Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa risau bila anak-anak mengalami masalah kurang berat badan walaupun menyusu dan makan ok.
“APA nak bagi si kecil makan?
Berapa KALI nak beri makan sehari?
Berapa banyak KUANTITI nasi? ikan? sayur?
Apa TEKSTUR yang sesuai untuk usianya?”
Mungkin ada ibu-ibu di luar sana tertanya-tanya soalan yang sama. Bagi memastikan keadaan ini tak berterusan, biasanya ibu akan mencuba pelbagai tip. Adakah ibu tahu ada tiga faktor yang perlu dilakukan untuk pastikan pemakanan anak anda lengkap.
Tiga asas ini iaitu Kekerapan, Kuantiti dan Tekstur wajib ada setiap kali anak makan untuk memastikan anak tiada masalah berat badan.
Berikut antara infografik dari Pusat Maklumat Pemakanan Johor yang memberi “Contoh Menu Sehari” bagi bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun untuk anda. Lengkap dengan cadangan KUANTITI, KEKERAPAN & TEKSTUR yang sesuai untuk si kecil
Contoh Menu Bayi 6-8 Bulan
Contoh Menu Bayi 9-11 Bulan
Contoh Menu Kanak-Kanak 1-3 Tahun
Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Johor