Kehamilan

Contoh Pengiraan Kalori Untuk Ibu Hamil Berpuasa. Penting Cukup Semua Nutrisi!

Share

“Haish kalau puasa risau baby tak cukup makan, nanti kecik pulak..Tapi…mak ai nak ganti satu bulan puasa lepas bersalin, dah la masa tu menyusu jugak..”

Bagi orang yang tak ada apa-apa masalah tak risau sangat bab puasa ni, cuma untuk ibu mengandung berapa banyak sebenarnya kalori yang perlu diambil dan makanan jenis apa sesuai untuk kekalkan tenaga.

Perkongsian dari Dietitian Fizah Sobri ini sangat membantu ibu mengandung untuk berpuasa.

1. Adakah selamat untuk berpuasa ketika mengandung?

Apa-apa tanya doktor. Saya tak tahu mommies ni keadaan macam mana, kandungan macam mana, ada penyakit ke tak atau sebagainya. Lebih baik tanya dari tak tanya…

2. Apakah simptom yang tunjuk saya perlu berbuka puasa?

Ibu ibu juga perlu tanya doktor untuk simptom-simptom. Setiap pregnancy berbeza…

3. Apa yang saya perlu ambil untuk pastikan pertumbuhan baby saya tak terjejas?

Ibu mengandung perlukan anggaran 1800-2000 kalori sehari. Semua ni dibahagikan ketika waktu puasa.

– sahur 800 kalori-900 kalori
– berbuka 800 kalori-900kalori
– moreh(minum malam) 200 kalori

Jadi macam mana saya nak tahu saya ambil berapa kalori. Tak reti nak kira-kira cam dietitian ni. Relax…

Contoh makanan menu utama tidak termasuk 1 cawan susu, kurma 3 biji dan kuih.

Rupa 800-900 kalori senang je, mommies perlu ambil
1. 3 bahagian protein
2. 3-4 bahagian karbohidrat
3. 1 bahagian buah/kuih
4. 1-2 bahagian sayur

Kalau saya letak atas pinggan 1/2 pinggan nasi, 1/4 pinggan lauk,1/4 sayur tambah 1 biji buah/3 biji kurma/kuih dan 1 cawan susu/jus buah.

Nampak banyak? Tak lah..cer tengok dekat gambar…tu hidangan atas pinggan. Belum lagi yang ditambah dekat tepi macam dessert la,kuih la

Tu pun menu yang biasa belum lagi yang ambil fast food,yang tambah air manis khas ada waktu Ramadan. Itu amik sikit je pun dah boleh capai.

Contoh menu makanan utama tidak termasuk 1 cawan susu, kurma 3 biji dan kuih

Tip masa berbuka 

Ambil pinggan kosong, letak sayur, letak lauk baru letak nasi.
Ambil kurma dan 1 lagi buah/kuih letak tepi
Tuang air letak tepi
Siaaapppppp…

Rupa 200 kalori pulak camni sahaja
👇👇👇👇👇👇👇

Boleh pilih
Pakej A
1 biji buah dan 1 cawan susu
Pakej B
2 – 3 biji kuih dan air kosong
Pakej C
Overnight oat yang ada 2 sudu besar oat, 1-2 biji kurma dicarik dan 1/2 cawan susu.

Selain nasi, menu jenis ini juga cukup kalori

Siap ada pakej lagi saya bagi haa..Sebenarnya nak dapatkan kalori tu senang sangat tapi ramai tak makan sihat tu jadi masalah utama.

4. Perlu ke saya ambil supplement waktu berpuasa?

Ikut keadaan dan nasihat doktor. Folic acid masih perlu diambil samada puasa atau pun tidak. Zat besi masih perlu diambil bagi mereka yang low Hb. Kalsium /vit d/magnesium supplement nak ambil tak nak ambil tak apa, tapi jika anda langsung tiada sumber susu dalam pengambilan seharian elok ambil.

Mee pun boleh jadi pengganti nasi

Apa yang saya nyatakan di atas adalah untuk ibu mengandung YANG TIADA kencing manis ketika mengandung (GDM) atau penyakit lain berkaitan dengan kehamilan (PIH,preeclampsia etc).

Jika berpenyakit sila dapatkan konsultasi dari dietitian dan doktor anda sama ada anda boleh ke tak berpuasa.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Published by
Wan Amy