Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa risau bila anak-anak mengalami masalah kurang berat badan walaupun menyusu dan makan ok.
“APA nak bagi si kecil makan? Berapa KALI nak beri makan sehari? Berapa banyak KUANTITI nasi? ikan? sayur? Apa TEKSTUR yang sesuai untuk usianya?”
Mungkin ada ibu-ibu di luar sana tertanya-tanya soalan yang sama. Bagi memastikan keadaan ini tak berterusan, biasanya ibu akan mencuba pelbagai tip. Adakah ibu tahu ada tiga faktor yang perlu dilakukan untuk pastikan pemakanan anak anda lengkap.
Tiga asas ini iaitu Kekerapan, Kuantiti dan Tekstur wajib ada setiap kali anak makan untuk memastikan anak tiada masalah berat badan.
Berikut antara infografik dari Pusat Maklumat Pemakanan Johor yang memberi “Contoh Menu Sehari” bagi bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun untuk anda. Lengkap dengan cadangan KUANTITI, KEKERAPAN & TEKSTUR yang sesuai untuk si kecil
Kepentingan menjaga pemakanan sejak dari awal adalah asas yang penting terutamanya untuk anak agar dapat membesar dengan sihat. Ibu bapa kena pastikan setiap pengambilan makanan si kecil perlu mempunya nutrisi yang lengkap dan seimbang bagi mengelakkan anak mengalami masalah obesiti di usia yang masih muda.
Menurut Pakar Kanak-Kanak Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Dr Sherina Shereen Rizlan Ross, ibu bapa tak boleh ambil mudah bab pemakanan anak. Ini kerana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan anak tak cukup zat dan tidak dapat membesar dengan sempurna.
“Perlu diingatkan juga seawal anak mula belajar makan iaitu diperingkat usia 6 bulan pertama lagi ibu bapa harus memastikan bayi mendapat set makanan yang tinggi khasiat dan seimbang.
“Pentingnya pengambilan makanan yang berkarbohidrat dan berprotein tinggi untuk memberi kelebihan kalori bagi keperluan badan anak.
“Sekiranya tak cukup karbohidrat secara tak langsung badan anak akan memecahkan sel-sel muscle untuk menambah kalori bagi pertumbuhan fizikal dan metabolisma badan,” ujarnya.
Obesiti Sindrom Baru
Sementara itu, Dr Sherina turut berkongsi pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah obesiti di peringkat awal kanak-kanak.
“Obesiti ini di anggap sindrom baru sebab kanak-kanak berusia 5 atau 6 tahun pun dah ada yang mencecah berat sehingga 60 kilogram melebihi dari graf pertumbuhan yang normal.
“Keadaan ini jika tak dikawal akan menyebabkan perkembangan anak terganggu dan biasanya berisiko menjadi obes atau gemuk sehingga dewasa” katanya.
Ibu Bapa Mesti Kreatif
Bila anak cerewet makan atau pun susah nak makan seperti anak orang lain, ibu bapa jangan cepat nak marah atau memaksa sehingga anak rasa tak gembira bila tiba waktu makan.
Biasanya antara umur 2-3 tahun antara tempoh yang cukup mencabar kerana waktu itu anak dah ada pemikiran sendiri atau pandai buat pilihan berbanding usia setahun ke bawah.
Apa yang boleh ibu bapa buat untuk ambil hati anak mesti kena kreatif dalam penyediaan makanan. Makanan yang berwarna-warni dengan bentuk yang menarik semestinya buat anak teruja nak makan.
Pelbagaikan pilihan snek yang sihat dari buah-buahan dan kudapan berkhasiat supaya anak tak jemu.
Jika cara ini masih tak mampu tarik perhatian anak, ibu bapa kena banyak sabar dan cubalah cari jalan yang terbaik. Jangan ada sikap putus asa kerana inilah yang akan buat anak lagi cerewet makan.
Banyak Makan Pisang Boleh Buat Anak Sembelit
Memandangkan ramai ibu bapa yang sering mengajukan persoalan anak kerap sembelit, Dr Sherina turut berkongsi salah satu punca anak selalu sembelit kerana pengambilan pisang yang berlebihan.
“Sebenarnya pisang adalah buah yang berkhasiat. Bagaimanapun jika di ambil berlebihan boleh jadi punca pada masalah sembelit. Sebab itulah anak yang sememangnya jenis mudah sembelit jika diberi makan pisang akan lebih teruk lagi kerana pisang mengandungi kanji yang tinggi.
“Pisang yang belum cukup masak tak boleh nak hadam dengan elok. Jadi disebabkan kanji yang tinggi ini menyebabkannya tertinggal dalam usus dan menyebabkan anak makin kerap sembelit,” jelasnya.
Sebagai penyelesaiannya, beri anak minum susu tepung sebab ia mempunyai keseimbangan kalsium dan zat besi yang kurang dalam pemakanan kita secara natural dan susah untuk diserap. Lebih dua tahun bolehlah pilih susu formula yang sesuai dengan anak.
Dr Sherina menasihatkan ibu bapa jika nak anak makan makanan yang sihat ibu bapa mesti jadi contoh yang baik. Apa yang ibu bapa makan mestilah yang mempunyai nutrisi. Jika kita makan makanan yang kurang nutrisi anak pun akan makan makanan yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip masak cekodok pisang, elok bulat cantik bentuknya. Cekodok pisang sudah wujud sejak zaman dahulu dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat Melayu. Dikatakan kuih ini tercipta sebagai cara untuk mengelakkan pembaziran pisang yang terlalu masak.
Dengan hanya mencampurkan pisang yang sudah lembik dengan tepung, sedikit gula, dan garam, terhasillah cekodok pisang yang enak dan mudah dibuat.
Keunikan cekodok pisang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya. Ia tidak memerlukan bahan yang mahal atau rumit. Malah, ramai orang mempunyai resipi turun-temurun yang mereka ikuti, menjadikan setiap cekodok pisang mempunyai rasa yang sedikit berbeza mengikut cara penyediaannya.
Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
7 biji pisang (lebih pun boleh)
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Tip untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)
Cara pemakanan, teknik mengepam dan ‘mindset’ yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti. Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak.
Bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh dilakukan ikut kesesuaian badan ibu untuk pastikan kekal bertenaga dan dapat terus membekalkan susu.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom caranya menghasilkan pengeluaran susu dan bertenaga boleh dicuba ketika waktu bersahur.
Pengalaman saya bila sahur makan berat seperti nasi, pukul 10 pagi bila tengah mengepam tu terasa juga berkeroncong perut. Menggigil lapar pun ya juga.
Jadi saya suka gantikan dengan oat, kurma dan susu. Paling favourite, susu + kurma blend! Smoothie yang menyedapkan dan in shaa Allah sampai pukul 2 petang tu boleh maintain lagi turun naik tangga.
Kebetulan pula kat pasar raya sejak bulan Mac hari tu dah mula jual kurma, terus saya beli buat stok.
Biasanya saya guna dua bahan je.
1. Susu segar 2. Kurma 3 biji
Lepas tu blend. Saya suka guna air sejuk untuk blend. Rasa segar sampai ke perut. Bilangan kurma tu bolehlah adjust ikut kesesuaian.
Mak-mak yang tak berapa gemar minum susu atau makan kurma bolehlah cuba kaedah ni. Biasanya bila cuba, ramai yang boleh terima.
Rasa macam susu farm fresh perisa kurma tu tau. Hehe. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.