempoh masa pemakaian
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman.
Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
5. Kesan kepada kulit bayi
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan.
Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. Risiko terbelit
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak.
Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala.
Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Umur Bayi Sebulan Tak Perlu Pakaikan Stokin Kalau Tak Sejuk! Biar Kaki Dia Explore
Sebenarnya banyak je mitos-mitos tentang keibubapaan yang terjadi dalam masyarakat kita antaranya kena pakai stokin sebab takut badan bayi masuk angin. Ada juga yang membanding-bandingkan anak serta menakutkan si ibu tentang perkembangan si manja.
Mama papa akan lebih jelas selepas membaca perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi, Occupational Therapist (Therapist cara kerja) ini.
1. SKILL BERJALAN
“Eh, umur 11 bulan belum pandai jalan? Lambatnya anak kau jalan, anak aku 9 bulan dah pandai jalan”
Fakta:
Purata bayi pandai berjalan di umur 13 bulan. 🕺
Kajian terhadap 200 bayi dari lahir hingga 18 bulan telah dijalankan dan mendapati bayi yang berjalan cepat atau perkembangan motor kasar yang cepat mendapat purata skor IQ yang sama dengan bayi yang lambat berjalan. Kesimpulannya, tiada kaitan antara perkembangan motor kasar dan IQ. (Acta Paediatrica Journal)
*Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya bayi masih belum pandai berjalan semasa 18 bulan.
2. SKIP MERANGKAK
“Wah, bagusnya Anis tak sempat-sempat nak merangkak terus berjalan”
Fakta:
Tiada kajian tentang kesan skip merangkak terhadap IQ ataupun pembelajaran, tetapi apa yang merisaukan adalah risiko kelewatan skil motor halus dan skil motor kasar di masa akan datang terutamanya di zaman persekolahan.
Kebanyakan bayi yang skip merangkak akan membesar dengan baik, tetapi ada sesetengah bayi akan ada masalah skil motor halus seperti cara memegang pensil serta masalah untuk menampung badan semasa duduk di kerusi. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah menulis dan membaca disebabkan mempunyai masalah untuk menghubungkan otak kanan dan kiri.
Untuk mengelakkan masalah-masalah lain di masa akan datang, sangat digalakkan untuk mak ayah mengajar dan menyokong anak merangkak sebelum berjalan. Ada kajian tentang fasa merangkak dan tahap IQ, bayi yang merangkak lama mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang kurang fasa merangkak.
3. SARUNG TANGAN DAN STOKIN
“Pakai stokin dan sarung tangan, takut bayi masuk angin”
Fakta:
Ya, anggota kaki dan tangan adalah kawasan yang paling cepat terpengaruh dengan suhu persekitaran sebab itu anggota ini selalu “masuk angin”. Untuk bayi baru lahir hingga sebulan, tidak ada masalah untuk memakai stokin dan sarung tangan untuk mengelakkan tercakar muka semasa tidur dan masih lagi sukar mengawal suhu badan sendiri waktu ini.
Tetapi, selepas sebulan masih memakai sarung tangan dan stokin di rumah 24 jam adalah BIG NO NO melainkan suhu dalam rumah sejuk seperti di kutub utara ataupun waktu malam yang sejuk serta ke tempat yang berhawa dingin seperti shopping mall 🛇
– Bayi perlu belajar mencapai barang seawal yang boleh dengan menggunakan tangan serta jari jemari.
– Bayi perlu merasa serta memegang pelbagai objek dan tekstur untuk deria sentuhan.
– Bayi juga perlu belajar memasukkan tangan atau benda ke dalam mulut untuk rangsangan deria rasa.
Mak mak yang berpantang, pastikan lepas habis pantang bayi juga habis “pantang” tangan dan kaki untuk perkembangan yang sihat. 🤓
4. HIPERAKTIF
“Anak aku umur 3 tahun dah pandai membaca, anak kau ni hyper kot asyik nak main je”
Fakta:
Untuk anak umur bawah 3 tahun, banyak bermain tidak semestinya ada ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) sebab bermain adalah keperluan pada tahap ini. Semakin banyak anak bermain semakin sihat perkembangannya melainkan ada masalah lain seperti tidak fokus, tidak menyahut apabila nama dipanggil dan sebagainya. 📢
Jadi, makcik-makcik sekalian jangan suka-suka cop anak orang hyper kalau belum pernah jumpa anak hyper yang sebenar ya. 🛇
Fasa bawah 3 tahun adalah bermain untuk mengasah skil-skil diperlukan sebelum pembelajaran formal. Tiada lagi pembelajaran formal seperti belajar di kelas untuk mengenal abc atau membaca.
5. “PANDAI” TENGOK TV.
“Bagusnya umur 2 bulan dah pandai tengok tv berjam-jam, mesti pandai belajar nanti”
Fakta:
Sebenarnya bayi tak “pandai” pun tengok tv tapi lebih kepada suka tengok benda bergerak, berbunyi dan bercahaya sebab bayi 2 bulan tak faham pun apa yang disampaikan di tv atau gadget. 📱
Kajian tentang pendedahan TV/gadget kepada anak bawah 18 bulan, setiap 30 minit bayi di dedahkan dengan TV/gadget meningkatkan risiko 49% lewat bercakap. Kesimpulannya, tidak ada bagusnya bayi “pandai” tengok TV semasa bawah 18 bulan selain risiko kelewatan bercakap.
6. MEMILIH MAKAN
“Kesiannya anak kau makan benda sama setiap hari, kau tak cuba paksa ke dia makan sayur dan buah?” 🍉🍑🍌
Fakta:
Bayi memilih makan (picky eater) tidak semestinya disebabkan salah mak ayah. Kebanyakan disebabkan isu sensory processing disorder (kecelaruan sensori) terhadap tekstur, rasa, bau dan suhu makanan. Faktor genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makan bagi anak.
Jadi, pada mak ayah yang sedang atau pernah mengalami penangan mitos di atas boleh guna “skema jawapan” ini ya 😅
Terima kasih, semoga bermanfaat.
Sumber: Maryam Jamadi
Occupational Therapist
Beyond Home Therapy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI